BEAUTEA BY SAFI PRODUK BARU SAFI MELINDUNGI KULIT AGAR SIHAT DAN BERSIH SENTIASA

Beautea By Safi Produk Baru Safi Melindungi Kulit Agar Sihat Dan Bersih Sentiasa | Hai semua! Sebelum ni, kalau korang perasan Mimi banyak share dengan korang mengenai produk Safi. Safi sekarang ni banyak sangat produknya kan? Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Untuk dalaman pun ada tau. Hah Nampak tak? Safi semakin mengorak langkah maju dan semakin maju. Bangga tau jadi salah seorang pengguna Safi sejak dulu lagi. Sekarang ni Safi ada produk baru iaitu Beautea by Safi. Ish bila dapat tahu pasal cleanser Beautea by Safi ni terujalah Mimi nak cuba. Kebetulan pula skrub muka dah habis apa lagi terus grab Beautea by Safi dekat Watsons. Lambat nanti takut stok habis pula kan.



Beautea By Safi Produk Baru Safi Melindungi Kulit Agar Sihat Dan Bersih Sentiasa

Sebab apa tau Mimi teruja nak try Beautea by Safi ni? Sebab rangkaian Beautea by Safi ni mengandungi 100% ekstrak the premium yang menyegarkan serta gabungan dari bahan bahan semulajadi yang dapat melawan atau melindungi  kulit wajah kita daripada kesan pencemaran, tekanan dan juga kesan daripada pemakaian kosmetik.



Beautea by Safi ni ada 4 rangkaian produk yang best tau korang iaitu :

1) White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser – untuk kulit kering

2) Black Tea & Black Orchid Detoxfying Cleanser – untuk kulit sensitif

3) Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser – untuk kulit normal hingga berminyak

4) Apricot Tea Revitalising Face Scrub

Disebabkan sekarang ni Mimi mengalami kulit muka yang kering so, Mimi try White Tea & Damask Rose dan juga Apricot Tea Revitalising Face Scrub. Beautea by Safi ni bagus dan tak perlu ragu or was was nak guna sebab ia bebas dari alcohol, bebas paraben, bebas SLS/SLES dan juga bebas silikon.

White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser – untuk kulit kering (RM23.30)




Gel pembersih yang lembut dan bebas sabun ini membersihkan liang pori yang tersumbat dan membersihkan kotoran di wajah. Ia dirumus khas dengan gabungan Teh Putih dan Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit menghidrat dan mengecilkan saiz liang roma. Gel Cleanser ini sesuai buat korang yang mempunyai kulit normal dan juga mempunyai masalah kulit kering.

Black Tea & Black Orchid Detoxfying Cleanser – untuk kulit sensitive (RM23.30)




Pembersih Krim Asid Amino  yang lembut dapat mebersihkab dan menghapuskan kekotoran di wajah. Ianya dirumus khas dengan campuran Teh Hitam dan Black Orchid yang dapat membantu detoks kulit agar kulit kelihatan lebih sihat dan melindungi kulit daripada kesan penuaan kulit pramatang. Pembersih Krim Detoks ini sesuai digunakan untuk korang yang mempunyai masalah kulit sensitive.

Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser – untuk kulit normal hingga berminyak (RM23.30)




Gel pembersih yang lembut dan dapat membersihkan kotoran dan minyak berlebihan di wajah. Ia dirumus khas dengan gabungan Teh Hijau dan Ekstarak Neem yang dapat melindungi kulit daripada persekitaran dan pertumbuhan jerawat sambil mengawal sebum serta mengurangkan masalah aprut di wajah. Sesuai buat korang yang menghadapi masalah kulit berminyak dan juga kulit normal.

Apricot Tea Revitalising Face Scrub (RM23.30)



Buat korang yang megalami masalah liang pori tersumbat, memang wajib ada skrub Apricot Tea ni. Sebab ia merupakan skrub yang mampu membersih liang pori dan menyingkirkan sel kulit mati melalui pengelupasan tanpa mengeringkan kulit. Ia dirumus dengan gabungan Ekstrak Aprikot dan Teh Putih yang kaya antioksidan di mana ia dapat membantu memulihkan tekstur kulit supaya lebih cerah dan berseri. Sesuai digabungkan dengan mana mana rangkaian Beautea by Safi yang lain dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Pendapat Mimi mengenai White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser dan Apricot Tea Revitalising Face Scrub 



Selepas menggunakan kedua dua cleanser ni. Selepas guna memang kulit muka rasa lembut dan lembap sahaja. Kulit dah kurang kering dan memang nampaklah perubahannya. Faham faham sajalah kan, bila berbadan dua ni kan. Kulit muka jadi keringlah, pedihlah. Bila pakai Alhamdulillah kurang rasa pedih pada muka. Skrub apricot ni pun best tau korang! Lepas guna kulit muka rasa lagi bertambah lembut. Yelah habis semua kekotoran dibuang keluar. Tapi perlu diingatkan bila pakai skrub ni, kena gosok dan sapu lembut sahaja pada muka korang. Sebab biji yang ada dalam skrub ni agak kasar. So, kalau korang gosok kuat sangat takut luka pulak kulit muka korang. Cukup sekadar gosok lembut dan guna hanya dua hingga tiga kali seminggu sahaja.



Kesemua rangkaian Beautea by Safi ni korang boleh dapatkan di mana mana farmasi berdekatan, Watsons atau korang boleh sahaja beli secara online di Watsons. Korang boleh dapatkan maklumat lanjut dengan layari :

Post a Comment

1 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com