Himpunan 14 Resipi Kuih Talam Tradisional yang Lembut dan Sedap

Himpunan 14 Resipi Kuih Talam Tradisional Yang Lembut dan Sedap | Kuih talam merupakan kuih tradisional yang menjadi kegemaran semua. Rasanya yang sedap dan lembut membuatkan selera bertambah. Kuih talam bukan sejenis kuih khusus tetapi merujuk kepada cara pembuatan jenis kuih yang dibuat dalam bekas talam. Ada beberapa jenis kuih talam seperti bengkang ubi, kuih lapis, kuih seri muka dan banyak lagi.

Terus terang Mimi katakan, ada beberapa kuih talam yang menjadi kegemaran Mimi dan ada juga kuih talam yang Mimi belum pernah makan. Memandangkan sekarang ni kita semua masih melalui tempoh PKPB dan menyambut puasa, masa yang terluang boleh diisi dengan mencuba pelbagai resipi kuih talam. 

Nak buat kuih talam boleh saja cuma sediakan bahan bahan yang diperlukan kemudian bolehlah buat ikut resipi. Antara resipi kuih talam yang boleh dicuba ialah :

KUIH TALAM UBI KELEDEK OREN




Bahan bahan 
Lapisan putih (bawah) :
Sebiji ubi keledek besar
80gm tepung beras
1/2 sudu makan tepung jagung
40g gula
225g air
125g santan
Sedikit garam

Lapisan Oren (atas) :
80g tepung gandum
150g gula
125g santan
250g air
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna oren

Cara cara
Buang kulit ubi dan rebus hingga empuk. Kemudian potong dadu. 

Campurkan semua bahan lapisan bawah kecuali ubi. Setelah semua sebati, tapiskan. 

Setelah adunan agak pekat tutup api dan masukkan ubi yang dipotong dadu. Kemudian masukkan ke dalam loyang berukuran 7 inci. 

Tutup permukaan loyang dengan aluminum foil dan kukus hingga masak. 

Sediakan lapisan oren, campurkan semua bahan dan gaul sebati. Kemudian tapis dan masak atas api sekejap. Setelah pekat tuang, tuang di atas lapisan putih yang telah masak tadi. Tutup permukaan loyang seperti tadi dan kukus sehingga masak.

Kredit : Florina

KUIH TALAM PISANG




Bahan bahan 
Lapisan Pisang :
3-4 biji pisang masak
1 cawan tepunh gandum
1/3 cawan gula merah dihiris
1 biji telur 

Lapisan santan :
1 cawan santan
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan tepung gandum

Cara cara
Panaskan pengukus. Blend semua bahan lapisan pisang. Sapu minyak dalam loyang. Masukkan bahan blend pisang dalam loyang. Kukus dalam 10 minit. 

Blend bahan lapisan santan. Masukkan ke dalam loyang sebagai lapisan atas pisang. Kukus dalam 15 minit. Siap. Potong bila sejuk.

Kredit : MaRulez Arif

KUIH TALAM KANDAKU WO




Bahan bahan
Lapisan pertama dan ketiga :
2 cawan sagu mata ikan*
1 cawan gula
1 sk garam
Pewarna merah
Pewarna hijau

Lapisan kedua :
2 cawna ubi parut
3/4 cawan gula
250g santan
200g air

Bahan hiasan :
1 biji kelapa parut putih
1/2 sk garam

Cara cara
  1. Rendam sagu minimum sejam. Bilas dan tapis. Campur gula, garam dan gaul. Bahagi dua, satu letak warna merah. Satu letak warna hijau. Gaul sebati.
  2. Panaskan kukus. Lapik loyang guna plastik. Lapisan pertama, masukkan sagu merah dan ratakan. Kukus selama 15min.
Bancuh adunan ubi. Lapisan kedua. Masukkan dalam kukus dan ratakan. Kukus selama 25min. Akhir sekali, lapisan ketiga, masukkan sagu hijau dan ratakan. Kukus selama 30min.

Tunggu kuih betul betul sejuk baru dipotong dan digolek dengan kelapa parut. Kelapa parut terlebih dahulu digaul dengan sikit garam dan kukus untuk kuih tidak cepat basi.

Kredit : Ell Sakimin


KUIH TALAM LAPIS JAGUNG




Bahan bahan
Bahan A :
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung Kastard
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1/2 sudu teh garam

Bahan B :
1/2 cawan jagung
1/2 cawan air

Bahan C :
1 sudu makan serbuk koko
1/2 cawan air suam

Cara cara
Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Masukkan bahan B ke dalam satu adunan dan bahan C ke dalam satu adunan lagi. Panaskan periuk kukusan dan sapukan minyak pada loyang.

Masukkan satu senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.lapiskan satu senduk adunan jahung dan kukus semula selama 5 minit.

