Ayam Kicap Goreng Resipi Mak Mertua Ringkas dan Mudah Disediakan | Bila Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan Perdana Menteri minggu lepas, kita semua kena #stayathome selama 14 hari. Bila duduk rumah ni otak mesti tepu bila masuk bab memasak kan. Mimi pun tak terkecuali tau. Kadang blur je nak masak apa.
Hari ni tiba tiba datang idea nak masak Ayam Kicap Goreng Resipi Mak Mertua Ringkas dan Mudah Disediakan. Selalunya menu ni dimakan dengan nasi ayam. Kalau masak nasi ayam, memang mak mertua akan masak ayam cara ni. Bila dia masak, Mimi suka tengok dan tanya. Sekarang praktikkan di rumah sendiri. Anak anak memang suka lah. Diorang selalu ingat Mimi buat ayam masak madu tapi sebenarnya tak.
Ayam Kicap Goreng Resipi Mak Mertua Ringkas dan Mudah Disediakan
Bahan bahan dan caranya nak masak ayam kicap goreng ni tersangatlah senang korang. Cuma perlukan tiga bahan saja.
Bahan bahan yang diperlukan untuk memasak Ayam Kicap Goreng Resipi Mak Mertua Ringkas dan Mudah Disediakan ialah ayam, kicap lemak manis dan minyak.
Cara nak masak pun mudah saja korang. Perap ayam dengan kicap selama 10 minit supaya kicap diserap sepenuhnya. Dah cukup masa perapan, panaskan minyak dan goreng ayam macam biasa. Perlu diingatkan lebihan kicap tadi jangan dibuang pula ya. Curahkan saja ke dalam kuali. Hasilnya nanti seperti gambar di bawah.
Mudah sajakan. Lepas ni kalau buntu nak masak apa korang boleh cuba resipi Ayam Goreng Kicap Resipi Mak Mertua Ringkas dan Mudah Disediakan ni. Memang sedap tau korang! Selamat mencuba.
21 Comments
ayam kicap mmg menu fav
ReplyDeletesedap ni!
ReplyDeleteala-ala masak kicap.
tapi digoreng gitu.
tq for sharing ekk.
aida ni da abis idea dah nak masak pe, mimi.
hari ni hari ke6, berbaki 9 hari tu dok rumah.
Ya Allah sekali ko zoom Mimi, terliur nengokk...nanti nak try gak, biasa buat gini bila masak nasi ayam..
ReplyDeletemenu penyelamat ni mimie :)
ReplyDeleteSedap masak time2 macamnie..kegemaran anak2..simple jer
ReplyDeleteSepanjang hidup akak, pertama kali kena quarantine sekeluarga macam sekarang ni. Asyik la memasak. Orang dalam rumah ni lapar aje. Ayam masak kicap memang fav bila-bila masa. Hahaha. Telur kicap pun ngam. hahaha
ReplyDeletewah senangnya..iena tak pernah buat cmni..menarik gak ayam perap dengan kicapbaru goreng..mesti ayam dia lebih sedap kan..nanti iena nak cuba la..biasa iena goreng ayam dengan kunyit and garam je hehe
ReplyDeletethis is one of my favourite. ya Allah sedapnyaaaa
ReplyDeleteYa Allah nampak sedap betul kejadian ayam tu. nampak mudah tapi bila buat sendiri habis dapur mcm tongkang pecah. Hahahaa
ReplyDeleteBelum pernah cuba, tapi ada resepi similar Bella gunakan sos tiram aje. Nanti nak try la combine dgn kicap. Mesti sedap ni sb pakai sos tiram je pun dah sedap.
ReplyDeleteUitt sedap weiii...sis ni mmg hantu kicap, apa2 yg letak kicap mmg sis suka gila. Nanti nk cuba le resepi ni
ReplyDeletetengok pun tahu sedap! Nasib ada lagi stok ayam kat dalam peti. boleh lah try resepi ni. thanks for sharing
ReplyDeleteinsyaAllah nanti boleh cuba resepi ni. tempoh berkurung ni macam2 resepi kena cuba
ReplyDeleteNampak sedapnya. Macam ayam yang makan dengan nasi ayam tu. Bahan-bahan pun mudah nak sediakan. Nanti Qiss cuba pulak ek. Tak sabar ni.
ReplyDeleteOk. Rawlins nak pergi beli ayam jap. Harapnya masih ada lagi la di pasar raya waktu-waktu gini kan
ReplyDeleteSenang jer..lain orang lain caranya kan...paling susah kalau guna daging sebab daging kotak tu liat kan..amik masa lama nak masak
ReplyDeletesedappnyaa
ReplyDeleteBaru je masak ayam masak kicap aritu tapi stail 3 budak gemuk punya. Hat ni pun nampak sedap dan lebih ringkas penyediaannya. Boleh gak cuba bila dah blur tak tahu nak masak apa nanti.
ReplyDeleteMudah sangat ni. Tak pernah tahu ada cara masak macam ni. Menarik. Boleh cuba nanti. Tq share :)
ReplyDeleteRingkas betul ni. Bawang pun tak perlu ye. Guna kicap apa ye??
ReplyDeletewah sedapnya! berbeza dengan resepi dengan mak saya punya. bolehlah cuba lepas ni :)
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com