Friday, May 24, 2019

KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADAN DENGAN DETTOL!

KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN DENGAN DETTOL! | Hai semua! Salam Ramdhan. Beberapa sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal pula akan menjelma. Rasa sedih pulak kan.

Tak kira Ramadhan atau Syawal kita semua sibuk dengan rutin harian dan juga persiapan nak sambut Syawal. Bila dah sibuk ni faham fahamlah kita akan lakukan kerja membersi dan menceriakan rumah. Penting sangat untuk kita jaga kebersihan persekitaran dan juga diri. Mimi sekeluarga memang menggunakan Dettol kerana Dettol merupakan produk yang dipercayai untuk melindungi keluarga Mimi dengan kuman berbahaya.



Sangat penting bagi kita semua menjaga kebersihan persekitaran dan diri serta keluarga. Macam Mimi ada tiga anak yang sedang membesar. Memang banyak cabaran nak ajar anak anak jaga kebersihan diri.

Inisiatif yang Mimi ambil untuk lindungi anak anak dari sebarang kekotoran dan kuman berbahaya ialah dengan memilih produk Dettol. Setiap kali sebelum makan dan selepas makan Mimi akan ingatkan anak anak basuh tangan. Dekat sink memang Mimi dah letak siap siap Dettol Handwash.


Kalau pergi ke mana mana Mimi akan standby Dettol Anti Bacterial Wet Wipes dalam handbag. Ada anak kecil memang kena standby wet wipes ya. Nanti ada saja yang dia makan dan main. Kita bukan nampak kuman yang ada kan. Jadi, memang tugas Mimi kena pastikan anak anak sentiasa bersih dan bebas kuman berbahaya.

KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN DENGAN DETTOL!

Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek. 


Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!


Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca 2 yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.

Dettol Team at Bazaar Jalan Kuching

Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan. 

Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan :-

  • Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;
  • Sanitiser Tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air;
  • Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.


Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan


Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk  3 kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!


Team Dettol at Bazaar TTDI


Team Dettol at Bazaar Bandar Tasik Permaisuri

Untuk info lanjut, sila layari :-

18 comments:

  1. akk pengguna setia dettol, bdk2 rumah ni pun suka dettol

    ReplyDelete
  2. Rawlins memang simpan sebotol sanitiser dalam kereta dan sentiasa bawa wet wipe Dettol ke mana jua sebab jenama Dettol memang dah pilihan keluarga Rawlins dari dulu lagi.

    ReplyDelete
  3. Produk Dettol ni memang kita selalu guna kat rumah kat bilik air dan juga kat dapur hehehe nak selamat dan lebih dilindungi....

    ReplyDelete
  4. LeYa dan keluarga pun memang pengguna produk Dettol. Waima kadang mengemas rumah pun, nak mengelap habuk pakai sabun cecair dettol

    ReplyDelete
  5. Dettol memang jenama yang diyakini. Syira pun suka guna dettol. Lebih lagi hand sanitizer dettol. Yakin dapat bersihkan kuman

    ReplyDelete
  6. sabun dettol nie memang wujud dekat rumah sy sejak saya kecil lagi. mmg parents selalu buat stok sabun dettol kat rumah dan pastikan kami adik ebradik basuh tangan selepas balik rumah

    ReplyDelete
  7. Sis pun memang pengguna dettol jugak, dah terbiasa dari dulu lagi sampai lah dah beranak pinak ni memang ada je dettol dalam rumah sis ni, yang pasti untuk mengemop lantai memang kena pakai cecair dettol

    ReplyDelete
  8. Dettol ni memang best untuk seisi keluarga. Saya pun selalu restock tisu basah tu untuk kegunaan masa travel. Travel ke mall. Travel balik kampung. Hahaha.

    ReplyDelete
  9. Best cuci tangan guna dettol ni..terasa yakin je bersih kan.. TB selalu gunakan dettol kalau nak cuci tangan.. sabun dia pun TB suka tapi kulit pulak sensitif sikit dengan sabun antiseptik ni

    ReplyDelete
  10. wah bagus dettol ni siap bgai di bazaar ramadhan lagi

    ReplyDelete
  11. semoga kita dilindungi selalu... bgs detol ni...

    ReplyDelete
  12. memang guna produk dettol dari dulu lagi, pencuci lantai pun guna dettol sebab yakin terlindung dari bakteria dan kuman jahat. Sanitizer kecil senang nak bawa pergi mana2. Tak risau dah tangan kotor.

    ReplyDelete
  13. Ana pakai dettol sejak kecik lagi. Antara produk yang dipercayai rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Dettol ni mmg bagus produk dia..antara jenama pilihan orang ramai kan

    ReplyDelete
  15. Dettol memang produk terbaik! Kami sekeluarga pengguna tegar produk dettol.

    ReplyDelete
  16. Dettol wajib ada kat setiap rumah. sebagai langkah menjaga kebersihan kan..

    ReplyDelete
  17. My family and I memang using this brand, the wet wipes is my travel essential.

    ReplyDelete
  18. Waaa kalau kita pergi bazar tu kan best ada jmpa dettol team. Bazar kita tak ada. Kita pun guna dettol kadang2 kalau dah geram sangat kulit gatal tak nak hilang tu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.