Lapiskan adunan koko dan jagung berselang seli sehingga bancuhan adunan habis.

KUIH TALAM KACANG MERAH




Bahan bahan 
Lapisan bawah :
1 cawan kacang merah (dalam tin)
4 cawan santan cair
1 cawan tepung beras
3 sudu makan tepung ubi
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna merah

Lapisan Atas :
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
Sedikit garam

Cara cara
Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.

Kisar kacang merah bersama santan separa halus. 

Tuangkan ke dalam kuali atau periuk dan masukkan semua bahan A yang lain.

Panaskan sekejap sambil memgacau tanpa henti sekadar suam kuku.

Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

Cakar permukaan adunan yang sudah masak.

Masukkan semua bahan B dan masak sekejap sehingga nampak wap.

Tuangkan perlahan lahan di atas lapisan bawah (kacang merah) tadi.

Kukuskan lagi selama 20 minit sehingga 25 minit. Sejukkan dan potong.

KUIH TALAM CENDOL




Bahan bahan
Lapisan bawah :
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
Garam secukupnya

Lapisan atas :
1 cawan cendo1 cawan tepung beras
3 sudu makan tepung jagung jagung
3 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
Garam secukupnya

Cara cara 
Lapisan bawah :
Gaulkan semua bahan A dan tapiskan dalam kuali non stick. Kacau sehingga nampak wap.

Tuangkan ke dalam loyang yang disapukan sedikit minyak.

Kukus selama 20 minit.

Lapisan atas :
Gaulkan semua bahan B kecuali cendol supaya sebati dan rata.

Tapiskan ke dalam kuali non stick kemudian masukkan cendol.

Kacau di atas api perlahan sehingga nampak wap.

Tutup api dan tuangkan ke atas permukaan lapisan bawah yang sudah dicakar.

Kukus lagi 20 minit.

KUIH TALAM GULA MERAH



Bahan bahan
Lapisan bawah :
1 cawan gula merah (dimasak dan disejukkan)
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubu
Garam secukupnya

Lapisan atas :
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

Cara cara 
Lapisan bawah :
Masakkan gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga mendidih. Tapiskan.

Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.

Gaulkan semua bahan dan tapiskan ke dalam kuali non stick dan masakkan seketika.

Tuangkan ke dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.

Apabila sudah masak cakarkan sedikit permukaan dengan garpu.

Cara cara
Lapisan atas :
Gaulkan semua bahan B dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap sahaja.

Tuang perlahan lahan ke atas adunan A yang sudah dicakar dengan garpu.

Kukus selama 20 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.

Sejukkan dahulu, kemudian potong dengan pisau plastik.

KUIH SERI MUKA




Bahan bahan
Lapisan bawah :
2 cawan beras pulut
21/2 cawan santan cair
1/2 susu teh garam

Lapisan atas :
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air tapisan pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh garam

Cara cara
Basuh beras pulut dan rendam beberapa jam sebelum dimasak.

Masukkan semua bahan A ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.

Di dalam liyang lain, lapikkan plastik ke dalamnya. Masukkan pulut yang sudah dimasak tadi. Twkan pulut supaya mampat dan cantik.

Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.

Masukkan ke dalam kuali non stick dan panaskan sekadar suam suam kuku.

Tuang perlahan lahan ke atas pulut tadi. Kukus selama 30 minit.

Sejukkan kemudian boleh dipotong.

KUIH LAPIS




Bahan bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan
1/4 garam
Sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara cara
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.

Masukkan santan ke dalam periuk dan panaskan sebentar biar jadi suam suam kuku. Tutup api.

Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.

Seterusnya masukkan santan. Gaul rata sehingga tidak yang bergentel.

Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Warnakan satu bahagian dengan pewarna merah dan perisa ros.

Masukkan loyang yang telah disapukan minyak ke dalam kukusan.

Tuang 200 ml adunan tidak berwarna ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit dengan api yang kuat.

Setelah lapisan pertama tadi masak tuang pula 200 ml adunan merah tadi dan kukus lagi.

Ulang langkah hingga habis adunan dengan diakhiri lapisan merah.

Setelah siap, sejukkan dan boleh dipotong

Kredit : rasa.my

TOK AJI SERBAN




Bahan bahan
Lapisan bawah :
2 cawan beras pulut - direndam 1-2 jam
2 1/4 santan cair
Secubit garam

Lapisan atas :
6 biji telur ayam gred A
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
3 sudu makan gula perang*
1/2 cawan air*
1/2 gula*
1 helai daun pandan*

(Bahan bertanda * hendaklah dimasak terlebih dahulu, ditapis dan dibiarkan pada suhu bilik)

Cara cara
Untuk buat lapisan bawah, panaskan kukusan. Basuh beras pulut hingga bersih dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci yang dilapikkan plastik di bawahnya.

