Aplikasi Mindful Muslim Terapi Minda dan Jiwa - Agar Sentiasa Tenang dan Sabar Menghadapi Ujian

Aplikasi Mindful Muslim Terapi Minda dan Jiwa - Agar Sentiasa Tenang dan Sabar Menghadapi Ujian | Hai dan Assalamualaikum. Setiap daripada kita pasti akan menghadapi masalah. Cuma beza masalah yang dihadapi itu besar atau kecil. Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari masalah. Setiap masalah yang dihadapi pasti ada penyelesaiannya. 

Aplikasai Mindful Muslim


Ya, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya namun, ada juga yang mengambil keputusan yang salah untuk lari dari masalah. Sebagai contoh, sejak akhir akhir ini banyak terpampang di dada dada akhbar kes kematian kerana bunuh diri. Apabila kita mendengar kes bunuh diri pasti kita akan kaitkan dengan kemurungan, tekanan dan despressi dan sebagainya. Ada yang tumpang simpati mendengar khabar berita berkenaan dan ada juga yang mengutuk dan mencaci tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga si mati.

Siapa kita untuk menghukum si mati. Ya, cara kematian itu salah namun kita sebagai manusia biasa tidak berhak menghukum, menghina ataupun mencaci cara kematian si mati. Mungkin masalah yang dihadapi sangat berat dan besar yang jika kita sendiri hadapi kita tidak tahu kemampuan kita untuk mengharunginya. Sebagai Muslim, kita seringkali mendengar Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan hamba itu sendiri.

Masalah Kita Tidak Sama!

Ya, semua orang pasti ada masalah dan masalah kita tidak sama. Begitu juga dengan Mimi. Mimi bukanlah suka bercerita masalah dengan orang sebarangan. Hanya orang yang Mimi percaya saja Mimi akan cerita masalah Mimi namun tidak semua Mimi ceritakan. Mimi masih menyimpan dengan rapi punca masalah yang sebenar. 

Adakalanya, memang akan hilang kewarasan apabila masalah yang dihadapi itu terlalu berat untuk dilalui. Namun, apabila muhasabah diri, masalah yang dihadapi mungkin tidaklah sebesar masalah orang lain. Kalau kita rasa ujian yang kita hadapi itu hebat, kena ingatkan diri bahawa ada orang lain lagi hebat ujian yang dihadapi mereka. Mungkin kita sendiri tidak mampu nak tanggung.

Bila ada masalah, Mimi memang akan tertekan dan jatuh sakit. Selalunya bila terlalu tertekan Mimi banyak tidur dan menangis. Namun, sampai bila nak jadi macam tu, betul tak? Perlu bangkit, keluar dari masalah dan kena kuat! 

Sebagai orang Islam, banyak cara yang Mimi lakukan untuk mengurangkan tekanan dan merawat hati serta minda Mimi yang bercelaru. Antaranya ialah :

a) solat, berdoa dan mengaji- solat itu tiang agama dan wajib mengerjakannya. Setiap kali lepas solat, doa dan terus berdoa minta agar hati tenang dan sabar dengan ujian Allah. Tidak lupa juga mengaji membaca ayat ayat suci Al Quran agar bertambah tenang

b) mencari video zikir atau doa doa - selalunya Mimi akan muat turun video zikir dan doa doa dari aplikasi Tik Tok. Mimi akan berulang kali dengar dan mengamalkannya untuk mendapatkan ketenangan

c) berzikir - selalunya Mimi akan amalkan berzikir setiap kali lepas solat ataupun ketika memandu pergi dan balik dari kerja. Dengan berzikir itulah hati Mimi sentiasa tenang menghadapi segala urusan seharian Mimi.

c) sesi rundingcara - jika ada masalah dan Mimi buntu mencari penyelesaian, Mimi akan berjumpa dengan seseorang yang arif untuk meminta pandangan nasihat supaya dapat mencari penyelesaian masalah yang berlaku.

d) memuat turun aplikasi Mindful Muslim - aplikasi ni sangat membantu Mimi bila ada masalah. Banyak yang Mimi pelajari dari aplikasi ini. Kadang kala sibuk dengan tugas harian sehingga terlupa untuk berzikir atau mengaji. Jadi, untuk pastikan amalan berzikir tidak terhenti atau dilupakan Mimi akan buka aplikasi Mindful Muslim.



Apa itu aplikasi Mindful Muslim ?

Aplikasi Mindful Muslim adalah aplikasi pertama di dunia berteraskan Islamik yang dibangunkan untuk membantu  1.8 billion orang Muslim  untuk  meningkatkan mental dan emosi mereka melalui penceritaan dari audio kisah kisah Islam.

