Resipi Kek Sarang Semut Kukus Sukatan Cawan | Hari ni dah hari ke berapa PKP korang? Adoi makin teruk dah ingatan Mimi ni. Nak tengok Bahubali 2 pun tak dapat sebab tak ingat hari ni hari Sabtu. Haha parah nau dak Mimi ni.
Semalam dah janji dengan anak anak hari ni nak buat kek sarang semut. Tu pun diorang ingatkan, kalau tak memang tak buat lah. Dah tak tahu nak buat apa, ajak anak anak buat aktiviti buat kek. Tak lah diorang rasa bosan.
Ada tak yang suka makan kek sarang semut? Kek sarang semut memang favourite Mimi tau. Di sini Mimi nak kongsi resipi kek sarang semut kukus sukatan cawan. Lagi mudah nak buat!
Resipi Kek Sarang Semut
Bahan bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
3 sudu marjerin
5 biji telur gred C
3/4 cawan susu pekat
1 sdt kecil esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 sudu kfc baking powder
2 sudu kfc bikarbonat soda
Cara membuat
1. Cairkan gula sehingga menjadi warna kecoklatan (warna karamel) dengan api yang perlahan. (Rujuk gambar)
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga sebati.
3. Masukkan marjerin. Kacau hingga larut. Tutup api. Biarkan adunan seketika.
4. Pecahkan telur dan pukul telur tidak perlu luat sangat. Cukup sekadar kuning telur pecah.
5. Masukkan susu pekat dna esen vanila. Kalau tak nak manis boleh kurangkan sukatan susu pekat.
6. Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Ketepikan.
7. Masukkan adunan gula ke dalam adunan telur. Gaul rata. Kemudian masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit. Dan gaul rata.
8. Sapu rata marjerin pada loyang kek. Masukkan adunan.
9. Pastikan air dalam pediuk pengukus dah mendidih baru masukkan loyang yang berisi adunan kek tadi.
10. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang sederhana.
11. Dah masak, sejukkan kek terlebih dahulu. Agak agak dah sejuk bolehlah potong kek dan sedia untuk dimakan.
Hah senang saja kan bila buat kek guna sukatan cawan. Tak payah pening kepala guna sukatan liter, mililiter bagai. Guna sukatan cawan campak campak saja.
Gaul sana sini dah jadi kek sarang semut sukatan cawan. Mudah dan jimat masa! Jangan lupa cuba resipi kek sarang semut kukus guna sukatan cawan ni tau!
25 Comments
Sdap kek ni😋
ReplyDeleteCantiknya kejadian.. akak.suka kek Ni Boleh la cuba
ReplyDeleteHamboii molek kejadiannya, takde plak lobang-lobang banyak macam Sis beli tu, nak makan pun tutup mata hahahahaha...byw peberet Sis kuih sarang ni, suka rasa kenyal-kenyal dia, cuma tak pernah buat sendiri, tak konpiden akan jadi hehehehe
ReplyDeletesuka juga kek sarang semut ni tp mmg tk pernh wat sdiri...ni versi kukus..tq for sharing
ReplyDeleteUuuuu my favourite dessert. Za suka makan tapi za xkn tgk lubang2 tu.. Hahha kita fobia benda lubang2. Nnt za nk try la buat. Mcm senang je resipi akak ni..
ReplyDeleteMenjadi elok lah sarangnya ha. Pandau kak Mimi. Ruby tak pandai buat lagi sarang semut ni
ReplyDeleteResepi mudah sukat guna cawan. Mudah nk follow
cantik kejadiannya. selalu buat yang bakar sebab kat rumah ni pengukus comel sangat. haha
ReplyDeletesenangnya nak buat kalau baca. bahan pun senang. tunggu nanti kita buat menjadi ka tidak. haha. thanks for the resepi :)
ReplyDeletepergh ini memang favourite. Aduhai nampak kek ini teringat mak suka buatkan kalau balik kampung. Cepatlah habis covid 19 ni! Tak sabar nak balik rumah makan kek kukus sarang semut!
ReplyDeletewah sedap ni. memang tengah cari resepi ni , nampak mcm senang je nak buat. Terima kasih share ya
ReplyDeletekek ni glamor tau.
ReplyDeletekek legend pun ye jugak, kan.
not easy to do. nak dpt the sarang tu.
aida x pernah buat kek ni, mimie.
tak brape mahir buat kek.
bantat aje mostly kejadian. serik :) ha ha ha...
mommy macam tak boleh makan kek ni
ReplyDeletesebab geli dengan lubang-lubang tu
hehehe. sedap memang sedap
Wahhhh semua bahan dah ada tapi boleh tak I gantikan gula putih jadi brown sugar.. margarine jadi butter ?? Takut lain jadinya nanti
ReplyDeleteLama tak makan kuih sarang semut ni. Memang faveret Bella ni. Dulu kt kg nenek selalu buatkan. Nak try la buat sendiri lepas ni.
ReplyDeleteDah lama tak tengok org post resepi guna cawan. Memamg mudah guna cawan tak perlu nk timbang2. Bole la nk try .
ReplyDeletelama x buat kek ni..rindu arghhh hahah...org kata makin besar dia punya lebang makin cantik ehh..
ReplyDeleteRajin dak Mimi buat cake, Ini cake fav Bonde, thank you share resepinya... nak buatlah nanti
ReplyDeleteTime pKP ni ramai buat kek erk.. Macam2 jenis kek ada.. Nad buat yang senang jela.. Hehehe.. Menarik juga kek sarang semut ni..
ReplyDeleteWahhh cantik kejadian dia. Sis memang suka gila kek sarang semut ni. Kalau jumpa mmg beli aje. Nak buat tak tahu. Nanti boleh lah cuba
ReplyDeleteThanks for the recipe, i pun nak try to bake some cakes at home so bolehlah try your recipe.
ReplyDeletehari tu saya buat tak jadi. nanti saya nak try resepi sis pulak. tq sharing
ReplyDeletesedapnye kek.. rajin buat kek..
ReplyDeleteWowww kegemaran sis ni. Nanti nak cuba buat gak lah
ReplyDeleteSedap kek ni kak..
ReplyDeleteFavourite kita. Mak rajin buat. Kita tak pernah lagi buat.
Nti nak cuba buat sendiri.
Tengok orang jual mahal gak..
Nak buat. Tapi takut takut.
ReplyDeleteHaaaa, cemana tu. Kikiki..
Tapi ni kek favourite ni.
❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com