KFC Zinger Double Down Memang Sedap dan Mengenyangkan

KFC Zinger Double Down Memang Sedap dan Mengenyangkan | Assalamualaikum! Hai semua! Kalau singgah makan di KFC Mimi memang suka pesan Zinger Burger. Kadang kadang je makan ayam goreng. Kebanyakannya memang akan pesan burger sebab Zinger burger memang favourite Mimi semenjak ia diperkenalkan di pasaran.



Sekarang ni kan KFC ada memperkenalkan KFC Zinger Double Down yang dah beberapa minggu telah berada di pasaran. Tak silap Mimi ini kali ketiga Mimi makan KFC Zinger Double Down. Selalunya Mimi beli combo set KFC ZINGER DOUBLE DOWN. Ada kentang dan air sekali. 

Sehingga ke hari ini KFC Zinger Double Down yang Mimi makan memang sedap dan mengenyangkan. Bayangkanlah saiznya yang besar. Cheese, mayonis dan bakon yang diapit dengan isi ayam yang padat dan garing.



Kalau beli KFC ZINGER DOUBLE DOWN MEMANG SEDAP DAN MENGENYANGKAN ni takkan pernah habis. Selalunya Mimi makan separuh saja. Lagi separuh bawa balik rumah. Adik adik Mimi pun dah cuba makan, diorang pun puas hati sebab isinya yang padat dan besar.

Mimi tak tahulah sampai bila KFC Zinger Double Down ni ada di pasaran. Selalunya kalau menu baru ciptaan KFC ni tak kekal akan bertukar ganti dengan menu baru yang lain pula. Harap harap menu KFC Zinger Double Down ni jadi menu kekal dalam dishes KFC la ya selain daripada KFC Zinger Burger. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Rasanya tak pernah try hat nie lagi Mimie, nanti boleh lah Kak Sue cuba..

    ReplyDelete
  2. ni feveret syafi ni dah beberapa kali dah order.. mmg sedap kan

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com