Manfaat Aplikasi Mindful Muslim kepada Pengguna


Untuk pengetahuan semua, aplikasi ini telah mendapat penilaian 4.8 bintang  di gedung Play Store dengan 1900 lebih memberi ulasan 5 bintang. Pengguna menyatakan faedah dan manfaat yang mereka perolehi darai aplikasi ini seperti berikut :

- membantu menghilangkan tekanan dan membuat berasa lebih tenang dan membantu tidur dengan tenang

-  mengurangkan kerisauan dan menjadikan rasa lebih berharap menlalui kisah kisah  Al Quran dan Hadis




Aplikasi Mindful Muslim ini lengkap dengan :

a) Penceritaan audio mengenai kisah kisah penuh harapan dari Al Quran dan Hadis
b) Bacaan Ayat Ruqyah dan doa untuk tujuan tertentu - hilangkan kegelisahan/kemurungan, kesunyian dan perasaan rendah diri
c) Pilihan Pembaca
d) Bunyi alam sekitar
e) Membina senarai playlist
f) Buku harian tidur untuk membantu menulis jurnal pada watu malam

Aplikasi ini dibangunkan untuk meningkatkan kesedaran tentang perlunya mempraktikkan perhatian dan faedahnya kepada semua. Pada masa kini kesihatan mental di kalangan umat Islam amat membimbangkan dan masayarakat kini tidak didedahkan dengan situasi sebenar mereka yang mengalami  kegelisahan / kemurungan dan keadaan lain yang berkaitan dan bagaimana orang yang menghadapi masalah ini berjuang untuk mengawal masalah kesihatan mental mereka. 





Aplikasi ini juga membantu menyokong orang dalam situasi seperti itu dengan menaikkan semangat mereka dari keadaan mereka yang sudah tiada harapan, menjadikan mereka semakin dekat dengan kepercayaan mereka dan semakin dekat dengan Al-Shafi, yang Maha Penyembuh. Setiap orang yang sembuh akan menyebabkan lebih banyak orang merasa lebih baik dan lebih bahagia. Melalui usaha ini, diharapkan dapat menyokong masyarakat kita ke arah kesejahteraan mental dan emosi yang lebih baik.

Aplikasi ini sangat bagus untuk dimuat turun kerana ia banyak membantu memberi ketenangan di kala menghadapi tekanan hidup. Alunan ayat-ayat suci Al Quran yang merdu membuat hati bertambah tenang apabila mendengarnya.

Dalam aplikasi ini juga terdapat ayat ayat ruqyah yang bagus untuk kita amalkan dan ia merupakan salah satu bentuk cara untuk kita memohon bantuan daripada Allah SWT.




Aplikasi Mindful Muslim ini boleh dilayari bila bila masa dan di mana sahaja kita berada. Tidak kira sama ada di rumah, pejabat, taman atau pusat membeli belah. Apabila kita sentiasa mengamalkan mendengar alunan bacaan Al Quran dan zikir pasti hati dan minda kita lebih menjadi tenang. Aplikasi ini sangat sesuai untuk semua golongan tidak kira kanak-kanak, dewasa atau orang tua.

Untuk anak anak amat sesuai kita dedahkan dengan aplikasi ini kerana ia bukan sahaja ada bacaan Al Quran dan zikir malahan ia juga mengandungi kisah para nabi. Buat masa ini kisah para nabi hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris dan akan dipertingkatkan dengan Bahasa Melayu dan Arab pada masa akan datang. Walaupun kisah nabi disampaikan dalam Bahasa Inggeris namun ia bukan menjadi alasan untuk tidak mendedahkan anak anak dengan kisah nabi yang boleh dijadikan panduan dan pedoman hidup kita pada masa kini.

Dalam aplikasi Mindful Muslim ini kita boleh klik "Begin Journey" dan akan keluar paparan Guided Talkdown. Di paparan ini boleh pilih nak dengar cerita mengikut kategori seperti stress, anxiety, hope dan fear. Korang boleh juga build playlist sendiri dengan memilih jenis doa, ayat ruqyah dan juga Night Quran. Dah buat pilihan terus simpan saja dalam playlist. Macam Mimi pilih semua doa, ayat ruqyah dan night Quran dan saved dalam playlist. Boleh dengar semua sekaligus. Yang bagusnya apliasai ini, walaupun Mimi keluar dari aplikasi ini ketika alunan ayat Al Quran dibaca dan ingin melayari aplikasi lain Mimi masih boleh mendengar seperti biasa.




Siapa Yang Bangunkan Aplikasi Mindful Muslim?

Aplikasi Mindful Muslim ini dibangunkan oleh Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan M di kalangan ahli keluarga dan juga teman rapatnya. Beliau berusia 33 tahun dan berasal dari Singapura. Mohd Akhtaar kini sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication.

Encik Mohd Akhtaar bin Abdul Ghani pengasas Mindful Muslim



Aplikasi Mindful Muslim ini boleh dimuat turun di aplikasi Apple Store dan Play Store. Link untuk muat turun aplikasi seperti di bawah :


Untuk pengetahuan semua, aplikasi ini boleh dilayari secara percuma. Ia juga mempunyai kandungan premium yang boleh dilanggan dari harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan. Kini aplikasi ini boleh didapati dalam versi bahasa Inggeris dan bakal diperluaskan dalam bahasa Malaysia dan Arab.

Semoga perkongsian Mimi mengenai manfaat dan kebaikan aplikasi Mindful Muslim ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca blog Mimi. Bersama-samalah kita membina kehidupan yang lebih baik pada masa kini dan akan datang.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bagus Aplikasinya. Layak untuk dicoba dan digunakan. Makasih sudah berbagi informasi.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com