RESIPI UDANG MASAK LEMAK CILI PADI BUKAN VERSI PURE NOGOYI| Hai semua! Apa menu berbuka hari ni? Hari ni berbuka puasa Mimi masak dua menu request by encik suami iaitu Udang Masak Lemak Cili Padi daj Sayur Kailan Ikan Masin.
Tapi kali ni Mimi nak share dengan semua RESIPI UDANG MASAK LEMAK CILI PADI BUKAN VERSI PURE NOGOYI hah gitu !Bukan main panjang nama resipi kan?
Sebab apa Mimi cakap resipi ni bukan pure nogoyi? Hah kalau yang masak lemak cili padi pure orang Nogoyi atau Nismilan atau Negeri Sembilan, bahan bahan untuk masak lemak sangat ringkas tau. Tak guna bawang langsung!
Tapi masak lemak cili padi yang Mimi masak ni versi derhaka sikit sebab orang Nismilan dah campur orang Melaka hah jadilah resipi ni. Ni resipi versi mak mertua Mimi pun ye.
Hah jom tengok resipi masak lemak bukan versi pure nogoyi ni.
BAHAN BAHAN
Udang
1/2 biji bawang besar2
2 ulas bawang putih
1 inci halia
9 biji cili padi
1 sdt kecil serbuk kunyit
1 sdt kecil garam kasar
1 biji kentang sederhana besar
Santan
Sebatang serai
Cara nak masak
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kunyit, cili padi dan garam sehingga lumat.
2. Masukkan sedikit santan cair (Mimi guna santan KARA)
3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi, serai dan kentang yang dibelah 12. (Cara nak potong ikut pada selera masing masing ya)
4. Biarkan sehingga kentang sedikit empuk. Kemudian masukkan santan pekat. Kacau kuah sehingga sebati dan biarkan seketika sampai kentang betul betul empuk. Pastikan sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.
5. Bila kentang dah empuk masukkan udang. Udang masuk akhir sekali sebab isinya senang masak. Sekejap saja dah masak. Kan?
6. Bila udang dah bertukar warna dan kuah dah gelega. Tutup api. Siap!!
Jadi, ni lah menu berbuka yang Mimi masak untuk hari ni. Jangan ada yang argue masak lemak cili padi mana ada letak bawang. Ye, dak Mimi tahu masak lemak cili padi tak guna bawang langsung tapi macam Mimi cakap dah nama pun resipi ni versi derhaka kan! So, faham faham sajalah.
Korang yang nak cuba resipi ni untuk makan masa sahur atau berbuka nanti silakan! Okayla , nak berbuka dah. Jumpa next entry. Bye!
19 Comments
Tak pure pun x pe asalkan sedap kan...janji ada idea nak masak apa untuk berbuka
ReplyDeletetak pe versi derhaka janji sodap..gitu...hihi
ReplyDeleteapa pun sedapnya...
ReplyDeletebetul lah nogori punya msk lemak cili api, serai, cili api kunyit n santan... pernah ada kwn org nogori masakkan dulu, tp yg pelik rasa dia bukan main sdp
Sedapnya Mimie.. Kak Sue pun kadang suka derhaka juga kat resepi, janji sedap.. hehehe..
ReplyDeleteResepi dorhako pun sodap tu mimi. Bertambah nasi dalam pinggan tu nanti.
ReplyDeletefav juga ni...menu ni mil masak 1st day ramadhan tp campur skali ngan ikan
ReplyDeletebiasalah dorhaka ni..dah resepi kita kan haha..sedap oi makan nasi panas2..
ReplyDeleteVersi hat ni pun xpe kak.. Asalkan sodap kan.. Hehe
ReplyDeleteSally x pernah masak udang masak lemak cili api... Kalau ayam daging selalu... Hehehe.. Sally mmg ikut resipi N9 sbb senang.. Kahkahkah
ReplyDeleteTB abru buat masak lemak jugak berbuka semalam.. masak lemak ayam je.. nanti nak buat udang lak.. kena beli udang la nampaknya..
ReplyDeleteSedapnya dak mimi! Tapi kena tunggu habis pantang baru leh masak
ReplyDeletebiar rupa takde aslkn sedp..hehee..nad pun kadang masak main hentam kromo je..yang penting anak2 suami suka..gituu..
ReplyDeleteAaaa sedapnyaaa. Bulan2 puasa ni asyik nampak gambar makanan aje.
ReplyDeleteMy favourite juga, masak lemak cili api memang sedap kalau makan dengan nasi panas panas.
ReplyDeletewaa sedapnya alahaiii
ReplyDeletewahhh bukan versi nogori tuuu.. hehe nmpk sedap jerk..
ReplyDeleteKalau mil kita kn org melaka, dia masak tak bubuh bawang. Mak kita kalau masak dia bbuh bawang sikit. Kita kalau malas, xbbuh bawang gak. Haha
ReplyDeleteJanji rasa sodap. 😅
Wah sedapnya 😋 😋 boleh cuba ni..
ReplyDeleteBulan puasa ni kerap terjah entri2 resepi
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com