Cirit Birit Yang Menyeksakan

Cirit Birit Yang Menyeksakan | Kalau ada yang perasan Mimi agak diam dua tiga hari ni. Nak blogwalking tak ada mood apa entah lagi nak update entry baru. Bukan malas ke apa tapi sebab tak sihat.

Masuk hari ni dah dua hari Mimi kena CIRIT BIRIT YANG MENYEKSAKAN tau. Tak tahulah mana silapnya tiba tiba kena cirit birit. Yelah sebab makan macam macam kan tak tahu mana satu makanan yang tak serasi dengan perut.

Disebabkan dua hari cirit birit dan dua hari jugalah Mimi tak kerja. Duduk dekat rumah pun 10 kali sekejap keluar masuk toilet ni kan pula kalau pergi kerja. Dah lah toilet jauh. Dengan keadaan diri pun dah makin membesar dengan jayanya, memang lambat sampai toilet. Jadi lain pula kang.



Semalam Mimi nekad pergi Poliklinik Ria di Seremban 2. Masa jumpa doktor dia memang bagi macam macam ubat bila dapat tahu Mimi pregnant terus dia cut ubat yang Mimi tak boleh makan. Dapatlah 3 jenis ubat. Ubat sakit perut/gastrik, ubat mual/muntah dan air garam perisa orange. Jumlah kesemua ubat RM45.

Masa taip entry ni pun perut masih sakit nemulas mulas padahal dah keluar masuk toilet tadi. Bertabah sajalah mengadap sakit cirit birit yang menyeksakan ni. 

Post a Comment

4 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com