RAWAT MASALAH KULIT MUKA DENGAN SAFI DERMASAFE

RAWAT MASALAH KULIT MUKA DENGAN DERMASAFE | Hai semua! Bila umur semakin meningkat ni macam macam produk skincare yang kita akan try and error untuk cari keserasian. Betul tak? Tapi perlu diingatkan janganlah nak cantik dengan masa singkat sanggup rosakkan kulit muka dengan produk skincare timbang kilo atau yang mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya yang tinggi. 

Dulu masa zaman study di U, kulit muka Mimi memang breakout teruk bukan sebab salah guna produk ke apa tapi lebih pada masalah hormon. Masa tu jerawat tumbuh besar besar dan merah. Nak berdepan dengan orang pun malu langsung tak ada keyakinan. Alhamdulillah masalah Mimi tu dapat diatasi selepas menggunakan produk Safi. Sejak dari itulah Mimi kenal Safi. Semua orang tahu, Safi sekarang mempunyai pelbagai rangkaian produk yang sangat bagus untuk kulit wajah. 

Untuk pengetahuan korang, sekarang ni Safi telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu SAFI DERMASAFE. Korang yang ada masalah kulit muka kusam, breakout, berjerawat dan sebagainya apa kata RAWAT MASALAH KULIT MUKA DENGAN SAFI DERMASAFE. 



RAWAT MASALAH KULIT MUKA DENGAN SAFI DERMASAFE

Rangkaian SAFI DERMASAFE mempunyai kandungan bahan semulajadi utama iaitu Licorice dan Chamomile di dalam rangkaian produknya. SAFI DERMASAFE terdiri daripada 5 produk utama iaitu :



1) SAFI DERMASAFE Pembersih Mousse - ia merupakan pembersih lembut, ringan dan tidak merengsakan kulit muka. Ia menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam sahaja. Buih yang dihasilkan padat dan berkrim ini membersihkan kulit dari sebum dan kekotoran yang berlebihan sambil mengurangkan tekanan pada kulit.

Ia diperkaya dengan bahan bahan alam semula jadi seperti Licorice dan Chamomile untuk mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada kulit yang menyebabkan ketidakselesaan pada kulit. Formula yang tidak kering dan anti pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) dan meninggalkan rasa segar dan bertenaga sambil mengekalkan kulit terhidrat, lembap dan lembut.



2) SAFI DERMASAFE Hydrate & Refresh Booster Mist  - Cuaca panas menyebabkan kulit muka menjadi kusam, letih dan tak bermaya yang mengakibatkan kulit pudar dengan cepat, kulit terasa kering dan tidak selesa. Dihasilkan dengan bahan semulajadi ekstrak Licorice dan Chamomile ia memberi manfaat 2 dalam 1 pada kulit muka iaitu bertindak sebagai penggalak yang meningkatkan kelembapan. Ia juga melegakan dan melindungi kulit ketika mengenakan solekan dan ia akan membuat solekan tahan lebih lama serta memastikan kulit lembut sepanjang hari.

Fungsi SAFI DERMASAFE Hydrate & Refresh Booster Mist 2 in 1 :

🌸 Meningkatkan kelembapan sehingga 3x
🌸 Melindungi kulit dari bahan pencemar
🌸 Menguatkan struktur kulit dan melindungi kulit daripada bahan pencemar
🌸 Berkesan menenangkan kulit
🌸 Mekap tahan lebih lama
🌸 Melegakan ketidakselesaan pada kulit.





3) SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle  - membersihkan kulit secara mendalam sambil menyingkirkan sebum dan kekotoran. Formula yang ringan dan lembut ini diperkaya dengan bahan semulajadi iaitu Licorice dan Chamomile untuk membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan yang menyebabkan ketidakselesaan pada kulit muka. Secara keseluruhannya, pembersih ini membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit dan menghasilkan kulit yang sihat dan berseri. 




4) SAFI DERMASAFE Rehydrate & Recover Night Cream  - emulsi berasaskan air dan teksturnya selembut sutera yang tidak berminyak dan menyerap dengan cepat. Formula pelembap yang diperkaya dengan bahan bahan semulajadi seperti Licorice & Chamomile melembap dan mencegah kekurangan air pada kulit. Ia juga mengurangkan kemerahan kulit  kerengsaan untuk membantu ketidakselesaan pada kulit. Emulsi ini sangat membantu nemulihkan kulit muka ketika tidur. 

