Pengalaman Pertama Cucuk Insulin. Sakit ke!?

Pengalaman Pertama Cucuk Insulin. Sakit ke!?

Pengalaman Pertama Cucuk Insulin. Sakit ke! ?| Assalamualaikum. Hai semua! Masa entry ni ditaip jam dah pukul 11.30 malam. Sebenarnya Mimi dah tidur tapi jururawat kejutkan nak ambil tekanan, check jantung baby dan tolong cucukkan insulin. Sepatutnya pharmacist kena datang consult cara nak guna pen insulin dan cara cucuk. Tapi dah malam kan, jururawat jelah yang tolong cucuk kan.

Sepanjang hidup, ni merupakan PENGALAMAN PERTAMA CUCUK INSULIN. SAKIT KE! ? Mimi tak pasti sebab tak pernah kena cucuk insulin. Sebelum ni tengok nenek je cucuk insulin dekat perut katanya sakit. Katanya lah. Lain orang lain pengalaman dan rasa sakitnya kan. 

Mimi dibekalkan pen insulin NovoPen4


Mimi dibekalkan dua pen NovoPen4 untuk cucuk insulin. Satu untuk malam dan satu lagi untuk pagi. Rupa rupanya Mimi kena cucuk 4 kali bukan sekali, 4 unit satu dos. Aduhh, bertabahlah seorang Mimi. Tadi doktor pun cakap makesure you ambil insulin  0 4 0 4. Dia cakap tak payah pening fikir apa benda just hafal that numbers. Hahaha...Ikut jelah. Mimi tak faham sangat pun pasal pengambilan insulin ni. Tunggu esok pharmacist datang consult baru faham. 

Isi dalam kotak. Ada user manual, jarum dan dalam kotak tu NovoPen4


Mimi tanya jururawat nak cucuk kat mana, dia cakap kat perut boleh, kat peha boleh mana mana janji cucuk. Tapi afdalnya cucuk di perut lah kan. So, Mimi tadah jelah peha. Dia siap  tunjuk rupa jarum tu macam mana, cakap tak sakit dan tak rasa apa apa pun sebab jarum kecil dan halus. Bila dia cucuk memang tak terasa sakit. Masa dah tekan ubat tu kena tunggu dalam 10 saat macam tu baru cabut jarum. Jadi, bagi Mimi cucuk insulin ni tak sakit pun mungkin sebab dos yang Mimi gunakan tak tinggi. Mimi rasalah kan. 

Rupa NovoPen4

Yang nombor nombor tu yang kena tentukan berapa unit untuk satu dos. Tak berapa arif sangat bab ni. Esok baru diterangkan secara detail

Bila tak sakit tu, esok baru ada keyakinan nak cucuk insulin lagi. Ada 3 kali lagi Mimi kena cucuk insulin lepas tu sambung BSP semula. Untuk malam ubatnya cap warna hijau. Untuk siang hari ubat cap warna kuning.

Ubat tutup kuning ni guna waktu siang. Yang kuning ni jarumnya saiz 6mm

Yang tutup hijau ni pakai waktu malam. Yang ni saiz jarumnya 4mm


Sebelum tidur jururawat suruh makan sikit lepas cucuk sebab insulin tu bertindak balas selepas 30 minit takut hypo. So, Mimi makan roti yang suami belikan tadi. Roti Gardenia Butter dan air.

Nak tidur mata dah tak mengantuk, nak nak dengar pulak suara baby menangis. Bersahut sahutan. Alahai comel amat. Tak sabar pulak nak timang baby sendiri. Berdebar pun ada sebab nak tahu jantina baby bongsu. In shaa Allah bongsu sebab cuti bersalin dah yilek. Hehehe... Doakan semoga urusan Mimi dipermudahkan tau korang. 

8 Comments

  1. sekarang dah makin canggih kan, cucuk insulin dengan pen gitu je... memudahkan kerja
    dulu-dulu rasanya jenis jarum mcm picagari tuh, pernah nampak kwn dulu dia kene cucuk insulin sendiri

    moga di permudahkan semuanya mimi,

    ReplyDelete
  2. Mak akak pun insulin Mimi..Akak pun x faham can nak guna..sape yang kena insulin tu je yang faham macam mana nak guna...akak x berani tengok mak akak cucuk insulin..akak takut..

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti..

    ReplyDelete
  4. seronok gak dgr baby2 nangis mcm lullaby ye.. take care mimie

    ReplyDelete
  5. Sha pernah tengok arwah FIL cucuk insulin.. Tak sakit katanya.. Semoga dipermudahkan ye Mimi..

    ReplyDelete
  6. Insyaallah Mimi..moga dipermudahkan sampai bersalin.

    ReplyDelete
  7. moga dipermudahkan ye, mimi.

    aida tahu sgt semua tu.
    emak. abah. mak mertua semua cucuk insulin.

    ReplyDelete
  8. waalaikumussalam. selama ni kak tak penah la kena cucuk insulin. harapnya lepas ni mengandung pun takda kena jugak la. huhu. kak trauma ckit kalau dengan cucuk2 sendiri ni T_T

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie