25 Blog Mommy Blogger Malaysia Yang Wajib Baca dan Follow

25 Blog Mommy Blogger Malaysia Yang Wajib Baca dan Follow | Sekarang ni blogger tumbuh bagaikan cendawan tau. Ada banyak kategori niche blogger yang ada. Ada blogger dari niche travel, lifestyle, beauty, techonology dan sebagainya. Mimi mula terlibat dalam dunia blogging sejak tahun 2010. Masa tu banyak cerita pengalaman sendiri dan join giveaway. Niche blog pun tak ada lagi. Carca merba.

Kemudian Mimi stop blogging pada tahun 2015 - 2016 dan mula aktif semula pada 2017. Masa ni Mimi dah mula nampak apa niche blog dan hala tuju berblogging. Sejak dari itu, Mimi mula serius dalam blogging walaupun sekadar separuh masa saja. Sepanjang bergelar blogger ni, ramai juga blogger yang Mimi kenal dan follow. Salah satu blogger yang Mimi follow ialah mommy blogger. Dah nama pun Mimi pun seorang ibu kepada 4 orang anak, sudah tentu Mimi suka baca blog mommy blogger lain juga. 


Ada 25 blog mommy blogger Malaysia yang wajib baca dan follow tau. Mesti korang pun nak berkenalan juga dengan mommy blogger Malaysia ni. Jom berkenalan dengan mommy blogger Malaysia dan jangan lupa follow blog mereka sekali tau. 



Blogger Siti Awadah atau lebih dikenali sebagai Sis Awa ni Mimi mula kenal ketika Mimi ingin menggunakan perkhidmatan edit blog daripada Sis Awa. Bukan sahaja pandai edit blog malahan Sis Awa seorang yang pandai tentang blog, pakar dalam SEO dan keywords. Sis Awa ni ramai anak 6 orang kesemuanya, kagum dengan Sis Awa sebab mampu handle anak anak, rumahtangga dan dalam masa yang sama handle blog. Kalau korang nak tahu Sis Awa juga merupakan Founder BITE MEDIA CONSULTANTS. Kalau Mimi ada masalah berkaitan dengan blog, Mimi akan refer Sis Awa. Blog Sis Awa wajib korang follow kerana banyak info dan ilmu berguna berkaitan dengan blog yang dikongsikan. 

Blogger kak Lynda ni nama dia dah lama Mimi tahu sebab dulu rajin blogwalking dan tinggal komen. Pertama kali Mimi nampak masa tayangan perdana movie Upin Ipin Jeng Jeng Jeng tapi tak berkesempatan nak tegur. Kitorang mula kenal rapat lepas sama sama join group whatsapp. Kak Lynda ibu kepada 3 orang anak tau. Suka baca blog kak Lynda sebab dia suka kongsi cerita pasal anak anak, travel, kecantikan dan sebagainya. Blog kak Lynda juga tersenarai dalam TOP 20 Malaysian Parenting 2018 dan tahun 2020. Salah seorang blogger yang Mimi adore sangat sebab pantas lakukan kerja dan mampu lakukan 2 3 kerja dalam satu masa. Tabik spring! Kak Lynda juga ada menjalankan business kecil kecilan seperti menjual yassin murah, doorgift murah serta merupakan ejen AIA aktif. Mimi merupakan salah seorang client kak Lynda. 




Blogger Azlina Mimi kenal dari Facebook pada mulanya. Di Facebook kitorang memang ada juga berbalas komen. Azlina baru melahirkan anak, baby 2020 sama macam Mimi. Merupakan ibu kepada 3 orang anak dan sangat aktif menulis dan berkongsi info tentang kehamilan, kelahiran, resipi dan banyak lagi info menarik yang dikongsikan Azlina di blog. 
Merupakan mommy blogger yang sangat aktif di blog dan merupakan seorang ghost writer. Ibu kepada dua hero comel ini seorang housewife dan fulltime blogger. Bukan kaleng kaleng blogger Fadzi ni. Mimi merupakan silent readers blog Fadzi dari dulu lagi sebab suka tengok gambar gambar yang di ambil. Cantik sangat! 




 

Blogger muda dan ibu kepada 2 orang anak ini masih bekerja selain aktif di blog. Blog Fiza banyak cerita mengenai percutian Fiza sekeluarga, kecantikan dan review produk. Mimi belum ada rezeki lagi nak berjumpa empat mata dengan Fiza ni. Kenal pun melalui blog dan media sosial saja. 



