Monday, December 24, 2018

FLOWER CHIMP BEKERJASAMA DENGAN USAHAWAN BUNGA TEMPATAN

Usahasama Dalam Talian ke Luar Talian Meningkatkan Perusahaan Bunga


“Lafazkan dengan bunga!” Bayangkan seorang lelaki yang berjalan ke sebuah kedai bunga untuk membeli tiga jambak bunga untuk ibu, isteri dan setiausaha khas untuk sambutan berlainan. Dia meminta pandangan daripada penggubah bunga tersebut dan si penggubah bunga akan menerangkan jenis bunga yang dipilih dan maksud setiap jenis bunga tersebut apabila digubah.



Kemahiran menggubah bunga ibarat satu seni dan sama seperti bakat seni yang lain, ada yang dilahirkan dengan bakat semulajadi dan ada pula yang belajar menggubah bunga. Semakin digilap, semakin menyerlah bakat menggubah bunga, tetapi hakikatnya mengikut peredaran zaman, industri ini dianggap keinginan mewah yang tidak penting. Sekiranya diberi pilihan antara sejambak bunga setiap bulan atau menonton wayang setiap minggu, ramai yang akan memilih untuk menonton wayang. Siapa tahu nasib yang menimpa si penggubah bunga yang baharu sahaja berkongsi pengetahuannya kepada lelaki yang membeli bunga sebentar tadi.

Macam Mimi sendiri sangat kagum tau dengan orang yang mempunyai kemahiran mengubah bunga .Serius cakap Mimi tak pandai nak mengubah bunga jadi bouquet yang cantik .Tangan tak berseni langsung. Ya ,kemahiran mengubah bunga merupakan satu seni yang tidak semua orang miliki. Sama juga macam Mimi . Sebab tu Mimi kagum dan suka bila tengok gubahan bunga yang cantik cantik. Dalam hati siap puji kemahiran yang pengubah dia miliki.

Eh bercerita pasal gubahan bunga ni, korang mesti pernah dengar pasal Flower Chimp kan? Ala Flower Chimp yang me yediakan platform menjual pelbagai gubahan bunga secara online tu. Hah tahu kan? Sekarang ni Flower Chimp semakin berkembang pesat dan maju tau korang Dan pelbagai inisiatif yang dilakukan untuk memperkenalkan Flower Chimp kepada orang ramai. Salah satunya dengan bekerjasam dengan penggubah bunga tempatan untuk mengembangkan industri penggubahan bunga.



“Di Flower Chimp, kami mahu menyediakan platform perusahaan bunga mampan yang adil dan menguntungkan semua pihak terbabit. Daripada fasa golongan petani yang menyediakan bunga segar setiap hari hinggalah kepada penggubah bunga kami yang meluangkan masa untuk mereka gubahan yang cantik untuk semua orang. Pada masa yang sama, kami bekerjasama dengan banyak penggubah bunga tempatan dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura untuk memenuhi tempahan di luar kawasan,” kata Maximilian Lotz, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif.



Beliau dan rakan kongsinya/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa telah lama menceburkan diri dalam bidang e-dagang di Asia Tenggara sebelum memulakan perniagaan penghantaran bunga secara dalam talian. Mereka pernah menetap di Belanda yang terkenal di seluruh dunia sebagai pusat perkembangan industri bunga global dan mendapat pendedahan awal di situ. “Kami memutuskan untuk menggabungkan kemahiran kami - kami dalam bidang e-dagang dan pemasaran dalam talian; usahawan bunga dalam bidang menggubah bunga - untuk mengembangkan lagi industri ini. Kami mahu kedua-dua pihak untuk mendapat manfaat daripada usahasama dalam talian ke luar talian (Online-to-Offline, O2O) dan bukan melihat platform e-dagang sebagai pesaing kepada perniagaan sedia ada,” kata Lotz lagi. Buat masa ini, Flower Chimp menjalinkan usahasama dengan lebih daripada 100 usahawan bunga di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura dan menjangkakan lebih ramai usahawan akan menyertai mereka sejajar dengan perluasan rangkaian mereka di daerah lain di setiap negara.

