Wednesday, February 21, 2018

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 



“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank. 

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:



1) Mobil dan Gajet - Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa dan Bateri 

2) Kesihatan dan Kecantikan - Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek

3) Permainan, Kanak-kanak dan Bayi - Fesyen Kanak-kanak; Permainan dan Pendidikan; Perkakas untuk Makan dan Penyusuan 

4) Pakaian Wanita - Baju; Pakaian Dalam dan Pakaian Tidur; Gaun 

5) Perabot dan Perhiasan Rumah - Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur



Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil dan Gajet; Kesihatan dan Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak dan Bayi; Perabot dan Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit dan Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.




Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

46 comments:

  1. Aduhhh Ros tak bolehlah buka shopee.. ade je benda nak dibeli.. tadi terbeli mop.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm tersampuk kalau buka shopee..relax..akak dh terbabas dh...ntah apa nak jadi dh ni

      Delete
  2. Akhirnya tershopping td. Hahaha.. Tp pilihan utama kita mmg shopee dh skrg .. Xpndg lain..

    ReplyDelete
  3. shopee ni bahaya betul, lagi2 bila tengah banyak duit baru lepas gaji. asyik nak membeli aje hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kena sampuk kan..akak dh kena sampuk dh..3 hari berturut2 ni

      Delete
  4. Jangan shopping lagi Kak! Hahaha...ade je promo si Shopee ni...hbs duit kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak leh la x shopping sally..memang tersampuk habis..puas kawal..x jalan gak

      Delete
  5. Alahai mimi.. akhirnya akak pun terjebak.. Barang pertama baru sampai harini haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome to the club..nak salahkan sapa ni kan..sapa yg ajar kita kan..

      Delete
  6. Tak sabarnya nak dapat gaji. Nak shopping kat shoppee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huwaaaaa....dh jahanam dh gaji ni....tolong Cik T..sedarkan SA

      Delete
  7. Adoiiii..sales lg. Suka goda tau hihi..mcm tetau shopping cart ada berduyun2 list hihi

    ReplyDelete
  8. Ni semua salah mimi..hahahaha...habislah akak dah terjebak sama ni..tak pernah- pernah buat kerja online shopping teruk giler macam ni..

    ReplyDelete
  9. Nak kena intai shopee gak ni ramai kata shopee okjer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak takut kena sampuk sila intai cepat..

      Delete
  10. Tak sabar nak shopping. 😍😍😍😍
    Tiba-tiba membuak pulak perasaan nk shopping

    ReplyDelete
  11. Ok kena save the date. Banyak wishlist ada dalam senarai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dh add to cart..delete balik..cari lagi best..hahaha

      Delete
  12. Mimi sayang tolong rojer Bonde date promosi hari gaji tu takut lupa... nak menang HP samsung tu jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai bonde..tak takut ke tergoda teruk nanti?

      Delete
  13. Wah, shopping pulak lah ni dekat shopee.

    ReplyDelete
  14. Wah shopping lagi lah ni. Byk wishlist tak tertunai lagi ni, hihi.

    ReplyDelete
  15. shopeee..oemgeee..smlm dh masuk kat sini..hah!kan dah tersangkut..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA puas tahan nafsu tgok semua barangan tu..tak bleh tahan..terbabas gak

      Delete
  16. Terjebak lagi lah jawabnya Kak Sue nanti nie Mimie..

    ReplyDelete
  17. Marsha pun tunggu sale hari gaji nanti. Brg dah masuk basket dah. Tunggu nak checkout je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakkaa sorang lagi bakal terjebak nampaknya ni

      Delete
  18. TB tak sabar nak tunggu tarikh 26-28 tu sebab macam nak shopping something je kat shoppee.. heee. hope boleh bersabar .. kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tunggu lama-lama TB kang barang akak sambar habis..

      Delete
  19. dah terjebak dah..dapat dah handbeg..hihihi

    ReplyDelete
  20. Aduhhh, goodaaannnn! Mesti ramai dah terjebak ni. 18% cashback tuuu..😍

    ReplyDelete
  21. Tahniah shopee. Tengah survey barang sebab dapat voucher ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA dh redeem 3 voucher...mmg bahaya la shopee ni

      Delete
  22. Fuhhj hujan shopee.. Nampak gayanya seteoi yana akan terjebak nie

    ReplyDelete
  23. Bestnya kalau cmni nak shooping dekat Shopee lah!

    ReplyDelete
  24. oiii shopee lagi.. gila la hasut orang je.. takmau singgah la.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak mengucap..bawak bertendang..hahhahaha

      Delete
    2. Bawak mengucap..bawak bertendang..hahhahaha

      Delete
  25. habis dah gaji shopping dekat shoppee haritu. haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.