PENGALAMAN KALI PERTAMA DERMA DARAH

PENGALAMAN KALI PERTAMA DERMA DARAH | Hai semua! Semalam tempat kerja Mimi mengadakan kempen derma darah sempena sambutan Hari Polis ke 212. Bukan sekadar derma darah saja tapi kita boleh buat check up tahap kesihatan.

Mula mula nak join tuh perasaan takut memang ada. Yela tak pernah rasa pengalaman derma darah. Sebelum ni memang ada keinginan nak derma darah tapi setiap kali nak derma tak boleh sebab mengandung lah, menyusukan anak lah. Tapi bila peluang dah ada di depan mata, apa tunggu lagi kan. 



PENGALAMAN KALI PERTAMA DERMA DARAH

Kempen derma darah ni diadakan di Dewan Tan Sri Khalid, Tingkat 9 bangunan IPK Negeri Sembilan. Kempen ni diadakan seawal jam 8.30 pagi. Mimi datang dalam pukul 11.00 pagi. Mula mula macam biasa kena register dulu. Lepas register isi borang untuk derma darah. So, firstly kena ukur tinggi dulu kemudian kena berbaris untuk timbang berat dan sebagainya .

Sementara tunggu turn  timbang berat sempat Mimi tengok keadaan dalam dewan. Memang ramai pegawai, anggota dan pegawai awam yang hadir. 



Sampai turn Mimi, naik atas satu timbang berat. Alat timbang berat yang digunakan ni bukan setakat timbang berat je tau tapi boleh scan sekali kadar lemak yang ada dalam badan kita dan bmi. Kemudian ambil bacaan tekanan darah dan kadar glukos dalam darah. Lepas tu Mimi di consult mengenai lemak, bmi dan juga digalakkan buat senaman seminggu sebanyak 150 minit.

Selepas selesai semua, Mimi pergi ke kaunter lain untuk ambil darah lagi untuk kenal pasti kumpulan darah. Akhir sekali jumpa doktor dan doktor akan tanya macam macam soalan pada kita macam pernah buat surgery ke, ambil suntikan vitamin c atau bekam, mengandung atau gugur, tidur cukup atau tak dan sebagainya. 

Bila dah selesai, check up semua doktor cakap Mimi layak untuk derma darah dan Mimi akan pergi ke kaunter lain untuk daftar nama dan dapat buku merah kecil. Then, tunggulah turn untuk derma darah. 



Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Walaupun ada rasa takut dan cuak sebab first time nak derma darah tapi semua berjalan dengan lancar. Rasa macam baru saja duduk atas kerusi sekali dah selesai. Katanya darah mengalir laju .. hahaha..Dah selesai proses  Mimi kena rehat 10 minit untuk elakkan diri daripada pening. 


Lega rasa hati bila hajat nak derma darah dah termakbul dan dipermudahkan. Lepas ni kalau ada lagi kempen derma darah Mimi nak join. Rasa seronok pula kan. 

Post a Comment

26 Comments

  1. lama tak buat derma darah, derma darah ni bukan setakat derm tapi konsep sedekah juga !

    ReplyDelete
  2. Ana tak pernah derma darah. Rupanya banyak juga syarat yang kena lepas ye sebelum boleh menderma tu. Tahniah mimi berjaya juga akhirnya. Besar ganjarannya tu.

    ReplyDelete
  3. Saya last pernah derma darah masa diploma dulu. Lepas tu bila nak derma darah lagi, petugas situ dah tak bagi sebab tekanan darah rendah. SAmpai ke sekarang dah tak boleh nak derma dah

    ReplyDelete
  4. Baru ni kat ofis akak pun ada buat gak program kesihatan, kira sekali la ada derma darah ni..tapi akak tak menderma..rasa kekurangan darah sbb badan jenis kecik, kurus plak tu..adeh...haritu dengar ada staff kat sini, derma darah..tak lama lepas tu, dia pengsan...akak kenal staff tu..tanya dia betui ke pengsan lepas derma darah..dia cakap betul..puncanya dia tak cukup tidur...

    ReplyDelete
  5. kami pun teringin juga nak derma darah..tp penakut..mula lah pikir sat lagi pengsanlah peninglah..hahah mmg niat baik tuk derma darah ni kan..dpt bantu mereka yang memerlukan..insyallah nti rasa hati kuat nak juga join derma darah ni

    ReplyDelete
  6. tahniah mimi berjaya menderma dara.. boleh menyelamatkan 3 nyawa kan

    ReplyDelete
  7. dulu2 masa kt U pernah la derma darah ni, pastu makin lama makin jarang buat...

