Apa Yang Best di Texas Chicken

Apa Yang Best di Texas Chicken | Semalam dari Kuala Lumpur nak balik rumah, suami lalu ikut Nilai. Sebab dekat Highway Utara-Selatan jammed ada accident. Nak elak jammed suami ikut lah Nilai. Bila lalu Nilai, Mimi ternampak Texas Chicken. Ajak suami makan kat situ. Sebab adik Mimi pernah bagitahu Texas Chicken sedap. So, Mimi nak try juga apa yang best di Texas Chicken kan macam yang adik Mimi ceritakan.



APA YANG BEST DI TEXAS CHICKEN




Korang percaya tak Mimi, suami dan anak anak baru first time makan di Texas Chicken. Selalunya restoren fast food yang popular tu jadi pilihan kitorang. Tapi kali ni memang Mimi nak makan Texas Chicken. First masuk restoram Texas Chicken Nilai, kitorang disambut dengan layanan mesra staf di kaunter. Dengan senyuman manis diorang tak lekang sambil ambil order. Suami order 3 pieces Tenders Combo Regular - Spicy. Ada coke saiz regular, fries regular dan honey mustard. Untuk Aina, Auni dan Adhwa, Mimi orderkan 2 Chocolate Sundae dan Chilli Lime Big Combo A - 2 pieces Regular. Ada coke saiz regular dan Chilli Lime Fries saiz regular. Untuk diri sendiri, Mimi order Mexicana Wrap Combo Regular dan Jalapeno Bombers. Ada coke regular dan fries regular.




Apa yang best Mexicana Wrap Combo Regular dan Jalapeno Bombers di Texas Chicken ni. First, Mimi try Jalapeno Bombers. First bite, Jalapeno Bombers ni lembut, sedap, creamy dan pedas. Makan panas panas plus pedas. Perghh meletop. Sesuai lah dengan namanya Jalapeno Bombers kan. Jalapeno Bombers ni Mimi ambil yang 6 ketul RM6.00. Dah try Jalapeno Bombers, Mimi try makan Mexicana Wrap Combo Regular pula. First impression, wrap ni memang besar. Isi dalamnya penuh. Tunjuk dekat suami dia siap cakap sedap tu. Siap tanya ada mayonis dan cheese tak. Of course lah ada kan. Suami tanya sebab dia alergik mayonis dan cheese. Kalau makan confirm toilet jadi rumah no.2 dia. 




Okey sambung pasal Mexicana Wrap semula. Bila makan tu puas hati sangat wei. Isi dalamnya banyak dan padat. Macam gambar dekat bawah ni dah makan separuh baru teringat nak snap gambar. Sebab tu ada ruang kosong sebab ada isi yang Mimi dah tibai. Puas sangat sangat bila makan tapi itu pun tak habis sebab tak mampu nak habiskan. Saiz regular tapi puas hati sangat. Memang kenyang. Kalau compare kan wrap yang dijual di restoran fast food yang satu tu, bagi Mimi Texas Chicken memang win dari segi rasa, presentation dan packaging. Serius!Harga? Memang murah. Sangat berbaloi dengan rasa. Gerenti puas hati.



APA YANG BEST DI TEXAS CHICKEN


Suami cakap Tenders yang dia order pun sedap, besar dan kenyang. Dia puas hati lah. Mimi sempat juga try Sundae anak anak. So far, rasanya okey dan sedap. Janji anak anak makan sampai habis. Part Chilli Lime Combo tu, ayamnya rasa okey cuma rasa hot and spicy tu kureng sikitlah. Taklah teruk sangat rasanya. Still okey, sedap but tak kena pada tekak suami. Dia cakap prefer ayam hot and spicy yang lain tu. Cuma Mimi cakap maybe rasanya lain sebab ada chilli lime kan. Tapi Mimi tengok anak anak rileks saja makan. Siap cakap sedaplah Ummi. So, Mimi assume that pada tekak suami dia kureng lah. Tapi bab tenders tu banyak kali cakap sedap. So, okey kan. Si kecil Adhwa Mimi bagi dia fries yang tak pedas. Fries Chilli Lime tu pedas kan takkan nak bagi Adhwa pula.