Masukkan 1 1/4 santan cair dan kukus selama 20 minit.

Keluarkan pulut sekejap. Kacau dan tambah baki santan. Kukus lagi 20 minit. Kemudian padatkan pulut dan cakar permukaan dengan garpu. Kukus lagi selama 10-15 minit.

Untuk lapisan atas satukan semua bahan dan kisar hingga sebati.

Panaskan loyang berisi pulut tadi semula selama 10 minit dan tuangkan adunan yang dikisar ke atas pulut.

Kukus adunan sehingga 30-45 minit dan balut penutup periuk dengan kain untuk mengelakkan air menitis.

Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit : rasa.my

KUIH TALAM BERLAUK



Bahan bahan
Bahan A:
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan tepung gandum
3 cawan santan
½ sudu teh garam
Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang)

Bahan B:
1/2 ketul keladi (Dipotong dadu)
2 sudu makan udang kering

Bahan C (Hiasan):
2 biji cili merah (Dicencang)
1/2 cawan bawang goreng
1 pokok daun sup dan daun bawang (Diracik)

Cara cara
Panaskan air di dalam pengukus dan sapukan minyak pada loyang 8 inci.

Rebus keladi sehingga lembut dan tuskan.

Campurkan semua bahan A kecuali minyak dan tapiskan ke dalam mangkuk.

Masukkan bahan B ke dalam mangkuk tadi dan gaulkan rata.

Tuangkan adunan perlahan-lahan ke dalam loyang yang sudah diletakkan dalam kukusan.

Kukuskan adunan selama 30 minit. Sejukkan selama beberapa jam.


Potong kuih dan taburkan bahan hiasan. Sedia dihidangkan.

Kredit :MyResipi

KUIH KOLEH KACANG


Bahan bahan
Bahan A:
1 cawan tepung kacang hijau
½ cawan gula pasir
1 sudu makan gula merah
2 cawan santan pekat (½ biji kelapa)

Bahan B (Serdak minyak):

1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)

Cara cara

Gaul rata semua bahan A dan tapiskan ke dalam kuali.

Masakkan adunan menggunakan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.

Tuangkan adunan ini ke dalam loyang bersaiz 8 inci x 8 inci yang dilapikkan plastik, kemudian sejukkan.

Tapiskan bahan B ke dalam kuali dan masakkan sehingga pecah minyak dan berwarna coklat.



Taburkan ke atas kuih dan potongkan. Sedia dihidangkan.

Kredit : MyResipi

KUIH TEPUNG TALAM BERAS ISTIMEWA



Bahan bahan
Lapisan Bawah:
1 cawan tepung beras & tepung gandum (Masukkan 3 sb penuh tepung gandum ke dalam cawan dan penuhkan selebihnya dengan tepung beras)
2 cawan air gula - seperti di bawah
Secalit kapur

Air Gula:
158 gram gula merah - 4 ketul gula merah saiz kecil
 3 sudu besar gula putih 
 2 cawan air 
1 helai daun pandan 

Lapisan Atas:
1 1/2 cawan santan - guna 1 kotak santan dicampur dgn air
1/3 cawan tepung beras - (2 1/2 sudu besar).
1/2 sk garam


Cara cara
Masak semua bahan untuk membuat air gula sehingga mendidih, angkat dan sejukkan. Sukat sebanyak 2 cawan air gula.

Satukan bahan lapisan bawah iaitu 1 cawan tepung, 2 cawan air gula di atas dan sedikit air kapur. Tapis ke dalam loyang yang digris dengan sedikit minyak. 

Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Dikukus lapisan bawah selama 20 minit. Sekiranya ada air atas kukusan, hendaklah buka penutup pengukus dan kukus lagi selama beberapa minit atau dilap dengan tisu dapur. Lorekkan dengan garpu supaya adunan atas boleh melekat. 

Satukan kesemua bahan lapisan atas sehingga sebati dan tapiskan. Kemudian tuang perlahan lahan ke atas bahan  bawah supaya tidak berbuih. Kukus selama 15 minit lagi.

Sama seperti tadi, lapkan lah dengan kitchen towel. Atau buka penutup pengukus dan kukus selama beberapa minit tanpa penutup bagi mengeringkan air di permukaan.

Sejukkan kuih ini terlebih dahulu sehingga benar benar sejuk sebelum dipotong.

Kredit : AzieKitchen

KUIH TALAM PANDAN



Bahan bahan
Lapisan Bawah :
1 cawan pati pandan(10 helai daun pandan kisar tapis amik airnya)
3 cawan santan drp 1/2 biji kelapa(kisar dan ambil santannya)
1 cawan gula
Sedikit garam(utk naikkan lemak)
2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung ubi
Sedikit pewarna hijau epal

Lapisan Atas :
1 cawan tepung beras
2 sdb membukit tepung gandum
3 cawan santan pekat daripada 1/2 biji kelapa(kisar dan ambil santan)
1/2 sdt garam

Cara cara
Cara buat lapisan bawah :
Panaskan air kukusan hingga mendidih.

