Kelebihan Berselawat ke atas Nabi pada Hari Jumaat

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya hari yang paling afdhal bagi kamu adalah hari Jumaat. Pada hari tersebut Adam diciptakan dan dimatikan, pada hari tersebut

 juga sangkakala ditiup, dan pada hari itu juga terjadi kematian (seluruh manusia). Dengan sebab itu, banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari tersebut (Jumaat) kerana selawat kamu ke atasku diperlihatkan kepadaku.”

Kemudian seorang sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin selawat kami diperlihatkan kepadamu, sedangkan engkau telah menjadi tulang-belulang?”

Maka Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla benar-benar telah mengharamkan kepada bumi memakan jasad para Nabi.” (Hadis Riwayat Ahmad, 26/84, no. 16162. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu'aib al-Arnauth)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 5791. Syu’abul Iman, 3/110, no. 3032. Dinilai hasan lighairihi oleh al-Albani)

Post a Comment

14 Comments

  1. sama-samalah kita berselawat keatasnya...

    ReplyDelete
  2. SAMA2 KITA BERSELAWAT K..^_^

    ReplyDelete
  3. as salam

    selawat lah banyak2...nanti dapat syafaat darinya dengan izin Allah

    ReplyDelete
  4. subahannallah. tingginya kedudukan orang yang bersalawat. jom bersalawat.

    ReplyDelete
  5. betapa besarnya erti berselawat pada junjungan besar kita.. masrilah kita amalkan selawat tiap2 hari..moga dapat keberkatan..

    ReplyDelete
  6. jom kita berselawat.
    hari jummat yg sgt indah :)

    ReplyDelete
  7. Sama2 kita berselawat ke atas nabi muhammad saw

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com