Resipi Kuah Kacang Yang Sedap dan Mudah Disediakan

Resipi Kuah Kacang Yang Sedap dan Mudah Disediakan | Masa PKP ni lah macam macam Mimi masak. Kadang suami request nak makan kadang anak. Dah orang teringin nak makan kita masak saja janji semua barang cukup.

Sabtu lepas mulalah sesi menyibukkan diri masak kuah kacang yang sedap. Mula mula rebus nasi impit. Sambil tunggu nasi impit masak kita sediakan bahan bahan untuk buat kuah kacang. 



Yang nak baru belajar nak maska kuah kacang apa kata cuba resipi kuah kacang yang sedap dan mudah disediakan ni di rumah. Gerenti puas hati. 

Resipi Kuah Kacang


Bahan untuk dikisar :

2 batang serai
1/2 sdb jintan manis
1/2 sdb jintan putih 
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
2 biji buah keras

Bahan untuk kuah
Kacang tanah (digoreng tanpa minyak, buang kulit dan dikisar) 
1 cawan cili kisar
Air asam jawa 
Air secukupnya
Gula melaka
Gula
Garam

Cara Penyediaan Kuah Kacang:

1.Tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau atau wangi.
2.Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
3.Masukkan kacang tanah goreng yang dikisar dan kacau hingga mendidih.
4.Masukkan air , air asam jawa, gula merah, garam dan gula. Kacau hingga naik minyak
5.Masak sehingga kuah kacang menjadi pekat.



Peringatan!! Kepekatan kuah bergantung pada citarasa masing masing. 

Mudah sajakan nak sediakan kuah kacang ni. Tak susah mana pun korang. Janji semua bahan bahan ada, on saja. Kuah kacang yang sedap ini boleh di makan dengan nasi impit, sate, rojak mee dan sebagainya. 

Bolehlah cuba resipi kuah kacang sedap dan mudah ni masa Hari Raya nanti. Waktu puasa pun boleh juga buat. Ikut suka nak makan bila kan. Asalkan buat. Jangan lupa mencuba resipi kuah kacang yang sedap dan mudah disediakan ini tau! 

Post a Comment

10 Comments

  1. tu la... berbaki seminggu lagi ni, mcm nak buat kuah kacang plak, mimi.
    buat tiap kali raya jer.
    ni kali, nak sambut ramadhan, nak kena buat kuah kacang seround lah.

    ReplyDelete
  2. sedap kalo makan dgn lontong telo nih., ;p

    ReplyDelete
  3. tak pernah jadi buat kuah kacang huhuuu,nak try resepi ni pulak lah

    ReplyDelete
  4. Masa raya nad pernh buat, pertama kali tapi tak jadi.. Hahaha.. Terus rasa takut nak buat.. Tapi tgk ni alahi sedpnya.. Nak kene cuba buat lagi ni

    ReplyDelete
  5. selalu tgok mak buat .. lau buat sendiri tak pernah lagi haha

    ReplyDelete
  6. Kuah kacang ni agak senang nak masak juga and sedap nak makan with nasi himpit or ayam panggang.

    ReplyDelete
  7. Waduhhh sedapnya mimie oii

    ReplyDelete
  8. Orang kata, kuah kacang ni tak susah mana nak buatkan.
    Tapi kena cari skill membuatnya tu.
    Kalau tak, tak menjadi.
    Warna tak menarik la..

    ReplyDelete
  9. Aduhhh sedapnya..tgok ramai lak yg buat kuah kacang ni. Sis pun nak buat lah

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com