Menu Lunch Hari Ini

Menu Lunch Hari Ini | Hai semua! Selamat Tahun Baru Cina buat kawan kawan yang menyambutnya dan selamat cuti di hujung minggu buat kawan kawan yang lain. Mimi tak ke mana mana pun. Duduk terperap dekat rumah saja. Nak nak sekarang ni tengah hangat isu Coronavirus yang sedang menular ni kan. Baik ambil langkah berjaga jaga. 

Bila dah duduk di rumah ni buat rutin macam biasalah kan. Sediakan sarapan dan masak untuk lunch. Hari ni Mimi masak yang simple simple saja. Nak tahu apa MENU LUNCH HARI INI jom te gok gambar gambar yang Mimi tepek. 

Ayam Masak Lemak Cili Api requested by suami

Ulam ulaman. Salad dan timun

Terlur dadar berlada yang tak pedas 

Sayur kangkung dan ikan bilis


Ni jelah menu simple yang Mimi masak. Ayam masak lemak cili api tu suami yang nak makan. So, kita masak aje. Versi Nismilan ye. Cili padi dan kunyit semata. No bawangsssss. 

Hah korang masak menu apa pulak hari ni? Ke gantung kuali sebab pergi beraya di rumah kawan kawan yang sambut CNY...

Post a Comment

5 Comments

  1. Kami pun sama dok kat rumah ja, takda ke mana 😅

    ReplyDelete
  2. Hari ni sarapan nasi lemak. Tengahari makan sambal ikan bilis dan sayur bak choi goreng sos tiram.

    ReplyDelete
  3. Fuhh sedap masak lemak tu. Sis kat umah ni pun mmg selalu masak ayam masak lemak cili api. Anak sis suka..bertambah dia makan..hehehe

    ReplyDelete
  4. aduduu sedapnya.. kena tambah satu lagi tu.. sambal belacan hoho

    ReplyDelete
  5. anak2 aida panggil masak lemak kuning = lauk yellow :) ha ha ha ha...
    one of their feveret la lauk yellow ni, mimi. couple dgn sambal belacan.
    telur dadar tu pun best.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com