Kek pisang yang sedap dan lembut

Malam tadi saya dengan incik hubby bertungkus lumus menyiapkan projek kitorang iaitu membaking kek pisang. Sebenarnya incik hubby teringin nak makan kek pisang. So, tak nak hampakan permintaan incik hubby kena buat lah kan.

Mula mula memang saya nak buat sorang sorang tapi incik hubby datang tanya kenapa tak panggil dia tolong. Disebabkan dia dah offer diri nak tolong, saya ambik kesempatan lah..Hahaha...serahkan kat dia aje buat kek pisang. Saya just pantau saja...


Nampak tak keterujaan incik hubby bancuh kek..Sila abaikan tuala mandi kat kaki dia tuh.Seluar dia mendedahkan aurat sikit so tutup dengan tuala..hehe...


Time nih kek suam suam panas. So tak nampak ira pisang kat kek tuh. Bila betul betul sejuk memang nampak...Bila makan time panas sedap aje moist gitu. Tapi bila makan time sejuk phn tetap sedap, soft dan moist..

Nak share dengan korang resipi kek pisang yang soft dan moist nih...

Bahan bahan(Utk kek 2kg++)

2 cawan minyak masak/jagung
2 cawan gula kastor
8 biji telur gred A
10 biji pisang emas
3 cawan tepung gandum} ayak
1 sdk baking powder } ayak
1 sdk bikarbonat soda} ayak
1 sdk esen vanila

Mula mula mix kan minyak,gula dan telur. Pukul dalam 3-5 minit. Kemudian masukkan pisang yang dilecek tadi gaul sebati. Kemudian masukkan tepung gandum,baking powder dan bikarbonat soda yang dah diayak...Gaul sebati lagi dan akhir sekali masukkan esen vanila. Dah siap masuk dalam loyang yang disapu dengan mentega ye..Bakar suhu 170 darjah celcius (bila permukaan perang sikit saya turunkan suhu jd 150) Bakar selama 60 minit atau sehingga masak.

* Kalau korang nak buat size kecik just divide dua sukatan bahan bahan tuh je..


Post a Comment

18 Comments

  1. sedapnya kek pisang, yummy, rajin en suami membantu ye.. hihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak mie, wahh bestnya ada pembantu didapur. hehe sheila suka kek pisang ni. hehe rajin beli je. rasanya boleh try buat sendiri, based pada resepi kak mie ni. hihi selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  3. wah hubby nak menolong, baguih tu..

    ReplyDelete
  4. 2kg?? patt adunan tu nmpk banyak.gebunya kek yg dh siap tu.

    ReplyDelete
  5. oh wow sungguh teruja Mr Hubby... dan nampak sedap je... nanti akak ambik resepi ye dan nak cuba nanti

    ReplyDelete
  6. kita tak boleh buat kerja ramai2 kat dapur.

    ReplyDelete
  7. Nampak macam mudah je nak buat...bebila rajin nak try jugaklah.

    ReplyDelete
  8. Sedapnye kek pisang..nyum3..

    ReplyDelete
  9. bertungkus lumus en suami bancuh kek ye......:-)

    ReplyDelete
  10. Sedappp tu kek pisang...
    Buat sendiri mmg puas hati kan...
    ^__^

    ReplyDelete
  11. tak pernah try buat lagi la...

    ReplyDelete
  12. how sweet ummi. hehehe, tai xpernah merasa lagi kek pisang nih

    ReplyDelete
  13. Mcm teringin pulak nak buat kek pisang PU....Seumur hidup tak pernah buat kek pisang....senang je rupanya kalau tengok resepi tu...

    ReplyDelete
  14. kek pisang buatan sndri camne eh mst sedap :)

    ReplyDelete
  15. pernah buat sekali je sebab akak x mkn sgt.

    ReplyDelete
  16. ooh..nanti kalau rasa2 nak masak kek pisang, saya jengah balik blog mimie ni.. :)

    ReplyDelete
  17. saya dah lama dah tak buat kek pisang ni
    camne nak buat aje lepas ni =)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com