Ia juga diperkaya dengan Niacinamide di mana ia menguatkan fungsi penghalang kulit untuk membentuk perlindungan yang tinggi pada kulit.



5)  SAFI DERMASAFE Soothing & Hydrate Day Moisturizer  - merupakan gel yang ringan dan mudah menyerap pada kulit muka di mana ia memberikan penghidratan 24 jam sambil mengekalkan kulit yang tenang dan lembap di siang hari. 

Formula anti pencemaran dengan bahan bahan semulajadi dari ekstrak Licorice dan Chamomile yang membentuk halangan pelindung dari bahan pencemar sambil mengurangkan kemerahan pada kulit dan kerengsaan. Ia juga diperkaya dengan Hyaluronic Acid untuk mengunci kelembapan dan mengekalkan kulit lembut dan lembap sepanjang hari.

TEKSTUR DAN CARA GUNA PRODUK SAFI DERMASAFE

Mesti korang nak tahu tekstur kelima lima produk SAFI DERMASAFE ni kan. Apa yang boleh Mimi katakan kelima lima produk SAFI DERMASAFE lembut pada kulit dan ringan. Cara nak gunakan pun tak susah mana.

Mimi selalunya akan guna pembersih muka jenis gel dulu baru diikuti dengan mousse. Korang boleh tengok tekstur gel dan buih yang terhasil dari pembersih gel pada gambar di bawah. Cara nak guna pun senang saja. Picit pembersih pada tapak tangan dan ratakan dengan air. Sapu sekata pada muka dan bilas.

Tekstur pembersih gel

Buih yang terhasil dari pembersih gel

Selepas itu guna pembersih mousse pula. Pastikan tangan dan muka basah dengan air. Pamkan pembersih pada tapak tangan dan ratakan pada muka. Bilas hingga bersih. Kalau korang nampak tekstur pembersih mousse dalam botol adalah jenis cecair dan bila dipam ia berbentuk buih halus. Mimi suka pembersih yang didatangkan dalam bentuk botol sebab lebih hygiene.

Tekstur pembersih mousse di dalam botol

Tekstur pembersih mousse selepas dipam

Selepas dah bersihkan muka dengan pembersih SAFI DERMASAFE jangan lupa pakai krim pelembap siang untuk siang hari dan krim pelembap malam untuk malam sebelum tidur.

Kedua dua pelembap ni sangat lembut pada kulit muka dan mudah menyerap ke dalam kulit. Krim pelembap siang berwarna jernih manakala krim pelembap malam berwarna putih.

Tekstur krim pelembap siang

Tekstur krim pelembap malam

Selepas pakai pelembap Mimi akan sembur booster mist. Waktu pagi Mimi akan sembur selepas mengenakan mekap. Malam Mimi tak guna pun. Pakai krim pelembap malam tu pun dah cukup.

Jangan lupa sembur muka dengan booster mist

PENDAPAT MIMI MENGENAI RANGKAIAN PRODUK SAFI DERMASAFE




Selepas menggunakan rangkaian SAFI DERMASAFE ni memang Mimi dapat rasa kulit muka lebih lembut dan lembap. Paling best skincare SAFI DERMASAFE baunya tak terlalu kuat dan tidak wangi tau.

Mimi suka kedua dua pembersih muka SAFI DERMASAFE gel dan mousse tu. Gel tu buih tak terlalu banyak dan bila sapu pada muka memang lembut je. Macam tu juga bila pakai pembersih mousse tu. Pam sekali sahaja dah cukup. Bila sapu pada muka memang terasa betul kelembutan buih tu.



Krim pelembap siang dan malam memang mudah menyerap pada kulit muka. Tak tinggalkan kesan melekit atau oily pada muka Mimi. Memang Mimi suka produk macam ni. Sebab sejenis kulit Mimi ni mudah berpeluh, jadi bila skincare yang meninggalkan kesan melekit atau oily memang buat mood spoil terus.


Hah antara kelima lima produk SAFI DERMASAFE Mimi paling suka booster mist. Sembur sembur saja pada muka memang sejuk dan segar je rasa. Nak nak time panas ni kan memang elok sangat sembur booster mist ni pada muka. Tak lah muka layu je rasa betul tak?

