Monday, December 02, 2019

Resipi Menu Dinner Hari Ini

Resipi Menu Dinner Hari Ini | Hai semua! Dah jadi rutin harian Mimi waktu cuti sekolah, bangun pagi sebelum pergi kerja masak sarapan dan balik kerja masak untuk dinner pulak. Dah dapat suami dan anak sejenis kaki makan di rumah. Kenalah masak walaupun kadang kala mood swing ke laut dalam.

Hari ni untuk dinner Mimi masak 3 jenis lauk saja. Ringkas ringkas je menunya. Nak masak berat berat kaki kiri sakit dan bengkak. Tak tahu apa punca.

Jom tengok menu dan resipi dinner yang Mimi masak untuk hari ini.

Sup Sayur Tofu Telur Suhun, Ikan Sepat Masin Goreng Cili Padi dan Telur Asin

Hari ni Mimi masak tiga jenis lauk saja iaitu Sup Sayur Tofu Telur Suhun, Ikan Sepat Masin Goreng Cili Padi dan Telur Asin. Ikan Sepat Masin Goreng Cili Padi dan Telur Asin tu memang favourite Mimi. Dapat makan dua jenis lauk ni tak pandnag kiri kanan dah.

Dulu Mama Mimi suka masak lauk ni lawan dengan Sup Suhun dan Tauhu Kering tuh. Tapi hari ni Mimi lawan kan dengan Sup Sayur Tofu Telur Suhun. 

Sup Sayur Tofu Telur Suhun


Sup Sayur Tofu Telur Suhun ni mudah je nak sediakan. Campak campak je dah siap. Bahan bahan yang diperlukan buat sup pun mudah.
Bahan bahan

Sedikit minyak untuk menumis
Bawang merah ditumbuk lumat
Sayur sawi 
Kobis bunga
Bebola ikan
Tofu Telur (digoreng terlebih dahulu)
Suhun
Air 
Garam

Cara buat :

Tumis bawang yang ditumbuk sehingga sedikit garing. Masukkan sedikit air dan bebola ikan. Biarkan sekejap. Masukkan air dan semua bahan yang lain kecuali Tofu Telur. Agak agak sup dah mengelegak masukkan Tofu Telur. Nanti pandai pandailah rasa sup sayur ni cukup garam ke tak. Tak cukup bubuh lagi. Agak agak dah cukup rasa. Padamkan api. Dah siap!

Sayur tu ikut koranglah nak tambah sayur apa. Mimi nak letak lobak tapi lobak dah habis pulak. Jadi guna saja sayur yang ada. 

Ikan Sepat Masin Goreng Cili Padi


Ikan Sepat Masin Goreng Cili Padi memang paling senang nak sediakan. Tak ambil masa yang lama pun nak sediakan. Kalau kornag dah buntu nak masak apa. Cuba sekali sekala masak lauk ni. Memang sedap. 

Bahan bahan

Ikan Sepat Masin (digoreng terlebih dahulu)
Cili Padi (diblend) 
Bawang (diblend)
Bawang besar dihiris
Garam
Minyak untuk menumis

Cara buat :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan bahan yang diblend sehingga garing. Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi dan masukkan garam. Gaul rata sekejap dan boleh diangkat.  Dah siap! Makan dengan nasi panas panas memang sedap.

Ni je menu dinner yang sempat Mimi masak untuk hari ni. Menu ringkas dan campak campak je. Sekejap saja dah siap. Selamat mencuba! 

5 comments:

  1. Perghhhh sedap yakmat tu. Makan dengan nasi panas2 dan hujan turun lak. Adududududu

    ReplyDelete
  2. teringin pulak masak sup suhun tuh, simple tapi sedap ratah gitu je pun dah sedap tu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya ikan masin sepat goreng berlada..lawan plak tauge masak lemak putih..memang jahanam diet...

    ReplyDelete
  4. Pun sedappp walau simple. Aishh terus rasa nak makan ikan masin sepat cili padi tu.

    ReplyDelete
  5. ikan sepat makan dgn suhun mmg wala sedapnya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.