RichWorks Prihatin Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula dari Pandemik 2021

RichWorks Prihatin Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula dari Pandemik 2021 | Tahun lepas negara telah menghadapi pelbagai ujian. Belum reda pun pandemik Covid-19, negara kita dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada hujung tahun lalu.

Kita dapat menyaksikan ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik dan banjir. Ada antaranya yang dibuang kerja dan tak kurang juga ada yang kehilangan rumah dan harta benda.

Golongan yang paling terkesan sudah tentunya terdiri daripada para peniaga dan juga usahawan. Kerugian yang dialami mereka tidak terhitung banyaknya. 

Menyedari para peniaga dan usahawan yang terkesan dengan pandemik dan banjir ini, Richworks tampil ke hadapan membantu golongan yang terjejas ini.



Richworks Bantu Rakyat kerana Memahami Perasaan Mereka

Richworks International Sdn Bhd sudah pasti tidak asing lagi di negara kita di mana ia merupakan syarikat yang banyak membantu para usahawan berjaya keluar dari kepompong kesusahan.

Richworks International amat memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Richworks juga terkesan dengan musibah banjir yang melanda namun itu bukanlah alasan untuk patah semangat.



Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.



Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

 


Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

RichWell Bantu Meringankan Beban Melalui Kempen #RichWellBantu

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.



Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Richworks Disini Bermulanya Usahawan Jutawan

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi. Syarikat ini juga semakin mendapat perhatian para usahawan untuk mencipta kejayaan.

 


Pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.



Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha Richworks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Siapakah Richworks? 

Untuk pengetahuan semua, Richworks adalah sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 


Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Video Perjalanan Richworks di Tahun 2021

Richworks International merupakan syarikat yang terkenal dengan seminar dan penganjur acara yang besar dalam bidang keusahawanan.

Di sini Mimi kongsikan video perjalanan Richworks di Tahun 2021 untuk sama-sama kita lihat kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh team Richworks pada tahun lalu.


Buat anda di luar sana yang ingin turut serta dalam seminar keusahawanan yang dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd ni boleh dapatkan maklumat lanjut di RichWorks.

Tidak rugi jika menuntut ilmu keusahawanan dengan Richworks ini kerana ilmu yang diberikan sangat bermanfaat dan kerana perkongsian yang diberikan telah melahirkan ramai usahawan yang bergelar jutawan.

Diharapkan pada tahun 2022,works bertambah maju dan berjaya melahirkan lebih ramai para usahawan jutawan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com