Tahniah Kak SA ! Selamat Bertunang

Tahniah Kak SA ! Selamat Bertunang | Semalam memang hari gantung kuali. Sekian lama tak pergi ke mana mana majlis, semalam Mimi pergi majlis pertunangan kawan blogger iaitu Kak SA. Terima kasih kak SA sudi jemput datang ke majlis pertunangan.




Sebelum bertolak tu Mimi call kak SA bagitahu otw nak datang. Mimi pergi bertiga saja dengan kakak Aina dan Amani. Sempat lagi posing time lampu isyarat tengah merah. 

Majlis bermula pukul 12 tengahari tapi Mimi sampai dalam pukul 12 lebih juga sebab pusing pusing cari parking. Tak berani nak parking depan rumah orang takut orang marah. Jadi, parking lah kat tepi jalan besar.

Masa Mimi sampai, majlis pertunangan baru selesai. So, suruh anak anak duduk makan. Mimi masuk dalam cari kak SA. Dah datang majlis pertunangan kawan blogger, harus lah jumpa empunya badan ucap tahniah dan bergambar.



Selepas bergambar, isi perut. Serius cakap, lauk semua sedap sedap. Rambang mata nak makan lauk yang mana. Penyudahnya ambil lauk daging. Memang sedap. Lembut je. Selesai makan, jumpa kak SA minta izin balik sebab nak pergi kenduri majlis aqiqah kawan di Paroi pula.

Alhamdulillah majlis pertunangan kak SA berjalan dengan lancar. Tahniah kak SA atas pertunangan dengan Mr. Right. Tak sabar tunggu next year nak datang majlis kahwin pula.

Post a Comment

3 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com