Monday, January 21, 2013

7 cara kempiskan perut


1. Minum banyak air masak - Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebuh efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan - Ketika makan, kita tidak digalakkan makan secara cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus akan membentuk gas yang menggalakan perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga hancur juga tidak dapat dicerna dengan sempurna seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan - Terlalu banyak garam ketika proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan proses mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas gas yang terbentuk.

4. Makan makanan penuh serat - serat adalah elemen terpenting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan makan sayur sayuran hijau dan buah buahan seperti epal dan pear dapat membantu.

5. Kesan pengambilan ubat - Ada kajian mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat ubatan menjadi salah satu perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap diambil akan menyebabkan timbul penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit - Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dlam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Kesan daripada penyakit ini, perut akan mengumpul gas gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan, serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau sukan - Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan, selain bagus untuk pembakaran dan memecahkan lemak. Bersukan akan membantu mengaktifkan cairan berlebihan dalam perut kemudian dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Seterusnya mengekalkan bentuk tubuh badan seseorang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Nota kaki* Untuk peringatan diri sendiri jugak. Thanks kawan kawan yang tanya kesihatan saya. Saya masih tak sihat. Batuk, selsema dan demam. Doakan saya cepat sembuh ye...

26 comments:

  1. itulah masalah yg kite tgh hadap skang nie..ehhh, kantoi plak..hehehehe

    ReplyDelete
  2. nombor tujuh tu jarang-jarang nak buat...hehehe

    ReplyDelete
  3. Selalu mkn cepat lebih2 bila anak kecik meragam...huhu...camna nak kempis perut

    ReplyDelete
  4. amboi besar betul gambar tu dear... saya pun masih batuk lagi...anyway, get well soon... take care kay...

    ReplyDelete
  5. Tq sharing ya.. Semoga cepat sembuh ya... ubt jgn lupa mkn tau :D

    ReplyDelete
  6. oh perut..knpe e nk buncitkn.hihi..

    ReplyDelete
  7. bila perut buncit, orang akan brtanya, mengandung ke? itu soalan maut...heeee

    ReplyDelete
  8. Perut saya memang dah kempis ☺☺

    Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  9. ahhaha suke tips nie ..
    kena sgt2 ngan wanita2 yg ter"buncit" ekek ;)

    ps : puas tunggu iklan .. awat x kuar erkk mimie huhuh

    ReplyDelete
  10. hehehe..bab nk minum air byk tu yg kdg2 x terminum..

    ReplyDelete
  11. no.1 buat tapi x kempis pun ..haha

    ReplyDelete
  12. alahai..mungkin kah perut cheqkaq akan menjadi sebesar ini nanti?huhu

    ReplyDelete
  13. kakak saya rajin makan teh hijau.. lawas sangat katanya..skang tengok da makin slim dia..hihi..

    ReplyDelete
  14. tips yang sangat berguna. kena bagitau encik suami ni. hehehe.

    ReplyDelete
  15. moga cepat sembuh yea
    byk tips berguna ni. kena amalkan supaya perut tak buncit..hehe

    ReplyDelete
  16. selalu makan cepat2 sebab kena layan anak-anak yang bermacam ragam

    ReplyDelete
  17. n8ce sharing kak..alhmadulilah perut dq stil maintain..hehee

    ReplyDelete
  18. Ai fwd info ni kat hb. Ha ha ha..

    ReplyDelete
  19. Nak kempiskan macam susah je. Tapi kalau kita displin, Insyaallah berjaya :-)

    ReplyDelete
  20. apesal no 7 tu culas sgt ye nk buat...huhuhuhu

    ReplyDelete
  21. patut la tak kempis2 perutnya...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.