Tuesday, December 17, 2019

Fetal Kick Counter dari www.connectedmums.com.my

Fetal Kick Counter dari www.connectedmums.com.my|Assalamualaikum. Hai semua! Pregnancy ke 4 ni macam macam ujian yang Mimi hadapi. Tapi terima dengan redha dan tabah. Biasalah kan lain anak lain pembawakannya.

Fetal Kick Counter


Tapi walau apapun yang kita ibu ibu mengandung kena hadap, kita kena juga alert pergerakan baby, betul tak? Mimi pernah tau masa mengandungkan Aina pergerakannya tak cukup 10 kali dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. Apa lagi menangis nangislah sebab baby tak cukup gerak. Otak dah fikir macam macam dah masa tu. Dahlah masa tu PJJ dengan suami. Mimi dekat Jempol dia dekat Kluang. Bayangkan kena hadap sorang sorang. Nasib baik kawan kawan pejabat ada yang tolong hantar pergi hospital. 

Sampai hospital kena tahan 5 hari juga sebab masa tu Mimi demam, selsema dan batuk plus masa tu kecoh kes H1N1. Rupanya baby okay je waktu tengah malam aktif dia bergerak tu pun lepas nurse dan doktor siap usap usap perut panggil adik adik bangun baru dia respon. Rupanya baby kurang gerak sebab umminya tak sihat. 

Memang kena alert bab pergerakan baby untuk elakkan berlaku sesuatu yang kita tak nak. Ada banyak cara untuk kita alert pergerakan baby dalam kandungan. Salah satunya dengan menggunakan alat Fetal Kick Counter.

Ada dapat kad, fetal kick counter, tali, bateri dan manual


Dekat mana Mimi dapatkan Fetal Kick Counter ni? Sebenarnya sebelum ni Mimi pernah daftar sebagai ahli di www.connectedmums.com.my iaitu untuk ibu ibu yang mengamalkan minum Anmum. Mimi daftar masa Mimi preggy tahun lepas. Tapi tak ada rezeki Mimi keguguran.

Masa daftar tu, ahli boleh claim gift Fetal Kick Counter. So, Mimi claim je. Tahun lepas lagi dah dapat tapi dah gugur Mimi simpan saja. 

Bila dah preggy ni, Mimi teringat Fetal Kick Counter ni ada tersimpan dalam kotak, so Mimi ambil dan guna untuk kira pergerakan baby. Sepatutnya pergerakan baby mula dikira apabila kandungan dah masuk 28 minggu. Tapi faham sajalah kan bila umur dah cecah 30 an ni nak nak 4 tahun kemudian mengandung semula (kira dari last Mimi bersalinkan Adhwa) Mimi lupa nak start kira pergerakan mula dari minggu ke berapa. Nasib baik nurse tanya dan dia ingatkan. Last last Mimi kira start usia kandungan 30 minggu. 

Mula mula nak guna FETAL KICK COUNTER DARI WWW.CONNECTEDMUMS.COM.MY ni blur jugak. Dah rujuk manual pun still tak faham. Tapi bila baca satu satu dan praktik tekan sana tekan sini baru faham. Taklah susah mana rupanya. 

Fetal Kick Counter


Fetal Kick Counter ni Mimi memang pakai gantung kat leher. Bila baby gerak je Mimi tekan button besar yang ada simbol tapak kaki tu. Sampailah cukup 10 kali gerakan. Kadang kita lupa masa bila dah cukup 10 kali gerakan kan. Fetal kick counter ni banyak membantu. Kat mesin ni dah siap catat masa 10 kali pergerakan.

Tekan button besar tu untuk rekod pergerakan baby

Set siap siap usia kandungan 


Fetal kick counter ni memang banyak membantu Mimi supaya lebih alert dengan pergerakan baby. Faham faham sajalah, Mimi ni bila dah start buat kerja di pejabat memang concentrate kat kerja tu langsung lupa benda lain. Fetal kick counter ni juga ada keluar bunyi beep jika jarak masa pergerakan baby ambil masa yang lama. Bila dah start beep tu memang berterusan jela bunyinya.

