Tutorial Bloglist Keluar Tajuk Entry Terbaru

Assalamualaikum 

Lately ni, Mimi terperasan ada beberapa blog yang Mimi blog walking ada masalah yang sama Mimi hadapi sebelum ini iaitu bahagian bloglist tidak keluar tajuk entry terkini. Bila nak blogwalking tu agak payah sebab kita tak tahu sama ada kawan blogger up entry baru ataupun tidak. Ada yang menghadapi masalah yang sama tak? Bila buat bloglist hanya keluar nama blog sahaja. Tajuk entry terbaru tak keluar.

Jadi geram bila Mimi nak update bloglist blogger tak keluar tajuk entry pun. Hanya keluar tajuk blog. Seminggu juga mencari apa yang silap. Godek punya godek cari mana yang silap, akhirnya Mimi jumpa juga solusi untuk mengatasi masalah bloglist tak keluar tajuk entry terbaru ni. Alahai senang rupanya.

Korang boleh ikut tutorial mudah untuk update bloglist di blog supaya keluar tajuk entry yang terkini.

Tutorial Bloglist Keluar Tajuk Entry Terkini

1. Dashboard > Layout > cari bloglist yang ingin di edit.
2. Add new item > Blog Name (Masukkan nama blog yang ingin ditambah @ nama blogger) dan Blog URL (masukkan url blog)

* Blog name : Mimi letak nama blogger itu sendiri. Lagi mudah Mimi nak kenal.



3. Pastikan url blog tiada simbol ini > / dihujungnya contoh : https://www.abcdefg.com (contoh seperti gambar di bawah)



4. Klik continue. Keluar paparan seperti di bawah. Pilih yang pertama jika nak kekalkan title blog dan pilih yang kedua jika nak kekalkan nama blog yang korang pilih.




5. Url blog memang akan jadi seperti ini https://www.abcdefg.com/feeds/posts/default. Proceed klik ok.

6. Klik save. Jangan lupa klik simbol disket pada layout blog. Kemudian dah boleh view blog.

Korang boleh nampak bloglist korang akan keluar nama blog dan tajuk entry terkini.

Post a Comment

3 Comments

  1. Boleh jadikan rujukan ni. mana la tahu kut-kut nanti kena masalah yang sama kan..

    ReplyDelete
  2. Yeay....now dah ok dah boglist akak...thanks Mimi..kalau xde la tutorial ni memang sampai ke sudah mcm tu je la blog akak ...

    ReplyDelete
  3. leh cuba godek2 ni..lemah jugak bab ni. tq tq!

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com