Monday, January 20, 2020

Sabun Ganso Sabun Viral Kedai Viral Eco Bersihkan Kotoran Baju Sekolah dan Karate Anak Anak

Sabun Ganso Sabun Viral Kedai Viral Eco Bersihkan Kotoran Baju Sekolah dan Karate Anak Anak| Hai semua! Sebelum ni viral tentang sabun mandi yang diparut untuk mengekalkan warna putih dan kebersihan baju sekolah anak anak. Yelah bila uniform baju sekolah warna putih agak stress dibuatnya nak kekalkan warna baju tu sampai hujung tahun.

Balik sekolah mesti ada saja kotoran yang melekat pada baju sekolah. Kesan aiskrim lah, sambal lah paling tak tahan tu kesan hitam pada bahagian lengan baju dan poket. Hoi! Terus jadi mak kau hijau bila tengok.

Sabun Ganso Sabun Viral Kedai Viral Eco


Setiap kali nak basuh baju sekolah anak anak, naik lenguh tangan duk sental guna sabun mandi tau. Kalau basuh terus dalam mesin basuh memang tak jalan. Tetap juga ada kotoran tu. Sampai naik give up dah nak sental baju anak anak. 

Tahun ni azam baru tau, tak nak dah sental baju anak anak sampai tangan lenguh. Kena buat sesuatu nak atasi masalah tu! Mimi siap warning anak anak jangan bagi baju kotor. Nak makan lipat lengan baju. Nak duduk angkat baju supaya tak kotor. Tapi kadang kadang terkotor juga tudung atau baju. Disebabkan tak nak dah lenguh tangan duk sental baju sekolah anak anak, Mimi nekad cari SABUN GANSO SABUN VIRAL KEDAI VIRAL ECO BERSIHKAN KOTORAN BAJU SEKOLAH DAN KARATE ANAK ANAK. 

Misi mencari Mimi mulakan dengan kedai Eco di Centre Point Seremban. Kalau tak ada baru pergi di kedai Eco tengah bandar pulak. Mula mula jenuh pusing satu kedai cari tak jumpa. Pusing kali kedua baru jumpa. Tuh pun dah tinggal sikit. Cepat cepat ambil sebungkus untuk permulaan. Lepas tu cari parut khas untuk sabun.

Eh lupa nak share dengan korang, kawan blogger kak Lynda a.k.a Azlinda Alin pun guna juga sabun Ganso ni tau. Korang boleh baca kat sini https://www.azlindaalin.com/2020/01/sabun-eco-kedai-rm2-untuk-basuh-baju-sekolah-putih-dhia.html?m=1

Sesi memarut Sabun Ganso Sabun Viral Kedai Viral Eco


Hasil parutan Sabun Ganso Sabun Viral Kedai Viral Eco


Balik rumah terus parut sabun Ganso ni. Bau memang wangi tau. Suka cium banyak kali sabun Ganso ni. Jenuh parut sebungkus. Dapatlah semangkuk tipuware aiskrim. Lepas parut terus tabur dalam baldi untuk rendam baju sekolah, tudung dan baju karate diorang. Rendam semalaman, esoknya basuh guna mesin basuh. Tabur lagi sabun Ganso yang diparut dalam mesin.



Tada!!! Hasilnya baju kekal putih dan bersih

Hasilnya... Eh memang puas hatilah. Baju sekolah dan karate anak anak kekal putih dan kotoran yang melekat semua hilang. Dahlah bersih putih, bau baju pun wangi oi. Tak payah susah payah dah duk sental lagi. Hah lepas ni boleh beli lagi sabun Ganso ni banyak banyak kat kedai viral Eco. Murah pun murah RM2.10 saja. 

22 comments:

  1. Ya Allah, pasaipa bila masuk eco asyik lupa sabun ni 😭😭😭

    ReplyDelete
  2. ramai kata sabun ni elok tanggalkan kotoran pada pakaian, nanti kak ana nak cuba mimi :)

    ReplyDelete
  3. Kena part yer. Kat Melaka ni tak tau mana kedai Eco. Teringin nak cuba.

    ReplyDelete
  4. Kak Sue ada beli juga sabun nie tapi dah lupa letak kat mana. Nanti nak cari balik lah..

    ReplyDelete
  5. aritu lupa nk cari lah... nk beli jugaklah untuk basuh baju sekolah si aiyan tu

    ReplyDelete
  6. Dah tak payah sental betul ke ni?
    Tertarik pulak nak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sental.. Just rendam dan basuh dalam mesin terus memang okay. Ada kawan bagitahu, gonyoh2 je pastu terus rendam... Ikut mana yang sesuai

      Delete
  7. Wah baru dgr ni sabun Ganso nii, mcm bagus jugak yea..selama ni qeela just rendam je dulu bju anak dgn sabun before basuh, nnt boleh try cara ni pulak tgk cmne pegi diaa gitu hehee 😁

    ReplyDelete
  8. eh ingat cheese tadi rupanya sabun. boleh tahan berkesan jugak sabun walaupun harga rm2 je. kena beli satu nie

    ReplyDelete
  9. Alamak nak carilah sabun ni..terutama ada anak sekolah baju putih mmg kena berjaga

    ReplyDelete
  10. Selalu masuk kedai eco tapi lupa. Benda lain yang dibeli. Pas ni kena masuk list

    ReplyDelete
  11. Yaaa betul! Bukan bajus ekolah aje, malah Sis basuh baju Suami yang berminyak tu pun hilang kotor dan bau..maklumlah baju lelaki ni kan kadang hapak kalau pakai seharian...memang mesti beli kalau di ECO..

    ReplyDelete
  12. Baru tahu ada sabun mcm ni dekat eco. Padahal selalu pergi eco juga utk beli hanger dan barang - barang lain. Boleh try beli satu nanti dan cuba. Thanks awk for the review

    ReplyDelete
  13. oo ini tipsnya ya. bolehlah cuba nanti untuk pakaian sekolah anak2 kan

    ReplyDelete
  14. wow, thanks for sharing! Nak dapatkan juga la sabun ganso ni, nak sental leher baju tadika anak, walaupun baru tadika lehernya hitam kalau balik! Haha!

    ReplyDelete
  15. Thank you share tips ni. Boleh cuba nanti. Macam macam sabun dah guna ni, tak jalan

    ReplyDelete
  16. Tak pernah tau pun pasal sabun ni. Hehehe sekali tgk yg dah diparut tu cam cheese la pulak

    ReplyDelete
  17. aiseh ni yg nak cari ni. mmg tgh pening dan migraine tgk baju yg dh start belacan tu

    ReplyDelete
  18. Tak pernah tahu lak mengenai produk eco ni.. boleh lah share dengan kawan2 yang nak cari produk begini.

    ReplyDelete
  19. Alamak.. apesal sy tak tau pasal sabun ni. Walaupun takde anak yang sekolah tapi nak try juga la sabun ni sebab sy ada baju putih tapi jarang pakai sebab takut kotor. lepas ni leh la pakai baju putih selalu.. hehe

    ReplyDelete
  20. parut sabun tu sebab nak kasi cepat larut dalam air ye ? peergh kalo bersih cemni rasanya boleh guna buat basuh kasut sekali ni. kasut ada warna putih..

    ReplyDelete
  21. Terbaiklah sabun ni... memutihkan baju sekolah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.