Part air pula, meja kitorang duduk betul betul di sebelah mesin air. Apa yang best dan Mimi puji Texas Chicken ni, mereka memgamalkan konsep free refills. So, korang ambillah air apa korang nak. Dah habis minum, refill dan refill sampai perut korang kembung dek penangan air. Suami Mimi jangan cakaplah, berapa kali dia refills air. So, memang kira murahlah kan. Walaupun harga air dikira sekali dalam set combo tapi boleh refill banyak kali. Itu yang best! 




Dan paling best, dengan order macam ni Mimi bajet total makan semua cecah RM70.00 plus plus. Tapi jangkaan Mimi tersilap. Sebab total makan semua RM55.55. Murah dari apa yang Mimi bajet. Masa cashier beritahu total kena bayar tu, Mimi agak terkejut dan tanya banyak kali betul ke kira tu? Cashier tu ulang kali cakap betul. Hahahaha...Nampak tak pengalaman pertama kali makan di Texas Chicken? Sampai tak percaya harga murah macam tu. Time tu, bukan Mimi sekeluarga saja first time makan, ada juga family lain yang sama macam kitorang. Sebab dengar dia tanya suami air ambil kat mana sebab baru first time makan Texas Chicken gak. Nampak cara macam rusa masuk kampung tapi sebenarnya itulah pengalaman buat kitorang sekeluarga. Tak cuba tak tahu. Dah cuba lepas ni tuju ke Texas Chicken sajalah kan.


Texas Chicken dah banyak outlet di semenanjung Malaysia. Tapi Mimi nak share outlet Texas Chicken yang ada di sekitar Negeri Sembilan.


Texas Chicken Seremban Gateway


No. 13-G, Gerbang Seremban, Off Jalan Sungai Ujong, Seremban, 70200 Negeri Sembilan

Texas Chicken Tesco Lukut

Lot 05, Tesco Shopping Mall, No.35, Jalan Prima 1, Lukut Prima, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Texas Chicken Nilai

Lot 1 & 2, Jalan BBN 1/3L, Off Jalan Persiaran Pusat Bandar, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

So, untuk Texas Chicken ni Mimi bagi 5 bintang/5 bintang. Sedap, murah dan servis terbaik! Memang lepas ni akan pergi Texas Chicken lagi dan lagi!


Post a Comment

8 Comments

  1. Selamat tengahari & salam aidil adha

    wah makan texas ya mimi

    pastikan pergi sana tengah haus

    kalau tidak rugi

    sebab setnya agak mahal dan air boleh topup sendiri

    Bahagian air tu berbaloi sangat

    ReplyDelete
  2. Mmg sedap dan berbaloi.. kami pun pernah makan sekali. Cuma sayang, Texas Chicken ni tiada berdekatan kawasan rumah. Sekali tu pun makan di area Banting :)

    ReplyDelete
  3. Pendek kata....semua sedap kat situ cuma harga agak pricey skit kan...texas chicken x pernah mengecewakan...cuma srsekali la akak layan makan kat sini...

    ReplyDelete
  4. Sarawak belum ada la pulak...

    kalau ada bagus juga cuba

    ReplyDelete
  5. dah cuba beberapa kali, belum menjadi kegemaran lagi

    ReplyDelete
  6. Pendapat saya pula rasa ayam Texas Chicken sedikit tawar.. Overall sedap dan boleh layan..

    Outlet TC selalu LZ pergi di Seremban Gateway.. 😊

    ReplyDelete
  7. Kat alor setar oun dah ada..ni nak kena pi cuba jugak texas chicken ni..tak pi pi lagi pun..nampak macam sedap..😊

    ReplyDelete
  8. wahhhh sedapnya ayam tu..rabia tak pernah lagi makan dekat sini..kuala terengganu ada ke texas chicken ni???

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com