Kejutan Sambutan Hari Lahir Januari 2020

Assalamualaikum. Hai semua! Hari Khamis baru ni ada kawan pejabat buatkan kejutan sambutan hari lahir Januari. Entah bila dia buat plan tu pun tak tahulah.

Tahu tahu kena panggil datang pantry. Sekali tengok eh ada kek dan beberapa kotak Domino's Pizza ada di atas meja. Walaupun kawan pejabat yang sponsor tu tak cakap apa apa tapi Mimi tahu dia mastermind yang plan semua ni.

Kek untuk Januari babies


Domino’s pizza juadah pilihan


Kejutan sambutan hari lahir ni kawan pejabat buat sebab hari Khamis merupakan hari terakhir Mimi kerja. Tak silap dalam pukul 11 lebih pagi dia buat. Mulanya dia kata nak buat petang tapi Mimi beritahu petang dah tak ada pergi check up dan terus cuti. Terus dia ubah plan. Di pejabat Mimi ada tiga orang yang sambut hari lahir bulan Januari. 2 anggota dan seorang pegawai awam.



Kitorang di pejabat dah macam satu family tau. Macam anak, bapa dan adik beradik. Waktu sibuk, semua orang di pejabat akan senyap. Waktu bergurau riuh rendah satu pejabat.

Rasa terharu pula bila ada yang buat kejutan hari lahir. Tak mengharap pun kan sebab bila umur makin meningkat ni dah tak fikir nak sambut hari lahir ni. Lebih fikirkan keperluan anak anak. Tapi bila ada yang sudi sambut rasa terharu. 



Nak nak kawan kawan pejabat Mimi dah bersuara sunyi sepi pejabat selama Mimi bercuti 4 bulan nanti. Kalau tak suara Mimi dan kawan lagi seorang tu memang meriuhkan suasana pejabat. Kadang buat kerja terlalu serius, pengaruh emosi juga. Kita buat kerja nak happy kan. Terima kasih buat kawan kawan pejabat yang sudi sambut hari lahir kami yang lahir bulan Januari ni. Kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. 

Post a Comment

7 Comments

  1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah rezeki semua. Meriah ikatan ukhwah tu 😍

    ReplyDelete
  2. Masih tak terlewat utk ucapkan Happy Birthday..:) moga sentiasa dimurahkan rezeki dan sihat selalu. Birthday sama bulan dgn anak sis.

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir mimi..wah emriah sambutan ye..seronok bika kerja pastu kawan2 sambut..dapat makan ramai2

    ReplyDelete
  4. waa sambut bday dgn abam polis.. happy birthday mimie.. sama la kita capricorn

    ReplyDelete
  5. January baby😊... bestnya diraih oleh kawan² office.. baby taknak keluar ikut bulan lahir mimie... kalau keluar awal boleh jadi geng ibu..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com