[Video] Lagu Doa Wira Negara Harry Khalifah

[Video] Lagu Doa Wira Negara Harry Khalifah

[Video] Lagu Doa Wira Negara Harry Khalifah | Pertama kali dengar lagu Doa Wira Negara ni, Mimi rasa familiar sangat. Rupanya muzik lagu ini di remake daripada lagu Harry Khalifah juga yang bertajuk Suaramu Syairku. Muzik yang sama cuma lirik saja yang diubah. 

Walaupun Harry Khalifah mengekalkan lagu dan habya mengubah lirik, tetap juga tak jemu didengar. Mimi rasa muzik lagu ni lebih sesuai untuk Doa Wira Negara daripada lagu asal. Rasa sayu saja bila dengar lagu ni. Lagu yang dicipta khas buat wira negara yang bertugas di barisan hadapan kerana wabak Covid-19. 


Siapa dah dengar lagu ni? Mimi dah dengar berkali kali. Tak jemu dengar walaupun banyak kali. Seolah meluahkan isi hati wira negara kita. Kalau betul betul hayati lirik lagu Doa Wira Negara memang sedih sangat.

Sekarang ni kita berada di fasa ke 3 Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengekang dan memutuskan rantaian wabak Covid-19. Alhamdulillah setiap hari dapat dilihat jumlah penurunan rakyat yang positif Covid-19. Walau bagaimanapun kita masih belum sepenuhnya bebas dari wabak ini. Tetap juga kena berjaga jaga mengawasi semua tingkah laku kita tau! Bukan sebulan dua sudha pulih sepenuhnya. Tidak! Ia ambil masa yang lama untuk pastikan betul betul yang kuta bebas dari wabak ini. 

Sebagai rakyat  Malaysia sama samalah kita patuhi arahan yang dikeluarkan. Sentiasa bekerjasama dengan barisan hadapan kita untuk memutuskan rangkaian Covid-19 secepat yang mungkin. Kasihanilah mereka yang mengorbankan masa dna tenaga untuk memastikan rakyat Malaysia mematuhi arahan PM. Kita Boleh! Malaysia Boleh! Pastikan korang #stayathome! 

4 Comments

  1. saya juga suka dengan lagu ini..

    membawa mesej yang sangat bermakna

    ReplyDelete
  2. Insya Allah, kita stayhome untuk pastikan rantaian covid19 terputus juga akhir, moga ramadan dapat dilalui dengan lebih baik . aamin

    ReplyDelete
  3. Besar pengorbanan mereka semoga Allah membalaenya

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie