Thursday, October 24, 2019

5 Teknik Minum Air Gula Yang Berkesan

5 Teknik Minum Air Gula Yang Berkesan | Setiap kali mengandung, ibu ibu takkan terlepas daripada minum air gula atau lebih dikenali MGTT. Setiap kali mengandung memang rasa seronok dan teruja tapi bila mengenangkan kena MGTT tu kan terus lemah segala sendi. Hahaha spesis memang menyampah betul nak minum air gula ni. 

Kalau diingatkan semula kenangan minum air gula masa mengandungkan anak sulung dan anak nombor dua memang kelakar. Macam tak sangka Mimi sanggup buat macam tu tau! Masuk anak ketiga dah pandai apply teknik minum air gula supaya tak loya dan muntah. 


Sumber : FB 9 Bulan 10 Hari

5 Teknik Minum Air Gula Yang Berkesan

Masa mengandung anak sulung dan anak nombor dua memang Mimi loya minum air gula. Masa yang sulung Mimi termuntah sikit sebab minum sikit sikit. Masa mengandungkan anak kedua pula, Mimi mengelat minum air gula. Apa Mimi buat biarlah rahsia.

Tapi sejak mengandungkan anak yang ketiga Mimi dah tahu teknik minum air gula yang berkesan supaya tidak loyan dan muntah. Nak tahu apa tekniknya. Jom baca 5 teknik minum air gula yang berkesan!

1) Pilih air gula yang berperisa

Setahu Mimi kebanyakan Klinik Kesihatan menyediakan air gula yang original tiada berperisa. Tak silap area Klinik Kesihatan Putrajaya ada air gula berperisa. Jealous tau bila dengar kawan cerita masa minum air gula dia dapat perisa oren. Dia siap cakap minum macam air kordial. Rasanya nak tak nak kitabtak ada pilihan nak minum air gula berperisa.

2) Minum air gula waktu ia masih suam

Masa nak minum air gula pastikan air gula masa tu suam suam kuku. Tak terlalu sejuk tak terlalu panas. Yang sedang sedang saja. Kalau terlalu sejuk akan menyebabkan loya. Kalau terlalu panas melecur pula bibir dan tekak nanti. 

3) Bila minum air gula jangan berhenti

Hah perlu diingatkan masa mula mula nak minum baca Bismillah dulu bagi yang beragama Islam. Kemudian, tarik nafas dan tutup hidung dengan picit menggunakan jari telunjuk dan ibu jari kiri. Dah picit hidung terus minum sekali teguk tanpa berhenti in syaa Allah takkan terasa kemanisan air gula tu. Memang menjadi. Akan rasa loya dan bulu meremang tapi takkan rasa nak muntah. 

4) Bila minum jangan menghayati

Korang kena kosongkan minda korang. Jangan setkan dalam otak yang korang sedang minum air gula. Kosongkan minda tu. Jangan terlalu hayati sangat "kenikmatan" air gula tu. 

5) Lepas minum duduk sekejap, jangan berjalan untuk elakkan pening

Lepas habis minum, duduk sekejap untuk tenangkan diri dan untuk mengelakkan korang daripada pening. Kalau rasa nak tidur, pergilah tidur dalam kereta sementara tunggu dua jam lagi untuk ambil darah. Macam Mimi duduk saja di bangku dalam klinik, tidur sekejap dalam keadaan duduk. 

Selepas Mimi praktikkan kelima lima teknik minumnair gulanyangbberkesan ni memang langsung tak ada rasa nak muntah ke apa. Syukur sangat sebab semua berjalan dengan lancar. Buat korang yang akan minum air gula nanti, jangan lupa praktikkan teknik minum air gula ni tau. Mudah mudahan urusan korang dipermudahkan. 

21 comments:

  1. Wow, this is really interesting reading. I am glad I found this and got to read it. Great job on this content. I like it. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do, your source for the web's best reviews and travel ...

    ReplyDelete
  2. Betul betul betul. Tp selama ni nora xpernah rasa loya ke atau nk muntah mse minum. Cuma lps mnum tu mmg ade weng sikit kepala. Pengalaman baru² ni nora lupa kne mnum air gula dan puasa.bantai sron sesesap.hamekkk 2 kali kne mnum air gula dlm mse 1 hr. Hahhahaahahahh

    ReplyDelete
  3. Interesting & this is my first time hearing this. Sure hope this helps with anyone wanting to try it out!

    ReplyDelete
  4. Alamak..xde pengalaman lagi. Heheh.. Tapi teringin nak tau apa rasa air gula ni sebenarnya ekk

    ReplyDelete
  5. Wah. Terima kasih kak kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami. Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kami. hehe

    ReplyDelete
  6. teknik yang berguna untuk masa hadapan. sekarang belom lagi hehe

    ReplyDelete
  7. oh ada cara eh minum air bergula..BBL kalu minum air manis ni memang akan ganti minum air kosong banyak. kalu tak tekak rasa tak selesa. air kosong jugak sedap

    ReplyDelete
  8. Tu la sekarang baru tau ibu mengandung kena minum air gula. Dulu2 tak perlu pun. Kenapa skg ek? Nasib baik la tak mengandung dah haha...

    ReplyDelete
  9. Nad anak kedua baru merasa minum air gula.. Nad dpt yang oren.. Rasanya manis juga.. Tapi sebb kita puasa, minum pulak tu, mmg rasa nak muntah juga..

    ReplyDelete
  10. Bab mijum air gula ni la yang paling seram. Tapi alhamdulillah liez jenis semua bedal je.. boleh je telan air gula time preggy.. tp ramai je yangbtak boleh telan

    ReplyDelete
  11. Alamak cakap pasal air gula loya teruih. Kalau pregnant lg ntahla. Tapi setakat ni alhamdulillah berjaya minum sampai habih

    ReplyDelete
  12. Tips yang sahih. Memang berkesan . Dah lama ku tinggalkan kenangan minum air gula ni.

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang sangat bermanfaat dan membantu para ibu ibu / bakal ibu yang sedang mengandung.
    Ramai rasanya yg pernah mengandung yg kena minum air gula ni

    ReplyDelete
  14. Interesting, I didn't know there are tips and cheat to this, I didn't enjoy this test but hopefully those who read this can feel better using this method.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas pekongsian..bagus tips tu

    ReplyDelete
  16. Nasib dh tutup kilang, seram bab minum air gula huhu

    ReplyDelete
  17. Semua di atas mek stuju. Minum one shot je dan perlu berperisa. Lpas tu layanlah movie ke, buku ke. Untuk hilangkan rasa kat tekak tu.

    ReplyDelete
  18. hehe nasib baik x pernah kene minum air gula.. dgr kengkwn cite semua dok muntah balik..

    ReplyDelete
  19. Untuk ibu2 hamil yang kena minum air gula tu bolehlah follow tips ni. Ramai yg tak suka minum kan so tips ni bagus utk diikuti.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.