Leser minyak dan lapik plastik dalam loyang bulat 10 inci(kalau loyang petak bleh guna loyang 9 inci)

Satukan semua bahan bahagian bawah. Tapiskan ke dalam periuk. Masak sekejap atas dapur guna api perlahan. Sentiasa kacau. Sekadar sentuh periuk dah rasa suam suam panas dah boleh tutup api. Tuang adunan ke dalam loyang

Kukus selama 20 minit. Guna api perlahan(bukan api paling kecik ya) buka tudung kukusan dan kukus lagi 5 minit guna api besa (tanpa tudung kukusan). Cakar sikit permukaan dengan garpu. 

Cara buat lapisan atas :
Satukan semua bahan bahagian atas. Tapiskan pada bahagian bawah tadi. Kukus 20 minit dengan api perlahan(bukan paling perlahan ya)

Buka tudung kukusan dan kukus lagi 5 minit guna api besar(tanpa tudung kukusan). 

Siap, biarkan betul betul sejuk baru potong guna pisau plastik.

Kredit : aini binte madon

Bila baca satu persatu resipi kuih talam tradisional ni, tidaklah susah mana pun nak buat. Cuma nak buat kuih talam yang lembut dan sedap perlukan kesabaran yang tinggi dan paling penting mood rajin tu. Kalau mood nak rajin tak ada tak jadi juga kan. Nak buat kuih kena penuh kasih sayang dan ikhlas. Nak bagi orang makan kenalah buat sebaik mungkin, betul tak?

Ada antara kuih talam di atas yang Mimi nak buat sebab bahan bahan yang diperlukan semua ada di rumah. Anak anak pun asyik tanya berbuka nanti nak buat kuih apa pula. Nampak gayanya dah ada idea nak buat kuih apa untuk berbuka nanti. Jangan lupa cuba juga resipi kuih talam ni ya. Selamat mencuba! 

Post a Comment

13 Comments

  1. smua sdp2, tu yg jadi pilihan ibu2 buat untuk juadah berbuka puasa kan hihi

    ReplyDelete
  2. Antara banyak-banyak kuih talam kat atas tu, Mya suka makan 3 jenis je iaitu Seri Muka, Kuih Lapis dan Kole Kacang.. Yang jarang dengar..

    ReplyDelete
  3. Suka tengok kuih talam yang dah siap potong. Helokkk je ada orang tu buat. Menjadi sungguh.

    ReplyDelete
  4. sedih tahun nih tak sempat nak merasa kuih2 talam yang best3

    ReplyDelete
  5. byk nya jenis2 kuih talam ..bab kuih ni tk brp reti sgt nk buat..risau takut tk jadi...KUIH TALAM KANDAKU WO tu menarik nmpk sbb colorful...dan tk pernh dgr hehe

    ReplyDelete
  6. so far, kuih talam aida da boleh buat tanpa tgk resepi adalah kuih seri muka.
    yg lain, masih dlm proses utk mahir.
    talam berlauk tu is feveret. lom try buat lagi tu.
    bila buat lagi muai bila makan :)

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa suka jenis2 kuih camni. tapi tak pandai nak buat. kena usaha lagi

    ReplyDelete
  8. Banyaknyaaa resepi talam...semua nampak senangkan..kalau tengok semua, macam nak buat talam pandan aje laa, sebab bahan semua ada tu...

    ReplyDelete
  9. Dalam banyak2 ni nad suka kuih lais.. Semalm husbnd baru beli talam pisang tu.. Nad tak suka tapi husbnd dan anak2 suka.. Hehehe. Firatime rasa

    ReplyDelete
  10. ya Allah.. Sedapnya kulit lapis tu. Dah lama sungguh tak makannya. Setakat ni, belum lagi mencuba buat sendiri. Hihi
    Takut tak menjadi jeee. Heheee

    ReplyDelete
  11. semua sedap2. kalau saya beli je, sebab tak makan banyak mana pun orang rumah ni. thanks sharing resepi

    ReplyDelete
  12. akak dah boleh buat kuih talam, baru ni buat talam gula merah dengan talam lapis, tak sangka senang rupanya

    ReplyDelete
  13. Kuih talam gula merah dengan kuih kole kacang tu yummy sangat... my favourita de amour... tak pernah lagi cuba buat kuih talam... nanti nak cuba buatlah... dulu selalu fikir macam mana nak buat bagi ada dua lapis... hahahaha...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com