Jumaat, 7 Disember 2012

Kelebihan Berselawat ke atas Nabi pada Hari Jumaat

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya hari yang paling afdhal bagi kamu adalah hari Jumaat. Pada hari tersebut Adam diciptakan dan dimatikan, pada hari tersebut

 juga sangkakala ditiup, dan pada hari itu juga terjadi kematian (seluruh manusia). Dengan sebab itu, banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari tersebut (Jumaat) kerana selawat kamu ke atasku diperlihatkan kepadaku.”

Kemudian seorang sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin selawat kami diperlihatkan kepadamu, sedangkan engkau telah menjadi tulang-belulang?”

Maka Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla benar-benar telah mengharamkan kepada bumi memakan jasad para Nabi.” (Hadis Riwayat Ahmad, 26/84, no. 16162. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu'aib al-Arnauth)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 5791. Syu’abul Iman, 3/110, no. 3032. Dinilai hasan lighairihi oleh al-Albani)

14 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.