Wah, hebat tak hebat korang Flower Chimp ni kan. Lebih dsripada 100 orang usahawan bunga menyertai Flower Chimp untuk memperluaskan lagi perniaagana gubahan dan penghantaran bunga. Mimi tak sangka tau industri gubahan bunga ni akan jadi luas macam ni dan mendaoat sambutan yang sangat menggalakkkan daripada usahawan bunga. Satu langkah yang bijak diambil oleh Flower Chimp untuk memgembangkan perniagaan mereka. Siapa kata jadi pengubah bunga tak boleh cari makan? Satu tanggalan yang salah tau sebab ramai yang cari gubahan bunga untuk dijadikan hadiah hari jadi, konvokesyen, ziarah orang dan sebagainya.



Berikutan pengumuman kemasukan pelaburan berjumlah RM6 juta (diterbitkan pada bulan Ogos 2018), usahawan bunga dalam talian terkemuka ini telah melihat perubahan positif dari aspek kesedaran penjenamaan dalam kalangan pelanggan terutama di Malaysia. “Dalam masa kurang daripada dua tahun, kami telah menyediakan satu rangkaian kukuh untuk penggubah bunga kami dan pembekal kami (usahawan bunga tempatan) untuk bekerjasama dan mengikut garis panduan yang disediakan untuk menunaikan janji kami menyediakan bunga segar berkualiti tinggi pada harga mampu milik,” kata Frassa.



Pelanggan Flower Chimp akan terus bersukacita menikmati bunga kegemaran mereka dengan insentif penghantaran PERCUMA ke seluruh negara dan penghantaran pada hari yang sama di keempat-empat negara. “Buat masa ini, kami berhasrat untuk mengukuhkan bahagian pasaran kami di Asia Tenggara, tetapi pada masa akan datang, kami mahu membina Flower Chimp sebagai satu jenama global yang memenuhi semua keperluan bunga anda, daripada hadiah sempena sesuatu sambutan seperti Hari Kekasih, Hari Ibu dan musim perayaan hinggalah ke penghantaran bunga segar sebagai hiasan atau hadiah kepada diri sendiri selepas bekerja seharian,” katanya lagi.

Bulan Januari depan bulan istimewa Mimi dan keluarga. Dah boleh start usha dari sekarang bouquet yang Mimi nak. Confirm pening dan rambang mata nak pilih bunga yang cantik dan sesuai... hahaha...Sebelum dah usha web Flower Chimp memang terbeliak biji mata tengok tau sebab semua bouquet bunga yang dijual cantik cantik sangat. Siap ada bear dan coklat lagi. Harga jangan ditanya sebab bagi Mimi harga yang ditawarkan seiring dengan kualiti dan kesegaran bouquet bunga yang dijual. Buat korang yang nak cari bunga untuk dihadiahkan kepada yang tersayang chewahhh, apa kata korang cuci mata dekat web Flower Chimp. Mimi highly recommended Flower Chimp ni kat korang.

Untuk sebarang tempahan dan pesanan korang boleh layari web dan laman sesawang seperti di bawah

Flower Chimp di Malaysia
Instagram: @flowerchimp

28 comments:

  1. Flower Chimp semakin berkembang. Lebih banyak peluang untuk mereka yg terlibat dengan perniagaan bunga lepas ni

    ReplyDelete
  2. Ada pilihanlah sekarang kan..

    ReplyDelete
  3. Takde ke yang nak bagi akak bunga ni....sedihnya..tak pernah pun dapat bunga tau...kalau la dapat 1 jambak tu ha...akan ku simpan sampai bila2 walaupun dah kering...hahaha...terbaik Flower Chimp...

    ReplyDelete
  4. Senang lepas ini nak hantar bunga buat surprise kan

    ReplyDelete
  5. Jambangan bunga dekat flower chimp ni sangat2 cantik..bunga2 dia pun segar.. Bestnya lah kan kalau dapat.. Harga pun zaza tgk okay..buat kejutan utk yg tersayang ni mau senyum lebar hehe..

    ReplyDelete
  6. Wow...bunga-bunga mereka betul-betul cantik terutama sekali bunga mawar merah jambu tersebut. :) Dengan adanya flower chimp maka lebih mudah untuk mengirim bunga kepada orang yang tersayang kan? :)

    ReplyDelete
  7. now we can order flowers online too, can surprise loved ones with the flowers. Many choices of flowers to choose from and nice for anniversary or birthday too. Got to view the website to see more flowers.