Yang penting SAFI DERMASAFE telah diuji secara Dermatologi dan TIADA pewangi, TIADA alkohol, TIADA colorants, TIDAK diuji ke atas haiwan dan TIADA minyak mineral.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk SAFI DERMASAFE ni korang boleh layari  :

Laman rasmi :

Facebook  : 

Instagram :

Post a Comment

22 Comments

  1. wah safi skarang makin byk produknya...akak setia pakai pencuci muka safi ..tktau pn ada yg latest ni..tq for sharing review guna SAFI DERMASAFE...nanti nk tgk kt farmasi

    ReplyDelete
  2. eh kita tak tahu pun safi ada keluar produk baru.. menarik je nak hilang cik jer kat muka nie.. petang ni jugak kita pergi cari kat watsons..nak try la

    ReplyDelete
  3. ada jugak try tapi tka berapa ngan kulit ai.....

    ReplyDelete
  4. bestnya.. rasa mcm nak cuba laa

    ReplyDelete
  5. Wah dah ada produk rangkaian baru daripada safi? Baru taw. Produk safi memang bagus sebab dah lama sgt guna. Memang baik untuk kulit..

    ReplyDelete
  6. Lengkap dan komplete satu set dari pada Safi ni produk yang berkualiti dan dijamin selamat heheheh orang perempuan sukalah kalau kita suka tengok yang banyak buih tu sedap basuh muka hehehehe...

    ReplyDelete
  7. wah produk safi baru ke ni? tak pernah nampak la pulak? baru je gi jalan2 ngn family tapi x nmpk produk ni. macam menaik je. in shaa Allah akan share dengan family pasal product ni :)

    ReplyDelete
  8. Produk ni nampak
    Mmg best. Apatah lagi jenama safi yg mmg ramai
    Percaya keberkesanannya. And harga dia mmg mampu milik

    ReplyDelete
  9. Eh safi dermasafe ni baru ke? Sebab emi macam tak pernah nampak pulak kat drugstore. Ke emi yang tak perasan entah.

    ReplyDelete
  10. Liez dh pakai dlm 5 hari mmg ok.. sbb ni utk kulit sensitif so maybe sgt sesuai la kan.. liez suka foam cleanser sbb nmpk mcm buih biasa tapi kuasa mencuci tu best..dgn boost spray tu, segar je lepas guna.. mmg letak dlm handbag buat pakai time kepanasan

    ReplyDelete
  11. Safi mmg satu produk yg bagus. Suka dgn rangkaian produk safi. Lengkap semuanya. Xsabar nk cuba produk nie pula pasti best nie sbb ramai yg beri feedback positif pasal produk nie

    ReplyDelete
  12. Kita pengguna Safi dulu. Produk yang bagus dan harga yang amat berpatutan. Dah ada range baru ni boleh laaa try. So far tukar-tukar pakai Safi skin tak de masalah. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. Wah. Safi nyer packaging dah semakin advanced yer. Suka betul tengok kecanggihan dan kualiti Safi yang semakin meningkat nie. Macam nak try mist tu.

    ReplyDelete
  14. wahhhhhhh! Safi keluarkan produk terbaharu ! Sukanya kita tengok packaging yang cantik tu. But, produk safi ni dari dulu memang terbaik, kita suka :D

    ReplyDelete
  15. Safi banyak jenis produk kan. Ada juga tengok produk safi dermasafe ni kat pasaran . Packaging pun lawa .

    ReplyDelete
  16. War produk ini memang bagus lar. Packaging pun sangat baik. Kualiti pun amat terjamin. Boleh lar beli untuk ahli keluarga.

    ReplyDelete
  17. Sekarang ni Safi banyak keluarkan produk baru kan.. bagusnya.. semakin lama semakin bervariasi produk diorang.. yang penting dah semestinya terbukti berkualiti dan selamat digunakan ..

    ReplyDelete
  18. Produk Safi memang best .Ramai yang gunakan dan memang sesuai dengan kebanyakan jenis kulit kan.

    ReplyDelete
  19. wahh menarik untuk dicuba , dulu2 masa remaja memang guna produk safi nih dan pernah guna safi rania gold , yang ni macam sesuai jer untuk anak remaja ..nanti bolehlah belikan anak dara kat asarama nih biar dia pandai jaga kulit dari sekarang

    ReplyDelete
  20. Wah now Safi has many new range of skincare to target different skin types and needs. I like to try their booster mist, macam bagus kan.

    ReplyDelete
  21. Produk Safi mmg bagus and sesuai dgn semua jenis kulit, kak kulit jenis kering jd kena guna pelembab

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com