Mula mula memang saya nak buat sorang sorang tapi incik hubby datang tanya kenapa tak panggil dia tolong. Disebabkan dia dah offer diri nak tolong, saya ambik kesempatan lah..Hahaha...serahkan kat dia aje buat kek pisang. Saya just pantau saja...
Nampak tak keterujaan incik hubby bancuh kek..Sila abaikan tuala mandi kat kaki dia tuh.Seluar dia mendedahkan aurat sikit so tutup dengan tuala..hehe...
Time nih kek suam suam panas. So tak nampak ira pisang kat kek tuh. Bila betul betul sejuk memang nampak...Bila makan time panas sedap aje moist gitu. Tapi bila makan time sejuk phn tetap sedap, soft dan moist..
Nak share dengan korang resipi kek pisang yang soft dan moist nih...
Bahan bahan(Utk kek 2kg++)
2 cawan minyak masak/jagung
2 cawan gula kastor
8 biji telur gred A
10 biji pisang emas
3 cawan tepung gandum} ayak
1 sdk baking powder } ayak
1 sdk bikarbonat soda} ayak
1 sdk esen vanila
Mula mula mix kan minyak,gula dan telur. Pukul dalam 3-5 minit. Kemudian masukkan pisang yang dilecek tadi gaul sebati. Kemudian masukkan tepung gandum,baking powder dan bikarbonat soda yang dah diayak...Gaul sebati lagi dan akhir sekali masukkan esen vanila. Dah siap masuk dalam loyang yang disapu dengan mentega ye..Bakar suhu 170 darjah celcius (bila permukaan perang sikit saya turunkan suhu jd 150) Bakar selama 60 minit atau sehingga masak.
* Kalau korang nak buat size kecik just divide dua sukatan bahan bahan tuh je..
18 Comments
sedapnya kek pisang, yummy, rajin en suami membantu ye.. hihi
ReplyDeleteAssalamualaikum kak mie, wahh bestnya ada pembantu didapur. hehe sheila suka kek pisang ni. hehe rajin beli je. rasanya boleh try buat sendiri, based pada resepi kak mie ni. hihi selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~
ReplyDeletewah hubby nak menolong, baguih tu..
ReplyDelete2kg?? patt adunan tu nmpk banyak.gebunya kek yg dh siap tu.
ReplyDeleteoh wow sungguh teruja Mr Hubby... dan nampak sedap je... nanti akak ambik resepi ye dan nak cuba nanti
ReplyDeletekita tak boleh buat kerja ramai2 kat dapur.
ReplyDeleteNampak macam mudah je nak buat...bebila rajin nak try jugaklah.
ReplyDeleteSedapnye kek pisang..nyum3..
ReplyDeletebertungkus lumus en suami bancuh kek ye......:-)
ReplyDeleteSedappp tu kek pisang...
ReplyDeleteBuat sendiri mmg puas hati kan...
^__^
tak pernah try buat lagi la...
ReplyDeletehow sweet ummi. hehehe, tai xpernah merasa lagi kek pisang nih
ReplyDeleteMcm teringin pulak nak buat kek pisang PU....Seumur hidup tak pernah buat kek pisang....senang je rupanya kalau tengok resepi tu...
ReplyDeletekek pisang buatan sndri camne eh mst sedap :)
ReplyDeletepernah buat sekali je sebab akak x mkn sgt.
ReplyDeleteooh..nanti kalau rasa2 nak masak kek pisang, saya jengah balik blog mimie ni.. :)
ReplyDeletesaya dah lama dah tak buat kek pisang ni
ReplyDeletecamne nak buat aje lepas ni =)
Mcm sng je ni...haha
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com