Aktiviti Riadah Terancang Hiking di Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Port Dickson

Riadah Terancang Hiking di Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Port Dickson | Assalamualaikum dan hai semua! Lama juga tak update blog dengan entry baru personal. Biasalah Mimi sedang melalui fasa bertenang. Hari ni baru ada mood nak up entry. Nak kongsi dengan korang pengalaman Mimi sertai Aktiviti Riadah Terancang Hiking di Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Port Dickson.


Hiking Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Port Dickson

Seperti kebiasaan, Jumaat petang tempat kerja Mimi memang ada aktiviti riadah terancang. Tak kisahlah aktiviti apa pun badminton ke, hiking ke, jogging ke asalkan aktiviti sihat.

Jabatan Mimi pula minggu ni buat aktiviti hiking. Kali ni Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Port Dickson. Sebelum ni Mimi akan buat walking setiap petang Jumaat di Taman Tasik Seremban. Kali ni join hiking pula. Lama dah tinggal aktiviti hiking ni. Last hiking masa bujang. Sekarang anak dah 4, bayangkan berapa lama tak hiking.

Mimi sampai di tempat hiking jam 2.45 petang. Sebelum mulakan hiking, kami diberi sedikit taklimat dan buat senaman regangan. Selesai taklimat dan senaman regangan, kami mulakan hiking.

Perjalanan nak turun ke pantai memang agak mencabar. Kalau lama tak buat hiking tiba tiba nak buat memang akan surrender awal awal. Mimi gagah lagi sebab setiap hari petang Isnin hingga Khamis memang Mimi pergi gim. Sampai kami di pantai sempat bergambar dulu kemudian teruskan hiking untuk ke Batu Putih. 

Bergambar kenangan dulu sebelum teruskan hiking ke Batu Putih


Hiking nak ke Batu Putih pula. Masa stamina okay lagi. 

Track yang kami lalu ni kira level yang senang 

Sampai dah di Batu Putih. Masa ni Mimi duk bersandar di pokok. Ada gambar tapi cari tak jumpa pula nak upload. Masa ni tak naik pun puncak Batu Putih tu sebab dah mula nak pening. 

Stamina tu masih adalah tapi... Tapi kan.. Ada kejadian yang berlaku selepas track Batu Putih tu. Sampai Batu Putih tu Mimi dan yang lain sempat duduk berehat sebelum mulakan hiking semula.

Nak dijadikan cerita, selepas Batu Putih, Mimi tak boleh teruskan sebab kepala mula sakit dan pening yang amat sangat. Minum mineral lepas tu rasa loya. Terus muntah kat situ juga. Nasib baik kawan satu jabatan ada standby roti dan coklat Kinder Bueno. Lepas makan coklat yang dia bagi baru Mimi boleh teruskan hiking. Kalau tak berkampunglah dekat situ. Dahlah kepala pening dan nak pitam perut pula meragam nak membuang.

Memang tinggal kami berempat saja di belakang. Yang lain dah siap sampai rumah api Tanjung Tuan. Kami memang tertinggal belakang, gara gara Mimi sakit kepala dan tak larat nak teruskan. Memang tenaga drop habis. Rugi dah kat situ tak dapat nak bergambar di rumah api. 

Punca kepala sakit dan rasa pening? Sebabnya sebelum hiking Mimi tak sempat nak makan. Air manis dan coklat pun Mimi tak standby dalam beg. Memandangkan sekarang ni Mimi tengah cut makan, makanan yang manis manis memang Mimi tak makan. Kalau tak dalam beg mesti standby coki coki atau cadbury.

Lagipun dah lama tak hiking, so keperluan penting yang perlu dibawa semua lupa. Betul betul bawa air mineral saja masa tu. Jadi pengajaran buat Mimi lepas ni nak hiking kena pastikan perut terisi dan standby makanan dan minuman isotonik atau manis untuk tambah tenaga.

Selepas hiking, pegawai Mimi ajak makan laksa di gerai makan tepi jalan selepas hotel Thistle tu. Mimi order laksa dan milo ais. Tu pun makan tak habis. Selepas makan dan minum baru tenaga betul betul okay. Mimj sampai rumah jam 6.15 petang. 

Apa pun jadi pengalaman manis dan bermakna buat Mimi. Jadi peringatan juga selepas ni nak join apa apa aktiviti pastikan semua keperluan ada dan mencukupi. 

Post a Comment

16 Comments

  1. akak ni aktiviti pusing tasik ke, pusing shoping complex ok lagi... tapi hiking memang tidak ada ada dalam perancangan... rasanya last hiking masa tahun 2007 dulu masuk hutan simpan endau rompin... lepas tu tobat hahahha

    ReplyDelete
  2. hahaha,,,first time memanga cenggitu mimie oii...kena banyak kali hiking ni..akak angsi ari tu pun mencungap...

    ReplyDelete
  3. Kalau hiking tempat tinggi, saya bawak coklat...dan air...paling paling roti coklat dua bungkus..Ataupun baru ni sy cut jugak manis, then beli dark chocolate, sekurangnya..coklat jugak...ada sikit manis...nanti hiking tu, boleh buang kalori kita balik..hehe...Apa pun, tahniah sebab berjaya jugak menggagahkan diri...Hohoooo

    ReplyDelete
  4. Aktiviti riadah yang menyihatkan badan

    ReplyDelete
  5. kita pun ada masalah yg sama tiap kali join aktvt camni. sejenis kurang gula je, mulalah pitam, pening segala. huhu. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  6. Wah bagusnya best juga tu dapat join aktiviti hiking macam ni dengan rakan-rakan sekerja kan. Qeela dah lama betul tak hiking, confirm pancit awal ni kalau join haha. Rindu pulak zaman aktif aktiviti macam ni dulu hehe.

    ReplyDelete
  7. Wow!!!!!! Best nyer dpt gie hiking. Saya dah lama x gie hiking. Rindu sgt.

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dapat hiking. Suka juga hiking ni. Dapat dekat diri dengan nature dan sentiasa beringat tentang kebesaran ciptaan Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  9. Bestnya hiking.. Lama tak berhiking. Nak kene ade mmeber baru best.. Abak2 belum besar lagi nak berhiking.. Memng kene ade stamina dulu baru boleh hiing. Kalau tak semput

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat hikng..Sis kalau hiking sengsorang menang tak berani walau kata boleh follow orang jee...sebab tu sekarang buat bristwalk aje, sorang pun sorang laaaa

    ReplyDelete
  11. Nasib tak teruk sangat..klu sampai x dapat teruskan lagi teruk kan. Biasalah pada yg lama x hiking..anyway berjaya juga habiskan

    ReplyDelete
  12. Best la but serious lama tak hiking dah.. Dulu plan nak hike sini bila ada laluan ke pantai, terus stop kat situ and picnic.. Hahaha.. Tapi memang cantik kan kat puncak.. View cantik...

    ReplyDelete
  13. wah bestnya hiking..lama x buat aktiviti ni..takl sangka kat pd ada kawasan best untuk ber-hiking

    ReplyDelete
  14. bestnya hiking dgn geng ramai2. saya ni entah bilalah dpt hiking. sebab busy je memanjang. nak cuti pun tk boleh

    ReplyDelete
  15. Wah best kan sekali kala pergi bercuti and hiking pulak. I am planning to make a trip to negeri sembilan with my friends.

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya best experience hiking ni kan. Memang kena ada preparation dulu sebelum hiking

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com