Memelihara kekayaan dan menyediakan perlindungan insurans hayat sehingga usia 100 tahun
Tokio Marine Life
Insurance Malaysia Bhd. (“Tokio Marine Life”) bersama rakan kongsi Bancainsurans, Kumpulan
Perbankan RHB (“RHB” atau “Kumpulan”) melancarkan RHB
Treasure 100, suatu penyelesaian komprehensif insurans hayat yang
menawarkan Jaminan Pembayaran Tunai seumur
hidup yang pertama dalam industri sehingga usia 100 tahun, memelihara kekayaan para pemegang polisi dan
pada masa yang sama menyediakan perlindungan insurans.
Jaminan Pembayaran Tunai seumur hidup berkenaan dilakukan setiap
tahun mulai akhir tahun pertama polisi, sehingga mencecah usia 100 tahun untuk hayat
yang menerima perlindungan insurans. Pemegang
polisi RHB Treasure 100 boleh memilih untuk menerima bayaran tunai biasa, atau
sebagai pilihan melabur semula bayaran tunai berkenaan dengan Tokio Marine Life
untuk terus mengembang dan mengumpul kekayaan mereka. Polisi berkenaan menyepadukan perlindungan
untuk kematian serta Ketidakupayaan Sepenuhnya dan Kekal, di samping tiga peruntukan
tambahan pilihan untuk meningkatkan perlindungan hayat, termasuklah perlindungan
hayat untuk kedua-dua pemegang polisi dan hayat yang diberikan perlindungan
insurans bagi memperoleh perlindungan dan manfaat yang lebih meluas.
“Tokio Marine Life terus
komited dengan kerjasama kami bersama RHB. Kami sentiasa bekerjasama untuk
menyediakan penyelesaian insurans yang unik bagi meningkatkan kualiti kehidupan
pemegang polisi kami dan pihak yang tersayang mereka. Menerusi RHB Treasure
100, kami menyediakan suatu pelan untuk memelihara kekayaan dan mengekalkan legasi
untuk waris mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life, Encik Toi
See Jong.
Mengenai pelancaran RHB Treasure 100, Ketua Perbankan Runcit
Kumpulan Perbankan RHB, Rakesh Kaul, berkata, "RHB Treasure 100 menyediakan
fleksibiliti kepada pemegang polisi dari segi memelihara komitmen kewangan yang
ringkas dan mudah diurus, berserta pilihan syarat bayaran premium sama ada 5
tahun atau 10 tahun dan pada masa yang sama memelihara kekayaan dan menyediakan
perlindungan sehingga usia 100 tahun.
Tambahan yang tepat pada masanya kepada penyelesaian kekayaan RHB ini membuka
lebih banyak pilihan kepada para pelanggan kami, sekali gus membolehkan mereka
menyesuaikannya dengan keperluan kewangan masing-masing. Kami mensasarkan untuk
memperoleh sehingga 2,000 pemegang polisi baharu menerusi pelan ini bagi tempoh
dua belas bulan akan datang.”
Bagi memastikan
kesihatan dan keselamatan pelanggan sepanjang pandemik COVID-19 yang kian
berlarutan ini, Kumpulan Perbankan RHB dan Tokio Marine Life telah mengoptimumkan
penggunaan platform digital mereka dalam menyediakan sokongan tanpa gangguan
kepada pihak pelanggan bagi perkhidmatan polisi insurans, pembayaran tanpa
tunai secara dalam talian yang selamat, penghantaran tuntutan secara dalam
talian dan mendapatkan sejarah tuntutan.
Untuk maklumat lanjut mengenai RHB Treasure 100, sila klik di sini.
1 Comments
Salam singgah, apa kabar?
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com