Bacaan Jaundis Tinggi Baby Jalani Fototerapi di Pusat Rawatan Harian

Bacaan Jaundis Tinggi Baby Jalani Fototerapi di Pusat Rawatan Harian | Ini merupakan pengalaman pertama Mimi hadapi situasi ni. Anak yang sebelum ni semua tak alami BACAAN JAUNDIS TINGGI.

Aina dan Auni dulu bacaan jaundis tak tinggi sangat, jaundis banyak pada muka saja. Adhwa pulak bacaan tinggi tapi masih terkawal. Kira turun naik. Tapi tak sampai kena fototerapi.


Kali pertama fototerapi di pusat rawatan harian. Kesian dia tak selesa sebab kesejukan. Air cond pusat rawatan harian kuat gila. Menggigil badan dia tahan sejuk. 

Tapi baby yang bongsu ni memang ujian sungguh. Bacaan jaundis memang tinggi. Paling rendah 177 paling tinggi 352. Tu yang BACAAN JAUNDIS TINGGI BABY JALANI FOTOTERAPI DI PUSAT RAWATAN HARIAN di HTJ.

Badan penat jangan cakaplah sebab ulang alik rumah, klinik dan pusat rawatan harian. Bila bacaan terlalu tinggi kena warded di SCN, HTJ.

Bayangkan 04 Februari pergi pusat rawatan harian, 05 Februari datang lagi. Petang tu fikir baby boleh balik sekali kena warded SCN. Masa tu dah menangis teruk sebab terpaksa berpisah dengan baby. Lepas tu fikirkan kesian kat baby asyik kena cucuk ambil darah.


Masa ni baby baru lepas menyusu dan Mimi peluk dia untuk kurangkan rasa sejuknya. Kesian tengok baby menggigil kesejukan. Dahlah badan dia halus dan kecil saja. 

Dah discharged SCN, kena berulang pergi KK. Bila bacaan tinggi lagi, KK refer semula ke Pusat Rawatan Harian. Bila bacaan tinggi kena warded lagi sekali. 12 Februari tu kena warded lagi lepas bacaan fototerapi tinggi sampai 352.


Masa ni baru lepas ambil darah, bacaan 352. Kesian tengok dia. Asyik kena ambil darah. Hati Mimi memnag tak kuat bila dengar baby menangis. Mimi pun jadi sedih dan menangis sama. 

Lepas dah tahu keputusan jaundis tu yang kena warded SCN. Warded kali ke 2. Bertabah sajalah. 

Nasib baik masa di SCN, doktor brief so far bacaan okay lagi dan tak sampai nak transfer darah. Doktor sendiri berharap supaya tak berlaku transfer darah ni. 

Doktor juga sejukkan hati Mimi, katanya bila ibu dan ayah darah O+ memang tak boleh buat apa. Memang normal kalau jaundis baby tinggi.

Mimi memang dah pasrah sebab dah sendiri jenis darah O+ nak buat macam mana kan. Apa yang Mimi harapkan, supaya baby bebas jaundis dan tak perlu dah nak ulang alik klinik dan hospital. Korang doakan baby Mimi cepat sembuh dari jaundis ya. 

Post a Comment

8 Comments

  1. anak ke dua liez, sehari lepas lahir kena jaundis smp 200.. terus kena masuk NICU 3 hari 2 malam.. memang sedih tengok anak dengan tak berbaju tu.. tapi apakan daya itu je rawatan yang boleh dibuat.. harap mimi tabah dan sabar.. insyaALLAH doa seorang ibu tu sangat mujarab

    ReplyDelete
  2. Allahu... Sabar ye Mimi.. Akk dah hadapi Pro longed jaundis.. Mmg letih ulang alik spital di kala dalam pantang czer. Moga baby cpt. Sihat ye

    ReplyDelete
  3. Teringat tahun lepas, anak saudara pun sama kena duduk wad sebab jaundis tinggi.

    ReplyDelete
  4. bagi susu banyak pun tak mo turun ye mimi? sian nya lahai baby kan... takpe doa banyak-banyak yek... moga di beri kesembuhan dan boleh balik rumah ye mimi...
    akak dulu pun darah o jugak suami isteri, nasib si aiyan jaundis tak tinggi sikit je... dalam masa seminggu dah ok...

    ReplyDelete
  5. Kesian betul ngan baby bila kena cucuk hari2 amik darah..akak pernah alami nasib masa tu tak tinggi mana pun kuning baby...

    ReplyDelete
  6. Kalau ana pun mesti nangis juga. Sian tgk baby kena cucuk semua tu kan. Moga baby mimi cepat sembuh dari jaundis.

    ReplyDelete
  7. sedihnya bila tgk keadaan baby bila sakit.. tak sampai hati nk dgr menangis. semoga baby cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. alolo kesiannya baby.. semoga cepat sihat ye. mimie pun jaga diri tau

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com