PROJEK BUAT DONUT GEBU DI MALAM HARI TUNAIKAN PERMINTAAN ANAK ANAK | Hai semua! Gigih taip entry tengah malam sebab tak boleh tidur. Hidung pun masih terbau bau donut yang Mimi buat tadi. Gigih tau PROJEK BUAT DONUT GEBU DI MALAM HARI TUNAIKAN PERMINTAAN ANAK ANAK. Asyik duk berzikir nak donut, nak donut kan, gagahkan diri juga buat donut .
Lama juga tak menguli ni. Dulu rajin tapi sejak pregnantkan Adhwa memang dah stop. Ni dah mula slow slow projek membaking, mendonut dan sebagainya demi penuhkan permintaan anak anak. Anak anak Mimi memang hantu donut. Kalau donut tuh lembut dan gebu dorang boleh hadap berketul ketul.
Alhamdulillah, walaupun lama tak menguli donut tapi PROJEK BUAT DONUT GEBU DI MALAM HARI menjadi juga. Anak anak puji sedap dan lembut kembang hidung sekejap.
Korang yang nak resipi donut gebu dan lembut boleh cuba resipi yang Mimi share ni ya.
2 sudu besar susu pekat
1 paket yis
2 sudu besar gula
1 cawan air
4 cawan tepung gandum (Mimi guna tepung cap Ros)
2 sudu besar marjerin/mentega
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1. Mula mula masukkan susu pekat + gula + air + yis. Biarkan sampai kembang.
2. Campurkan tepung + marjerin + garam + baking powder. Gaulkan dan masukkan bahan rendaman yis yang dah kembang. Gaul rata dan uli sampai jadi doh .
3. Canaikan doh dan tekap doh jadi donut. Kemudian boleh digoreng macam biasa . Pastikan minyak betul betul panas sebelum menggoreng. Dah siap goreng boleh tabur gula pada donut . Dah siap !
Anggaran adunan ni dapatlah dalam 30 - 35 biji donut. Mimi dapat 28 biji sebab buat donut memang tahap gebu dan besar sikit bagi anak kenyang dan puas makan .
Donut kecil tu penutup acara mencanai donut. Puas hati dapat buat untuk anak anak. Bila dah siap masing masing tak sabar nak makan. Mimi tak join diorang makan donut pun. Mengundang lelemak je tau ! No no no ! Tengok muka happy anak akak dapat makan donut pun dah kenyang. So, korang yang nak mendonut jangan lupa cuba resipi ni tau . Senang saja nak buat !
32 Comments
sdapnya donut..:)
ReplyDeleteterbaek.. nampak sedap :)
ReplyDeleteIngat lagi zaman kanak-kanak dulu selalu tengok mak buat donut. RIndunya la hai nak menyebok time nak buat kuih. Dah besar panjang ni jarang dah ada kesempatan mcm tu.
ReplyDeletesedapnya donut ! haritu pernah terjumpa donut yang tak gebus lepastu rasa macam tak best langsung. kalau dapat minum petang donut gebu macam ni sedapnya
ReplyDeleteBookmark! Terima kasih share resipi. Mak saya mencari2 resepi donut yabg lazat sebab tak larat nak beli berbiji2 donut Big Apple. Mungkin boleh try resipi ni.
ReplyDeletewah gebu gebas lah donutnya. cantik je kejadiannya
ReplyDeleteGebunya Donut. Minum petang2 sesambil minum dengan kopi atau teh sangat la heaven. Nak kata susah sangat membuatnya pun tak juga. Bahan2 tak la banyak sangat ek?.
ReplyDeleteHihi malam pun mendonut yer demi anak-anak, terbaik sangat.
