Tuntut E-Tunai Rakyat RM30 di Aplikasi Touch N Go EWallet, Boost dan Grab

Tuntut E-Tunai Rakyat RM30 di Aplikasi Touch N Go EWallet, Boost dan Grab | Semalam semua sibuk tuntut E-Tunai Rakyat RM30 seperti yang dijanjikan oleh kerajaan pada pembentangan bajet yang lepas. Bila dah satu Malaysia tuntut faham faham sajalah apa jadi.

Kasi tutup itu duit dalam akaun. Hahaha


Mimi pun tak terkecuali tuntut RM30 tu. Rugi kalau tak tuntut, at least bertambah kredit dalam aplikasi yang Mimi ada. Mimi memang ada akaun Touch N Go EWallet dan Boost. Grab memang tak ada. Semalam Mimi tuntut melalui aplikasi Touch N Go. Dari pagi cuba tak lepas lepas. Sistem down lah, internet tak connected lah, angin betul. 

Tengoklah ni.. Asyik jeluar warning something went wrong. Angin je masa ni. 


Cuba punya cuba dalam pukul 11 lebih baru lepas. Timeline Facebook pun ramai update pasal isu ni. Ada yang tuntut melalui Boost dan Grab. Paling bermasalah Touch N Go lah. Yang lagi dua aplikasi okey. Mana kawan kawan yang RM30 masuk dalam akaun Boost dah merasa kan duit tu. Touch N Go kena tunggu dalam masa 5 hari bekerja.

Yeayyy!!! Akhirnya berjaya tuntut RM30. 


Mimi okey je tunggu duit tu masuk. Sebab bukan guna sangat pun. Kalau guna pun nak buat bayar bil air takpun beli apa yang patut guna duit tu. Boleh beli barang dapur ke kan, jimat sikit duit.

Yang belum tuntut tu cepat cepat tuntut. Pagi tadi saja saja tengok sistem down lagi atau tak. Hari ni sistem dah okey pun. Laju lagi. Hah cepat cepat tuntut. Rugi kalau tak grab peluang yang ada. Sekarang ni nilai RM30 tu besar tau. 

Post a Comment

9 Comments

  1. Memang best dapat duit percuma.

    ReplyDelete
  2. Ana dah redeem dlm grab. And dah masuk dalam e-wallet. Tgh tgl nk belanja je ni. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Kak Sue tak tuntut pun lagi Mimi.. nanti lah dah reda sikit.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. dah try claim tadi. jadi tengah tunggu aproval ja la ni. ntah la nak dapat ke tak :D

    ReplyDelete
  5. Yeay!! LeYa pun dah tuntut... Sama-samalah kita tunggu duit tu masuk ye.. Selamat Menggunakannya

    ReplyDelete
  6. Akak dah redeem dan dah dapat dh..memandangkan TNG jammed ari tu terus redeem kat grab je..

    ReplyDelete
  7. ramai dah yg buat kan.. akaka x buat lagi

    ReplyDelete
  8. saya tak buat lagi. nak guna grab la. sebab ada contest. kot lah ada rezeki

    ReplyDelete
  9. belum buattt lagi.. kena redeem cepat ni.
    depa da kasi rugi kalo x gunakan..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com