    ReplyDelete
  8. Nieyl dah 6 ke 7 kali derma darah...Alhamdulillah... :)
    nieyl mmg sokong padu kalau ada ramai lagi yg berani derma darah ..

    ReplyDelete
  9. Rawlins pernah try sekali je and tak pernah dah selepas tu. Entah kenapa. Tapi untuk hantar darah bagi mediacl check memang akan buat setiap enam bulan. Hehe

    ReplyDelete
  10. Pernah dua kali derma darah itu pun dah lama sangat dah. Buku pun dah ke mana entah. Mula-mula takut juga tapi memang rasa nak lagi. Iyalah kalau kita fikirkan, derma darahlah antara yang paling mudah untuk kita bantu orang selain kesannya juga untuk jangka masa panjang..

    ReplyDelete
  11. Tahniah Mimi. Bella pun belum pernah cuba. Biasa kalau nak buat, jantung tu tak tau la nak habaq cmne degupan dia. Baguslah usaha KKM untuk tabung darah negara. Alhamdulillah masih ramai yang sudi berbakti dengan derma darah.

    ReplyDelete
  12. I tiap tiap tahun buat derma darah. Mula mula memang takut but sampai sekarang pun takut lagi. hehehe but still nak derma jugak sebab memang hajat nak tolong orang. Nak derma duit sendiri pun tak terderma so darah je la yang mampu. huhuhuh

    ReplyDelete
  13. Tahniah anda telah menjadi wira negara kerana sanggup menderma kepada yang memerlukan kita pun dulu rajin derma hehehehe setakat satu buku tu dah penuh lah wakakakakaka....

    ReplyDelete
  14. Tak pernah lagi menderma darah. Teringin juga nak menderma. Rasanya dah cukup syarat nak menderma ni. Seronok kan dapat bantu orang lain dengan cara ni ;)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, tercapai hasrat mimi nak derma darah. semoga dapat disalurkan pada mereka yang memerlukan. besar pahalanya.. huda tak lepas nak derma darah, sebab blood pressure low..

    ReplyDelete
  16. Waaa.. Akk derma darah. Syabas. Sesungguhnya akk dah membantu mereka yang memerlukan sumbangan darah. Kita tak pernah lagi menderma. Hehehe
    Selalu derma kat nyamuk je. Hihihi

    ReplyDelete
  17. wahh bagusnya… teringin nak derma darah tapi smpai sekarang takde rezeki lagi. bukannya takut haha in shaa Allah akan derma darahd alam masa terdekat. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  18. Tak penah lulus untuk derma darah,tapi pernah terima darah masa beranak tumpah darah. Uikk sakit. kagumlah yg derma darah ni berani. Zaman belajar ramai sgt penakut nak derma.. cuma ena tak berpeluang sebab tak cukup berat.

    ReplyDelete
  19. Bagusnya layak derma darah! Beruntung awak. Derma darah bagus, kita menyelamatkan orang yang memerlukannya. Saham akhirat untuk awak. Kak nina tak layak sebab kita low blood presure. Huhuuu

    ReplyDelete
  20. Bestnya dapat menderma darah, contribution to the community gak tu. I tak boleh derma darah huhuhu

    ReplyDelete
  21. Bank darah memerlukan banyak sumbangan derma darah daripada masyarakat. Kempen derma darah ni sangat membantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  22. Teringin nk derma darah tp x pernah berpeluang nk derma. Saringan selalu x lepas sbb kurus sgt. Bilalah dpt derma darah nie. Teringin walaupun takut. Hahaha

    ReplyDelete
  23. wah baguslah mimi ada kekuatan dan keberanian. Lia memang takut sangat hehe dah pernah dah pergi. Sebab dulu pernah operate & banyak kali kena ambik darah jadi fobia.

    ReplyDelete
  24. AM penah derma darah.. Masa tue degil xdgr nasihat misi suruh rehat dulu.. Terus AM siap jenjln kat mall.. X sampai 30 minit terus nmpk bintang2 siap berpeluh lg. Sebaik ada member sempat sambar AM nnti terus jatuh.. Pengalaman kan..

    ReplyDelete
  25. Terbaik, hopefully its a good experience for you and keep up the good work.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com