Isnin, 31 Disember 2018

PROJEK BUAT DONUT GEBU DI MALAM HARI TUNAIKAN PERMINTAAN ANAK ANAK

PROJEK BUAT DONUT GEBU DI MALAM HARI TUNAIKAN PERMINTAAN ANAK ANAK | Hai semua! Gigih taip entry tengah malam sebab tak boleh tidur. Hidung pun masih terbau bau donut yang Mimi buat tadi. Gigih tau PROJEK BUAT DONUT GEBU DI MALAM HARI TUNAIKAN PERMINTAAN ANAK ANAK. Asyik duk berzikir nak donut, nak donut kan, gagahkan diri juga buat donut .



Lama juga tak menguli ni. Dulu rajin tapi sejak pregnantkan Adhwa memang dah stop. Ni dah mula slow slow projek membaking, mendonut dan sebagainya demi penuhkan permintaan anak anak. Anak anak Mimi memang hantu donut. Kalau donut tuh lembut dan gebu dorang boleh hadap berketul ketul. 

Alhamdulillah, walaupun lama tak menguli donut tapi PROJEK BUAT DONUT GEBU DI MALAM HARI menjadi juga. Anak anak puji sedap dan lembut kembang hidung sekejap. 



Korang yang nak resipi donut gebu dan lembut boleh cuba resipi yang Mimi share ni ya. 

2 sudu besar susu pekat
1 paket yis
2 sudu besar gula
1 cawan air
4 cawan tepung gandum (Mimi guna tepung cap Ros) 
2 sudu besar marjerin/mentega
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder

1. Mula mula masukkan susu pekat + gula + air + yis. Biarkan sampai kembang. 

2. Campurkan tepung + marjerin + garam + baking powder. Gaulkan dan masukkan bahan rendaman yis yang dah kembang. Gaul rata dan uli sampai jadi doh .

3. Canaikan doh dan tekap doh jadi donut. Kemudian boleh digoreng macam biasa . Pastikan minyak betul betul panas sebelum menggoreng. Dah siap goreng boleh tabur gula pada donut . Dah siap !

Tada ! Donut gebu in da house !

Anggaran adunan ni dapatlah dalam 30 - 35 biji donut. Mimi dapat 28 biji sebab buat donut memang tahap gebu dan besar sikit bagi anak kenyang dan puas makan .

Donut kecil tu penutup acara mencanai donut. Puas hati dapat buat untuk anak anak. Bila dah siap masing masing tak sabar nak makan. Mimi tak join diorang makan donut pun.  Mengundang lelemak je tau ! No no no !  Tengok muka happy anak akak dapat makan donut pun dah kenyang. So, korang yang nak mendonut jangan lupa cuba resipi ni tau . Senang saja nak buat !

32 ulasan:

  1. Ingat lagi zaman kanak-kanak dulu selalu tengok mak buat donut. RIndunya la hai nak menyebok time nak buat kuih. Dah besar panjang ni jarang dah ada kesempatan mcm tu.

    BalasPadam
  2. sedapnya donut ! haritu pernah terjumpa donut yang tak gebus lepastu rasa macam tak best langsung. kalau dapat minum petang donut gebu macam ni sedapnya

    BalasPadam
  3. Bookmark! Terima kasih share resipi. Mak saya mencari2 resepi donut yabg lazat sebab tak larat nak beli berbiji2 donut Big Apple. Mungkin boleh try resipi ni.

    BalasPadam
  4. wah gebu gebas lah donutnya. cantik je kejadiannya

    BalasPadam
  5. Gebunya Donut. Minum petang2 sesambil minum dengan kopi atau teh sangat la heaven. Nak kata susah sangat membuatnya pun tak juga. Bahan2 tak la banyak sangat ek?.

    BalasPadam
  6. Hihi malam pun mendonut yer demi anak-anak, terbaik sangat.

