Dinner Shellout di Ashraf Station Sendayan Merchant Square

Dinner Shellout di Ashraf Station Sendayan Merchant Square | Assalamualaikum. Hai semua! Jangan terkejut pula Mimi up entry makan shellout. Cerita yang hampir hampir basi ni. Lupa nak up kat blog. Tengah bosan tu yang teringat nak up entry pasal shellout.

Sebenarnya suami Mimi teringin sangat nak makan shellout, tak pernah makan katanya. Mimi dah pernah makan sebelum ni shellout dengan kawan kawan blogger GSL Warrior di Ayer @8, Putrajaya.


Shellout di Ashraf Station Sendayan Merchant Square

Memang sedap makan shellout ni kan. Macam macam seafood yang ada. Bila suami teringin nak makan kita follow je. Kebetulan balik PD jenguk orang tua Mimi. Jenuh jugak cari tempat shellout yang best di PD. Ada yang review okay dan tak okay. Semestinya cari yang kedai ada review okay kan.

Cari punya cari dah jumpa satu tempat nak bershellout ni sekali tutup pula. Last last suami ajak makan di Ashraf Station Sendayan Merchant Square. Restoran ni dah banyak kali kitorang datang makan. Dah jadi pelanggan tetap.

Baca sini juga : Makan Tengahari di Ashraf Station Sendayan Merchant Square

Suami pun cakap lain kali jela makan shellout. Dia malas nak buang masa cari tempat yang ada shellout dengan hujan lebat. Mimi tak kisah pun makan apa janji perut kenyang.

Nak dijadikan cerita sampai je kat Ashraf Station tu kitorang nak order menu. Sekali pelayan kedai datang bawa menu. Eh eh tetiba nampak ada menu baru di Ashraf Station iaitu shellout. Apa lagi terus tunjuk kat suami. Dia apa lagi terus on. Kitorang order dua set shellout. Cuma air tu Mimi tukar Air Limau Ais, suami tukar Nescafe O Ais. Untuk anak anak kekal air sirap. 

Set Shellout untuk 2 orang

Meriahkan Shellout ni

Sebelum tunggu order sampai kita bergambar dulu

Shellout yang dihidangkan atas kertas dan diletakkan dalam bakul rotan. Tak lambak atas meja pun. Nasi dihidangkan dalam pinggan
So far puas hati makan shellout di Ashraf Station ni. Sedap juga rasanya. Cuma Auni kurang sikit makan shellout. Dia banyak pilih makan sotong udang dan ketam. Aina semua bedal. Mimi pun sama. Tapi bab nak makan ketam tu kitorang fail. Hahaha... Suami bab kerjakan ketam dia memang juara.

Suami memang suka dan puas hati dapat makan shellout. Mimi ada juga beritahu suami nanti nak bawa dia makan shellout area Seremban tapi terletak di kawasan perumahan Nusa Intan. Lupa pula nama restoran tu. Kat situ review okey juga.

Korang yang pernah makan shellout tu kongsilah tempat best makan shellout yang pernah korang kunjungi. Mana tahu satu hari nanti Mimi nak datang makan kat tempat korang promote tu kan. 

Post a Comment

7 Comments

  1. Rezeki suami kak Mimi tu. Last2 dapat jugak makan

    ReplyDelete
  2. Memang best bila dah lama tak makan Shellout tetiba dapat pulak kan. Dulu LeYa pergi yg kat Shah Alam tu.

    ReplyDelete
  3. Akak plak Dania x berapa suka makan macam ni..sejak dah makin besar ni lain macam plak selera dia...nak ajak mak abah akak makan sini tapi depa x leh makan seafood, makanan lain pun banyak kan...

    ReplyDelete
  4. mama makan comel-comel order online dia hantar ke rumah

    ReplyDelete
  5. Sha tak berjaya lagi nak makan shell out.. teringin tu teringin la juga tapi tak jumpa lagi tempat yang menarik..

    ReplyDelete
  6. betul mimi..akak failed betul kalau makan ketam. husben akak mmg juara. Kadang dia tlg bukakkan & bagi isi kat akak. haha.

    ReplyDelete
  7. Haha sama tak reti nak kekoh ketam. Luka jari :)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com