    ReplyDelete
  8. Rawlins suka perkhidmatan Flower Chimp yang pantas dan harganya berpatutan. Paling penting, gubahannya sangat cantik dan bunganya memang segar.

    ReplyDelete
  9. wow same day delivery with order before 1pm, that's great! especially those last minute only remember the important day like Valentines or bday or so on, can still use this hahaha

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  10. Bagusnya. Cx baru tahu pasal Flower Chimp ni lepas baca entry sis mimi. Kalau tak, memng tak tahu langsung . Tapi sekarang macam² idea para usahawan ada kan? Baguslah Flower Chimp ni berkembang pesat ke serata dunia waima perlahan². Tapi sedikit sebanyak, ianya mula dikenali ramai.

    ReplyDelete
  11. Bagusnya apa yang di usahakan oleh Flower Chimp. Memudahkan pelanggan, dan sekaligus memberi peluang pada usahawan bunga yang lain. Seronoknya kalau ada yang sudi bagi surprised bunga kat kita. . Oouuchhh...!!

    ReplyDelete
  12. mimi yg comel.. nak munge...

    ReplyDelete
  13. Flower Chimps never failed. Not only they are convenient for gifting, they are also good in flower arrangement. I love their design.

    ReplyDelete
  14. Harap2 tahun baru ni adalah bunga sampai depan pintu rumah..lama dah tak dapat..hehehe. Cantik juga ya gubahan bunga2 dr flower chimp ni..beruntung sape yang dapat

    ReplyDelete
  15. Lia suka beli bunga & dapat bunga. Hehhe Tapi takde kemahiran mengubah bunga. Boleh lah skit tapi tak lawa macam kedai buat. Bestnya flower chimp ada banyak pilihan. Next time nak try guna.

    ReplyDelete
  16. Dari tengah tahun hari tu ade baca pasal Flower Chimp ni. Makin berkembang maju nampaknya dieorang ni. Macam macam diaorang buat

    ReplyDelete
  17. cantik bunga dan siap boleh buat hantaran pada hari yg sama. Best jugak utk acara yg urgent ke atau last minute, kadang2 x sempat nak uruskan semua hal2 kan. Terima kasih atas info yg amat berguna ni.

    ReplyDelete
  18. Dah pernah skali dulu guna perkhidmatan Flowerchimp ni. Memang bagus dan harga berpatutan. Hantar depan rumah kot. Bunga fresh taw. Rasanya nk tempah lagi untuk someone next year.hehehe

    ReplyDelete
  19. suka tengok gubahan dari flowerchimp ni semua cantik. tak ada siapa ke nak hantarkan satu dua bouquet dekat airah tsktk

    ReplyDelete
  20. iday prefer bunga dari tengok wayang sebenarnya hehehe maybe sebab rasa dihargai kalau dapat bunga2 ni especially dari someone special hehehe

    Sebelum ini ingatkan flower chimp satu company yang hanya amik gubahan bunga dari company diorang, rupanya diorang ada bekerjasama dengan pengubah bunga tempatan. bagus la, bagi diorang peluang untuk kembangkan bisnes diorang. Harap apa yang dirancang oleh diorang berjalan lancar hehe

    ReplyDelete
  21. Bungaaaaa..
    Siapa tak suka kan. Nak nak orang perempuan ni kalau la diberikan sejambak bunga, hati tu pun kembang habis. Hehe
    Sekarang dah mudah dah kan. Kalau nak beli sbgai hdiah atau hdiahkan diri sndiri.
    Pilihlah flower chimp..

    ReplyDelete
  22. Tak ada yg sudi ke nak hantarkan flower cantik tu dekat rabia ..heheh sempena birthday yg dh lepas dh tu.

    ReplyDelete
  23. Kak mmg suka gubah bingo,dulu mmg selalu gubah bunga bila org tempah,baguslah flower chimp dpt membantu usahawan

    ReplyDelete
  24. Pompuan dengan bunga memang tak leh dipisahkan
    FFeberet kot
    I suka bungaaa
    Nanti nak bagi hint dekat cik suami suruh beli bunga utk kita la hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.