 

Blogger Shalimar merupakan blogger separuh masa yang mempunyai 2 orang anak. Suka kongsi ilmu keibubapaan selain daripada berkongsi resipi masakan, travel dan tentang kerjaya. Seorang blogger separuh masa dan bekerja di AADK. 


Blogger kak Fiza ni antara mommy blogger yang Mimi kenal dah lama jugalah. Pertama kali kitorang berjumpa di event Ramadhan PreviewBangi Golf Resort tahun lepas. Ibu kepada 4 orang anak ni merupakan blogger separuh masa dan bekerja di syarikat swasta. Kak Fiza suka berkongsi ilmu keibubapaan, review produk dan hal ehwal semasa di blognya tau. Orangnya kecil molek saja tapi supermom! Sesuai sangat dengan blog dia. 


Blogger Eda merupakan blogger senior yang sangat aktif di Johor. Selain suka berkongsi tips dan homeschooling di blog, Eda juga merupakan blogger yang suka review makanan yang sedap dan tempat makan yang menarik di Johor. Kalau tengok gambar makanan yang dikongsikan, terliur dibuatnya. Eda juga seorang seller buku kanak kanak tau. Kalau nak tambah ilmu parenting boleh contact Eda untuk beli buku yang dijual. 


Blogger kak Yati ni Mimi tak pernah jumpa lagi. Tapi blog kak Yati dah lama tahu. Kak Yati suka berkongsi cerita tentang anak anak dan aktiviti yang dilakukan di rumah selain daripada berkongsi tentang produk kecantikan dan hal semasa. Banyak juga tips yang dikongsikan kak Yati. 

10. Nora




Blogger Nora ni pertama kali Mimi jumpa masa kitorang sama sama hadir event Herlysa di Seremban. Sejak dari itu kitorang kenal rapat. Nora merupakan ibu kepada 2 orang anak dan bakal menimang cahaya mata lagi. Nora ni sebaya dengan Mimi dan kerjaya suami kitorang pun sama. Blog Nora ada pelbagai maklumat yang boleh korang cari antaranya tentang persekolahan, hal semasa dan kecantikan. Nora juga suka kongsi resipi yang sedap di blognya. Nora sama dengan Mimi seorang ibu yang bekerja di sektor kerajaan dan merupakan blogger separuh masa. 




Blogger Kak Gojes ni Mimi kenal melalui group BITERS. Merupakan mommy blogger kepada 3 orang anak dan berasal nun jauh di seberang iaitu Sabah. Kak Gojes suka berkongsi resipi masakan di blog. 




Blogger kak Azni ni Mimi baru kenal di BITERS juga. Mimi baru pertama kali tahu pasal blog kak Azni walaupun dia dah taraf senior dalam dunia blogging. Blog kak Azni banyak berkongsi berkenaan traveloque. Kak Azni merupakan seorang ibu kepada seorang anak lelaki. 


Blogger Bonde ni Mimi jumpa pertama kali di event Herlysa juga sama dengan Nora. Lepas tu, kitorang kerap juga berjumpa di event event yang lain. Blogger yang Mimi kenal rapat ni seorang yang baik hati tau dan suka membantu. Bonde merupakan ibu kepada seorang anak perempuan iaitu Fatin. Bonde juga blogger separuh masa dan bekerja di sektor kerajaan. Blog bonde banyak informasi terkini yang boleh dicari. Bonde juga suka kongsi resipi, cerita mistik dan travel. Bonde ni comel tau! 




Blogger Ajumohit ni merupakan blogger senior juga. Dah lama Mimi kenal blog kak Aju ni. Kak Aju tak lokek berkongsi ilmu parenting dan breastfeeding. Banyak juga info tentang pembelajaran anak-anak dari rumah. Siapa yang follow kak Aju ni memang tahu dia juga aktif follow konvoi motor besar bersama dengan suami dan pergi ke tempat-tempat yang menarik untuk dilawati.


Blogger Shamiera Osment ni merupakan fulltime blogger yang mempunyai 4 orang cahaya mata. Kalau singgah blog Shamiera ni memang blognya berbahasa Inggeris ya. Korang yang nak belajar bahasa Inggeris boleh baca di blog Shamiera ni. Mudah faham dan sedikit sebanyak membantu kita meningkatkan skill dalam penulisan bahasa Inggeris. Shamiera juga seorang yang aktif berniaga tau. 



