Most Recent

Saturday, January 04, 2020

Vaksin Pneumococcal Percuma Untuk Bayi Lahir Tahun 2020

Vaksin Pneumococcal Percuma Untuk Bayi Lahir Tahun 2020 | Assalamualaikum. Hai semua! Hari ni hari ke 4 kita di tahun 2020. Di awal tahun 2020 ni, kita disajikan dengan berita baik dari Kementerian Kesihatan di mana bayi yang lahir tahun 2020 akan disuntik Vaksin Pneumococcal.

Bagi ibu bapa yang mementingkan kesihatan anak anak mereka ini merupakan salah satu berita baik buat mereka. Nak nak buat ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata tahun 2020, bayi mereka akan terima VAKSIN PNEUMOCOCCAL PERCUMA UNTUK BAYI LAHIR 2020.



Sebelum Mimi kongsi lebih lanjut mengenai vaksin Pneumococcal ni jom baca mengenai penyakit pneumococcal.

Apa itu Pneumococcal? Penyakit Pneumococcal merupakan jangkitan yang disebabkan eh bakteria yang dipanggil Streptococcus Pneumoniae. Penyakit ini menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak kanak dan warga tua.

Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru patu, meningtis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis) jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media (jangkitan telinga tengah). (Sumber : www.myhealth.gov.my)

Selain daripada itu, kanak kanak normal yang terkena masalah kesihatan yang jangka masa panjang seperti kecacatan otak, pekak, kehilangan kaki atau tangan, lumpuh dan menyebabkan kematian.

Bila baca bahayanya bakteria Pneumococcal ini rasa takut pulak kan. Jadi sebelum berlakunya benda yang tidak diingini dan kita sebagai hambaNya perlu buat persediaan bagi mencegah penyakit ini berleluasa. Mencegah itu kan lebih baik daripada merawat. Jadi, sebagai ibu bapa kita kena ambil inisiatif untuk mencegah penyakit bahaya ini dengan memberikan vaksin kepada anak anak.

Apa itu Vaksin Pneumococcal

Vaksin Pneumococcal ialah sejenis imunisasi yang diberikan kepada kanak kanak sebagai langkah awal untuk mencegah bakteria Pneumococcal yang sangat mudah menyerang kanak kanak dan warga tua.

Bakteria Pneumococcal boleh tersebar melalui udara dan menyebabkan batuk dan selsema. Ia juga mudah dijangkiti melalui sentuhan lebih lebih lagi kanak kanak.

Syukur sangat kerana Malaysia mengambil inisiatif untuk mencegah penyakit ini daripada berleluasa. Kerajaan nemperuntukan sebanyak 60 juta untuk Vaksin Pneumococcal ini di mana bajet ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

Beruntungnya bayi yang lahir tahun 2020 kerana layak menerima vaksin Pneumococcal ini di mana ia diberi kepada bayi yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya. Vaksin ini akan berkuatkuasa dan wajib diambil mulai Jun 2020 secara percuma dan boleh didapati di Klinik Kesihatan. 

In shaa Allah anak yang bakal Mimi lahirkan akan menerima suntikan vaksin Pneumococcal. Alhamdulillah dari anak sulung hingga anak ketiga Mimi tak pernah culas ambil suntikan vamsin untuk anak anak.

Bagi Mimi apa saja isu yang timbul berkenaan vaksin ini Mimi ambil langkah untuk tidak campur tangan terutama kepada ibu bapa yang tidak mahu ambil vaksin untuk anak anak mereka. Itu hak masing masing dan terpulanglah kan. Tak perlu nak triggered sangat hentam sesama sendiri. 

Mimi tetap dengan pendirian ambil vaksin untuk anak anak bagi mencegah penyakit berbahaya di samping bergantung harap dan sentiasa doa pada Allah untuk melindungi anak anak. 

5 comments:

  1. Vaksin memang penting untuk kesihatan anak kita..kadang akak x faham sesetengah org yg menolak vaksin..

    ReplyDelete
  2. Bagus tu langkah kerajaan bagi mencegah penyakit dikalangan bayi baru lahir.

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah dapat vaksin percuma tahun nie kan. Penting sangat vaksin nie untuk kesihatan anak-anak kita kan, dah percuma nie boleh lah ambik peluang yang dah disediakan..

    ReplyDelete
  4. sgt bagus kementerian kesihatan.
    utk izzat dulu, aida amik ni di spital swasta.
    time kak Nurin & Syuhada, x amik sebab masa tu takde hebahan pasal ni kan.

    ReplyDelete
  5. free aje? wow untung mimie nanti grab tau

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.