ReplyDeleteBila tengok gambar donut gebu tu tetiba pulak rasa lapar huhu. Sy screen shoot dulu resepi donut gebu hehehe nanti ada masa baru buat. Thanks yer
Sedapnya lah akk.. Mkn panas2 best.. Meh hantar sikit kat zaza please hehe
ReplyDeleteMemang bonda yang terbaik kan? Sediakan donut atas permintaan anak-anak. Donut-donut ini memang nampak gebu dan lazat lar. Nak cuba! :D
ReplyDeleteOh Oh Oh. Kalau la dekat mau pergi menagih seketul dua nie. Rawlins dapat bayangkan bahagianya anak-anak makan donut tu. Time panas2 memang sedap woiii
ReplyDeletesedapnya... elok je kejadiannya kak mimi. nyum nyum
ReplyDeleteWahhh gebus gabas donut depa..kt umah ni 2x sebulan mesti mendonut..lebih suka letak topping coklat
ReplyDeleteI teringin nak makan homemade donut like this. Cantik betul tengok donut tu. Next time hantar ar sket. kekeke...I uli tepung pun tak pandai. huhuh
ReplyDeleteGebu donat akk.. Hehe.. Kita kalau buat mesti rupa lain sikit.. Haha..tq share resepi..
ReplyDeleteThank you share resepi. anak nora suka makan donut. nanti nak cubalah donut gebu resepi dak mimi
ReplyDeletesedapnya donut...gebooo..tk pernh buat...tapi mak and adik ada buat..mkn panas222 yummmyyy
ReplyDeleteRajinnya la hai.... Hahaha Eh kita nak try ;ah buat guna recipe ni nanti. hari tu ada try buat donut skali tapi x jadi. Tak gebu. sedih huhuh
ReplyDeleteOh...i love doughnuts! Pernah try sekali untuk buat tapi it was a disaster. I will try your recipe and see. Hopefully jadi this time.
ReplyDeleteAlahai gebunya tengok.. Haritu nampak siapa ye buat lupa pulak, ni mimi pulak.. Ni terasa nak buat juga ni.. Sedap. Ni oii
ReplyDeletenampoak gebu gabas donut ni..suka tengok..nanti nak buat utk anak2 makanlah..buat sendiri memang puas hati..apatah lagi hidangan tu menjadi hehehe
ReplyDeleteSedapnya donut. Dah lama sungguh Nina tak bikin donut. Huhuuu...
ReplyDeleteSeronok dapat tunai kan permintaan anak-anak kannn? Lagi best tengok depa makan berselera hasil air tangan kita. Aduyai ... Touching! Rasa nak bikin donut gak laaa
Teeingin nak buat donut sendiri tapi tiada kerajinana pulak.. anak2 suka donut tapi suka nak ada coklat bagai.. nnt leh try resepi mimi ni..boleh buat frozen sekali
ReplyDeleteGigih mimi buat donut untuk anak2 malam 2. Macamtulah ibu2 ni kan selagi mampu nak tunaikan permintaan anak2 dan suami.
ReplyDeleteYa Allah sedapnya donut2 tu. gebu2 n montok2 semuanya. Nanti nak buat jugaklah ikut cara kak mimi. Donut buatan rumah sndri lebih sedap dan meriah berbanding donut beli. Tak adalah susah mana pon nak buat donut nie
ReplyDeletememang lama tak buat donut , resipi dan cara nak buat pun dah lupa...nasib ada orang macam mimi ni suka tulis resipi kat blog..dapat senangkan orang yang baru nak cuba buat..tq tau
ReplyDeleteWahhh nampak menyelerakan. tengok dari gambar pun boleh terasa macam gebunya kalau dimakan. Lapar pula di pagi hari
ReplyDeleteyum yum! i think we all love donuts! seems very simple to do too! thanks for sharing! can drizzle with chocolate sauce too and top with nuts too hehe
ReplyDeleteHow to deal with markets ups and downs?
wa you are a good mummy. thanks for sharing the recipe. I hope I can make the delicious donuts for my children one day too. gonna learn more to cook
ReplyDeletewahhh rajinnya mimie.. camne rupa donut dah masak lak mimie? harraz pun suka donut gak.. tapi TB ni risau sangat nak bagi dia makan manis2 sebab risau dia selsema n batuk kalau terlebih makan manis-manis.. bila tak letak gula dia takmau makan.. bijakkan budak2 sekarang.. tau nak sedap dan manis je.. hahaha
ReplyDeleteWahhhh! nak satu boleh? actually buat kat rumah lagi best boleh enjoy banyak banyak with family
ReplyDeleteZira buat donat tak jadi kadang keras kalau kat kedai lembut
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com