Blogger Alia merupakan blogger dari Penang yang lantang bersuara. Mimi belum pernah jumpa Alia lagi cuma kenal di blog dan Facebook saja. Alia ni kelakar juga orangnya. Suka baca status dia bab mengenakan suami, memang pecah perut dibuatnya. Alia seorang blogger yang rajin deko rumah yang suka kongsi tentang taman mini di rumah. Alia juga suka kongsi resipi dan gambar gambar yang cantik. 


Blogger kak Hanny ni merupakan kakak senior dalam dunia blogging yang peramah. Mimi tak pernah jumpa kak Hanny lagi secara berdepan. Kak Hanny suka kongsi pengalaman dia yang suka jalan jalan cari makan di tempat tempat yang menarik selain suka berkongsi resipi masakannya. Kak Hanny merupakan ibu kepada anak perempuan yang cantik dan merupakan peneman setia kak Hanny. 





Blogger kak Fuzy senior juga dalam blogging ni. Kak Fuzy merupakan ibu kepada 6 orang anak  yang sudah dewasa. Kak Fuzy ni gemar memasak dan juga suka berjalan jalan ke tempat menarik di Malaysia. Blog kak Fuzy banyak berkongsi mengenai tempat menarik yang boleh dilawati, maklumat keagamaan dan juga berkongsi resipi masakan. Dah nama pun mak mak kan memang tak terlepas dari berkongsi pelbagai resipi masakan untuk tatapan pembaca blog. 



Blogger CikSha ni Mimi lebih kenal dia di Facebook daripada blog. Suka baca coretan mengenai keluarga kecil dia terutamanya tentang anaknya si encem Iman. Seorang mommy blogger yang pandai dan kreatif bab bab design. CikSha juga penjual coklat yang shooo sheeedap shooo sheeedap! 

20. Sakinah



Blogger Kinah ni pertama kali Mimi jumpa dia di event Safi Shayla di IOI Putrajaya. Orangnya kecil comel molek saja. Peramah dan mesra juga orangnya. Kinah merupakan blogger sepenuh masa dan mempunyai seorang anak perempuan. Oh ya sekarang ni Kinah sedang mengandungkan anak ke 2. Blog Kinah banyak berkongsi tempat menarik untuk buat majlis penting, tempat makanan yang menarik, kecantikan dan juga gaya hidup masa kini. 


Blogger Maria ni Mimi kenal lama juga. Merupakan seorang guru agama dan mempunyai 4 orang anak. Mimi ingat lagi Maria dan suami ada juga menjalankan perniagaan kecil kecilan. Kalau baca blog Maria, macam macam ada. Maria suka kongsi ilmu keagamaan, hal semasa, kekeluargaan dan banyak lagi yang boleh dibaca dan dijadikan sebagai rujukan. Walaupun blogger separuh masa tetapi Maria sangat rajin update blog. Memang tabik dengan Maria ni sebab dia seorang yang rajin dan tidak lokek kongsi ilmu dengan pembaca blog. 

22. MrsPip


Blogger MrsPip ni Mimi belum ada rezeki jumpa face to face. Seorang blogger fulltime dan sanggup meninggalkan kerjaya yang hebat iaitu engineer kerana ingin menjadi suri rumah serta menjaga 3 orang anak. Blog MrsPip juga ada berkongsi mengenai ilmu keibubapaan dan juga info menarik untuk dibaca. Mrspip juga suka bercerita tentang kekeluargaan dan info-info berguna. 



Blogger Aida merupakan seorang ibu yang bekerjaya dan mempunyai 3 orang anak. Blogger Aida rajin komen di blog blogger lain tau. Suka berkongsi pelbagai resipi masakan seperti lauk pauk, biskut, kek dan sebagainya. Selain itu, di blog Aida ada juga cerita santai untuk dikongsikan. 


Blogger Khalisah ni memang Mimi tak kenal dan tahu mengenainya di group BITERS. Blogger Khalisah ini merupakan ibu kepada 2 orang anak. Khalisah tidak kurang hebatnya seperti blogger lain. Di blog Khalisah korang boleh baca mengenai kehamilan, kekeluargaan di samping berkongsi cerita tentang anak anaknya.



Blogger Liez merupakan ibu kepada 2 orang anak dan bakal menimang anak ke 3 tidak lama lagi. Mimi suka juga baca blog Liez ni. Suka bercerita mengenai anak anaknya, berkongsi ilmu tentang kecantikan, tempat menarik untuk dilawati dan juga berkongsi resipi masakan. Eh Liez juga seorang blogger yang peramah. Borak dengan dia macam dah kenal lama gitu. 