    Bila tengok gambar donut gebu tu tetiba pulak rasa lapar huhu. Sy screen shoot dulu resepi donut gebu hehehe nanti ada masa baru buat. Thanks yer

    BalasPadam
  7. Sedapnya lah akk.. Mkn panas2 best.. Meh hantar sikit kat zaza please hehe

    BalasPadam
  8. Memang bonda yang terbaik kan? Sediakan donut atas permintaan anak-anak. Donut-donut ini memang nampak gebu dan lazat lar. Nak cuba! :D

    BalasPadam
  9. Oh Oh Oh. Kalau la dekat mau pergi menagih seketul dua nie. Rawlins dapat bayangkan bahagianya anak-anak makan donut tu. Time panas2 memang sedap woiii

    BalasPadam
  10. sedapnya... elok je kejadiannya kak mimi. nyum nyum

    BalasPadam
  11. Wahhh gebus gabas donut depa..kt umah ni 2x sebulan mesti mendonut..lebih suka letak topping coklat

    BalasPadam
  12. I teringin nak makan homemade donut like this. Cantik betul tengok donut tu. Next time hantar ar sket. kekeke...I uli tepung pun tak pandai. huhuh

    BalasPadam
  13. Gebu donat akk.. Hehe.. Kita kalau buat mesti rupa lain sikit.. Haha..tq share resepi..

    BalasPadam
  14. Thank you share resepi. anak nora suka makan donut. nanti nak cubalah donut gebu resepi dak mimi

    BalasPadam
  15. sedapnya donut...gebooo..tk pernh buat...tapi mak and adik ada buat..mkn panas222 yummmyyy

    BalasPadam
  16. Rajinnya la hai.... Hahaha Eh kita nak try ;ah buat guna recipe ni nanti. hari tu ada try buat donut skali tapi x jadi. Tak gebu. sedih huhuh

    BalasPadam
  17. Oh...i love doughnuts! Pernah try sekali untuk buat tapi it was a disaster. I will try your recipe and see. Hopefully jadi this time.

    BalasPadam
  18. Alahai gebunya tengok.. Haritu nampak siapa ye buat lupa pulak, ni mimi pulak.. Ni terasa nak buat juga ni.. Sedap. Ni oii

    BalasPadam
  19. nampoak gebu gabas donut ni..suka tengok..nanti nak buat utk anak2 makanlah..buat sendiri memang puas hati..apatah lagi hidangan tu menjadi hehehe

    BalasPadam
  20. Sedapnya donut. Dah lama sungguh Nina tak bikin donut. Huhuuu...
    Seronok dapat tunai kan permintaan anak-anak kannn? Lagi best tengok depa makan berselera hasil air tangan kita. Aduyai ... Touching! Rasa nak bikin donut gak laaa

    BalasPadam
  21. Teeingin nak buat donut sendiri tapi tiada kerajinana pulak.. anak2 suka donut tapi suka nak ada coklat bagai.. nnt leh try resepi mimi ni..boleh buat frozen sekali

    BalasPadam
  22. Gigih mimi buat donut untuk anak2 malam 2. Macamtulah ibu2 ni kan selagi mampu nak tunaikan permintaan anak2 dan suami.

    BalasPadam
  23. Ya Allah sedapnya donut2 tu. gebu2 n montok2 semuanya. Nanti nak buat jugaklah ikut cara kak mimi. Donut buatan rumah sndri lebih sedap dan meriah berbanding donut beli. Tak adalah susah mana pon nak buat donut nie

    BalasPadam
  24. memang lama tak buat donut , resipi dan cara nak buat pun dah lupa...nasib ada orang macam mimi ni suka tulis resipi kat blog..dapat senangkan orang yang baru nak cuba buat..tq tau

    BalasPadam
  25. Wahhh nampak menyelerakan. tengok dari gambar pun boleh terasa macam gebunya kalau dimakan. Lapar pula di pagi hari

    BalasPadam
  26. yum yum! i think we all love donuts! seems very simple to do too! thanks for sharing! can drizzle with chocolate sauce too and top with nuts too hehe

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  27. wa you are a good mummy. thanks for sharing the recipe. I hope I can make the delicious donuts for my children one day too. gonna learn more to cook

    BalasPadam
  28. wahhh rajinnya mimie.. camne rupa donut dah masak lak mimie? harraz pun suka donut gak.. tapi TB ni risau sangat nak bagi dia makan manis2 sebab risau dia selsema n batuk kalau terlebih makan manis-manis.. bila tak letak gula dia takmau makan.. bijakkan budak2 sekarang.. tau nak sedap dan manis je.. hahaha

    BalasPadam
  29. Wahhhh! nak satu boleh? actually buat kat rumah lagi best boleh enjoy banyak banyak with family

    BalasPadam
  30. Zira buat donat tak jadi kadang keras kalau kat kedai lembut

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.