Mimi tak pasti sama ada fetal kick counter masih available lagi ke tak di web Connectedmums. Mimi pun lama tak login sebab lupa password. Kalau korang  ibu ibu mengandung nak cuba dapatkan Fetal Kick Counter boleh register jadi ahli di www.connectedmums.com.my

24 comments:

  1. memang baguslah alat ni kan? jaga diri kakmimi!

    ReplyDelete
  2. Pengetahuan baru untuk saya. Terima kasih kongsi maklumat.

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. semoga dipermudahkan urusan kehamilan. alhamdulillah bagus sangat lah ada fetal kick counter ni ^_^

    ReplyDelete
  4. Senang nya bila ada fetal kick counter ni. Bebila baby geraj tekan je kan. Dh cukup 10 tgl catat je.

    ReplyDelete
  5. Alamak.. mujur TB baca entri mimie ni.. sebab TB pun terlupa nak guna .. ada tersimpan tu ha.. tapi TB tak baca lagi cara guna.. kebetulan baca entri mimie ni.. memang membantu jugak ni.. tq mimie

    ReplyDelete
  6. Sekarang memang bertuah sebab banyak alat alat camni untuk ibu hamil. At least can monitor fetal.

    ReplyDelete
  7. alaa.. zmn i dulu tak perasan pun menda ni... alhamdulillah semua okay. tapi good to have kan especially for firs timer

    ReplyDelete
  8. Skarang ni macam2 gajet ada. Bagus jugak fetal kick counter ni boleh alert pergerakan bayi dalam kandungan. Untuk ibu ibu muda yang baru hamil elok gak dapatkan satu .

    ReplyDelete
  9. Ini pertama kali dengar mengenai alat ini. Dulu mana ada rasanya. Bagua juga ya senang kira dan nak ingat ya tak?

    ReplyDelete
  10. Is a good products to count the kick especially near delivery. I hv one.

    ReplyDelete
  11. banyaknya info tentang kehamilan yang saya tak tahu! terima kasih atas artikel ni, banyak jugak yg saya baru tahu.

    ReplyDelete
  12. Wahh berguna juga ya benda ni. Senang nak kira pergerakan baby. Semoga ibu dan baby nya sihat semuanya.

    ReplyDelete
  13. Ad akawan di office alami perkara sama. Baby dalam perut tak bergerak dan buat ibu mesti menangis punyalah kan Bagus juga perkongsian mimi ttg Fetal Kick Counter ni. Harap ibu yg terlupa pulak bila bayi dah menendang nak start kira. All the best Mimi.

    ReplyDelete
  14. Macam best je klau ada fetal kick counter. Tapi accurate ke kiraan tu?.. igt nak usha la buat simpanan kan sbb liez suka benda2 macam ni

    ReplyDelete
  15. bagus inisiatif website connectedmums bg as free gift. so, x yah la susah2 nak beli kan. Berguna alat macam ni. yela kadang kita ni ralit duk buat kerja kan. Bab terlupa tu memang akan terjadi la kan..

    ReplyDelete
  16. Me still single. So that’s why I have 0% knowledge on this kinda product. Macam mana pun good review. Take care of your health. Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  17. Mak aih makin canggih lah zaman sekarang siap ada tool untuk kira kicking.. dulu pakai paper je tick tick.. hahah lama tak pregnant so dah lama tinggal... nanti la fikir pasal pregnant ni hahahah

    ReplyDelete
  18. Baru tahu kegunaan gadget ni. Menarik juga terutama buat ibu-ibu yg sedang menunggu waktu kelahiran

    ReplyDelete
  19. Baru tahu ada produk mcm ni. Dulu wife mengandung, buat kiraan manual je berapa kali tendang tu

    ReplyDelete
  20. semoga mimie terus kuat.. bagu ada counter mcm ni

    ReplyDelete
  21. Terima kasih untuk tips ni, macam-macam sekarang ni gadget untuk keperluan si ibu. Moga selamat semuanya ya

    ReplyDelete
  22. Jaga diri dn kandungan ya mimi..now mmg musim influenza A..sis pun baru kena. Now kalau boleh x nak dekat gan org tua, baby dn org ngandung

    ReplyDelete
  23. zul baru tahu pasal alat ni, memang bagus lah untuk ibu yang mengandung. Semoga urusan kehamilan akak dipermudahkan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.