Hah inilah 25 blog mommy blogger Malaysia yang korang wajib baca dan follow. Rugi kalau tak baca blog mereka kerana terlalu banyak info menarik yang korang boleh dapat di blog mereka. Apa tunggu lagi? Cepat terjah blog mommy blogger ni! 

Post a Comment

31 Comments

  1. kita pernah jumpa sekali jer kan Mimi...moga Mimi dah keluarga sihat dan be safe during RMO ni

    ReplyDelete
  2. thanks for the share...boleh la rietta tambah reading list....

    ReplyDelete
  3. Tahniah mimi sebab dah berjaya siapkan entri 25 blogger.

    ReplyDelete
  4. hebat2 belaka semua mommy bloggers nie.. nice!

    ReplyDelete
  5. Ramai blogger mom yang power power dalam senarai ni :D

    ReplyDelete
  6. Ada bbrp blog yg sy selalu singgah dulu.
    Duluuu...
    Waktu masi aktif 😭😭😭

    ReplyDelete
  7. Ada bbrp blog yg sy selalu singgah dulu.
    Duluuu...
    Waktu masi aktif 😭😭😭

    ReplyDelete
  8. Semua blogger hebat2.. Semua nad kenal.. Suka baca entry setiap blogger.. Ni la mommy blogger yang awesome

    ReplyDelete
  9. seronok bila dapat kenal ramai mommy blogger lain.

    ReplyDelete
  10. Wahhhh ! Bukan biasa2 blogger dlm senarai nie. Semua hebat2 dlm arena masing2. Semoga terus memberi inspirasi

    ReplyDelete
  11. Untungla mommy mommy bloggers ni dapat top 25... meati rajin2 semua ni. Tahniah!

    ReplyDelete
  12. Ramai juga blogger mummy yaaa..semua hebat-hebat, ada yang memang dalam list reading Sis...tahniah buat semua...

    ReplyDelete
  13. Can I also join too in the future? At least got other races too? Haha.
    * sorry , I don't mean to be racist ya.
    Just wanna join all mummies~ Stay cool!

    ReplyDelete
  14. Wahh. Sy kenal rata2 blogger ni. Boleh tahan femes, banyak perkongsian keluarga sy belajar jugak

    ReplyDelete
  15. good sharing. boleh la follow dan dapatkan info berguna dari mummy2 blogger ni

    ReplyDelete
  16. Best-best semua blog mommy2 ni. Hi kita pun mommy jugak. Meh la dtg tgk blog kita. Hihi

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing this, will share it with my mommy friends.

    ReplyDelete
  18. suka baca hal parenting mereka diatas. Penuh informasi berguna sebagai seorang ibu dan isteri

    ReplyDelete
  19. ni kena follow semua sekali ni. blogger hebat-hebat biters ni. haha. mana yang nak belajar cara buat artikel dengan betul, kena belajar dengan mereka :)

    ReplyDelete
  20. Tq for sharing..boleh k mid pi blogwalking kt blog diorg..k mid nie baru jer jadi blogger bnyak lagi nak belajar

    ReplyDelete
  21. bestlah boleh kenal mummy2 blogger .. boleh belajar tips dari mereka yg senior2 ni...thanks for sharing .

    ReplyDelete
  22. Oh ramai blogger skrg ni yg masih aktif dan power2 nti blhlah blogwalking, blog kita besa2 jer.

    ReplyDelete
  23. Wah. Ada a few yg Rawlins kenal dan pernah jumpa time pergi event sesama manakala yang lain tu boleh la buat blogwalking pasni tika PKP kan.

    ReplyDelete
  24. Wah tahniah semua blogger-blogger hebat yang menjadi rujukan kepada orang lain. Terima kasih kerana effort macam ni

    ReplyDelete
  25. Dah lama skodeng senyap-senyap.. Ni baru nak follow terang-terang.. Hihi..

    ReplyDelete
  26. Pada kita, mereka semua ni blogger blogger yang hebat.
    Selalu penuh dengan informasi..
    Terbaik laaa..

    ReplyDelete
  27. Bagus diorg semua ni..blogger2 hebat ni, mmg sis follow diorg

    ReplyDelete
  28. In syaa allah, ada rezeki nnt berjumpalah kita.. tahniah mommy blogger yg lain.. korg mmg hebat2..

    ReplyDelete
  29. Hai Mimi the pinky Bonde dah baca sebelum nih, Ya ampun lupa tinggalkan komen.. Selamat berkenalan semua, dan jangan lupa follow blog www.bondezaidalifah.com

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com