Sunday, November 10, 2019

Isi Masa Lapang Anak Anak di Aeon Fantasy Kidzoona

Isi Masa Lapang Anak Anak di Aeon Fantasy Kidzoona | Rasanya ni kali kedua Mimi bawa anak anak datang sini. Bila dah janji dengan anak anak kenalah tunaikan. Kalau tak, siap drama air mata lagi kalau Mimi usik cakap tak jadi pergi. Waktu cuti sekolah hujung minggu selalunya anak anak memang terperap duduk dalam rumah. Tak berani nak bagi main di luar rumah. Faham faham sajalah keadaan sekarang. Kita tak boleh nak leka.

Tapi kadang kadang bila diorang terperap saja dalam rumah kesian pulak kan. Mesti diorang bosan buat benda yang sama. Kebetulan semua kerja dah siap, baju dah basuh dan sidai Mimi bawa diorang datang Aeon. Sebelum pergi Aeon S2 ISI MASA LAPANG ANAK ANAK DI ARON FANTASY KIDZOONA kenalah maklum suami dan minta izinkan. Bila suami dah izinkan, baru teruskan misi bawa anak anak keluar.



Isi Masa Lapang Anak Anak di Aeon Fantasy Kidzoona

Anak anak dari jauh nampak AEON FANTASY KIDZOONA dah lompat lompat happy dah. Tahu sangat diorang excited kan. Sebelum masuk kena isi form dulu. Kali ni Mimi register kad keahlian Kidzoona, RM2 saja dan terus dapat 500 points.




Bayaran masuk bagi seorang kanak kanak pada hari biasa ialah RM14 manakala hujung minggu Sabtu dan Ahad ialah RM19. Ibu bapa masuk PERCUMA saja. Kalau tak pakai stoking kena beli stoking dengan harga RM3. Disebabkan Adhwa seorang saja tak berstoking, Mimi beli stoking untuk dia sahaja. Jadi, jumlah bayaran yang Mimi kena bayar RM60.00. 

Dah buat bayaran semua, kena ambil satu bakul yang ada nombor dan masukkan kasut ke dalam bakul. Kemudian bakul tu kena letak di rak khas yang disediakan ikut nombor yang tertertera pada bakul.

Bila dah masuk dalam ni, ikut suka diorang lah nak cuba permainan apa. Bebas saja. Masuk Kidzoona ni tak ada had masa ditetapkan. Mainlah sampai lebam. Mimi just duduk pantau saja. Mana diorang pergi ikut dan duduk di kerusi yang disediakan. Jom tengok aktiviti aktiviti yang diorang buat di Kidzoona.








Selain daripada mencuba pelbagai permainan di Kidzoona juga ada disediakan aktiviti aktiviti menarik untuk anak anak join. Macam hari ni ada aktiviti menarik disediakan yang dikendalikan oleh staff Kidzoona  seperti Origami, D.I.Y, Dance dan Tele-Match mengikut masa yang ditetapkan.



Sekali sekala apa salahnya laburkan duit untuk keseronokan anak anak. Bukan saja diorang dapat keseronokan, diorang juga boleh belajar pelbagai perkara baru dan juga berkenalan dengan kawan kawan baru. Betul tak? Masa Mimi kecil dulu tak merasa ini semua, bila ada anak anak Mimi nak diorang rasa semua ni. Tak rugi pun kan. Janji anak anak happy, Mimi pun happy. 

3 comments:

  1. Tempat ni tempat kesukaan Dida...selalu bawak dia masuk sini...memang masuk dari pagi bawak ke petang...mama dah abih shopping pun dia tak sudah main lagi..kalau keluar awal mesti dia tarik muka...

    ReplyDelete
  2. Selalu juga bawak ke aeon s2 tu. Tak nampak pulak area mana. Nanti nak tgklak

    ReplyDelete
  3. Bagus sekali sekala bawa anak2 ke sini as a reward pada mereka kan. Mcm2 aktiviti mereka boleh buat..tak lah leka dgn gajet je.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.