Kanta Lekap Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond Daily Pilihan Tepat Untuk Fashionista

Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond Daily Kanta Lekap Pilihan Tepat Untuk Fashionista | Siapa geng dengan Mimi pakai cemin mata, angkat tangan. Korang yang rabun dan rasa rimas bercermin mata mai sini rapat rapat. Nak cerita dengn korang mengenai kanta lekap yang best di abad ini. Penggunaan cermin mata yang kerap adakalanya mengundang rasa rimas. Nak nak bila ada anak kecil lagi lah rasa insecure sebab anak suka main cermin mata. Bila kita memakai kanta lekap pastinya penampilan kita berubah 100%. Jadi, Mimi nak share dengan korang mengenai Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond Daily kanta lekap memberikan kesegaran wajah setiap hari. 


Dalam era pantas sosial media, mempunyai gambar yang cantik adalah sangat penting. Pastinya sebelum upload gambar ke media sosial, kita akan melakukan editing sebelum upload agar gambar kita kelihatan cantik dan segar. Siapa yang sanggup upload gambar yang buruk kan?Oleh itu, pentingnya memiliki wajah yang segar setiap masa yang boleh membuatkan orang sekeliling iri hati.



Dengan kanta lekap kosmetik berwarna Lacelle dari Bausch + Lomb, pastinya kita akan memiliki wajah yang berbeza setiap hari dalam seminggu. Menggabungkan rekod keselamatan yang di iktiraf di peringkat global dan berinovasi canggih, Bausch + Lomb siri Lacelle Diamond Daily dan Lacelle Jewel adalah pilihan yang sangat tepat untuk memakai kanta lekap bagi fashionista.



Packaging Lacelle Diamond Daily
Packaging Lacelle Jewel

Mimi sendiri dah try pakai Lacelle Jewel untuk pemakaian bulanan berwarna Sapphire Bue dan Lacelle Diamond Daily pemakaian harian berwarna Pink Rose.






Gambar semalam Mimi pakai Lacelle Jewel Sapphire Blue.

Fokus mata untuk lebih jelas.

Apa yang Mimi suka kanta lekap Lacelle Jewel ni warnanya tidak terlalu menonjol dan yang paling best mata kelihatan cantik dan kelhatan segar sepanjang masa. Langsung tidak rasa seperti pakai kanta lekap tau.

Bausch + Lomb Lacelle Jewel merupakan kanta lekap berwarna pakai buang bulanan yang mempunyai corak permata unik. Reka bentuk kanta lekap ini sangat nipis dengan ketebalan 0.078mm dan kandungan air 38% dapat memberi keselesaan kepada si pemakai. Sementara itu, bahan polymacon dapat mengurangkan penyerapan protein untuk kebersihan dan memudahkan kita untuk memakai kanta lekap. Lacelle Jewel boleh didapati dalam tujuh warna iaitu Melanite Black, Topas Brown, Crystal Grey, Amber Brown, Amethyst Violet, Sapphire Blue dan Peridot Green.



Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily pula mempersonakan mata dengan kilauan seperti berlian dan menyediakan kemudahan serta kebersihan dengan memakai kanta lekap pakai buang harian ini. Ukuran diameter iris 14.2mm ini membuatkan si pemakai kelihatan seperti mempunyai mata yang cantik tanpa menggunakan mekap. Lacelle Daimond Daily mempunyai tiga warna iaitu Aqua Glacier, Champagne Brown dan Pink Rose.







Pakai Lacelle Diamond Daily Pink Rose untuk harian pula


Sedikit info mengenai Bausch + Lomb :


Bausch + Lomb ialah syarikat Pharmaceuticals International, Inc. merupakan sebuah organisasi global kesihatan mata terkemuka yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam melindungi, meningkatkan dan mengembalikan penglihatan mata para pengguna. Perniagaan teras mereka termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta lekap, peranti pembedahan oftalmik dan instrumen. Syarikat ini juga membangun, mengeluar dan memasarkan salah satu portfolio produk yang paling komprehensif dalam industri dengan produk yang terdapat di dalam lebih daripada 100 buah negara.



Siri Bausch + Lomb Lacelle Jewel dijual dengan harga RM68 sekotak untuk dua keping.

Siri Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily dijual dengan RM42 sekotak untuk 10 keping dan RM110 sekotak untuk 30 keping.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Bausch + Lomb (M) Sdn. Bhd.
Vivian Hoong, Brand Manager (Vision Care)
Email : Vivian.Hoong@bausch.com
Tel : 03-7680 8830

Post a Comment

1 Comments

  1. Eh awk dpt yg kaler pink cantik la.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com