Ahad, 10 Mac 2019

CRESTAR CEILING FANS MENAMPILKAN GAYA MODEN TERKINI

CRESTAR CEILING FANS MENAMPILKAN GAYA MODEN TERKINI| Hai semua! Sihat tak? Musim panas ni korang jalan mana je. Mimi stay di rumah je. Cuaca panas kan. Bila cuaca panas memang on kipas siling 24 jam sebab rumah tak guna aircond. Bercerita mengenai kipas siling ni kan mestilah kita akan pilih kipas yang ada ciri ciri moden, up to date dan paling penting menitikberatkan ciri keselamatan.



Tak dinafikan banyak rumah yang memilih untuk pasang aircond. Tapi masih ada lagi rumah yang memilih untuk pasang kipas siling daripada aircond. Macam rumah Mimi sendiri pun masih pakai kipas siling tau. Nak beli kipas siling mestilah kena pastikan sesuai dengan konsep hiasan dalaman kan. Selain tu kena pastikan kipas yang kita beli tu selamat.

Cerita pasal kipas siling ni korang pernah dengar mengenai Crestar ceiling fans tak? Of course lah tak pernah sebab Crestar ceiling fans ni sebenar lebih mendapat tempat di negara jiran, Singapura. Korang yang gemar shopping di luar negara bolehlah shopping Crestar ceiling fans di Singapura nanti. Sebab apa korang perlu beli? Sebab Crestar ceiling fans telah dipertingkatkan dengan versi terbaru 188/154 Alumi Motor TM. Ia juga terdapat beberapa jenis model iaitu Icol Series, Skylite Series dan Rainlite Series. 2014 Rainlite/Skylite plus series kini dilengkapikan dengan 6 kelajuan alat kawalan dan fungsi yang pelbagai untuk penggunaan yang maksima .



Sebelum tu Mimi nak cerita serba sedikit mengenai syarikat yang menjual Crestar ceiling fans ni. Ditubuhkan pada tahun 2004 , reputasi Crestar Enterprise bertambah kukuh dan mantap dalam industri elektrik Singapura serta menjadi pilihan utama di kalangan pelanggan. Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi dari Crestar Enterprise menjadi Crestar Enterprise Pte Ltd pada Oktober 2009. Crestar Enterprise Pte Ltd telah berkembang menjadi salah satu peneraju pasaran kipas siling terkemuka di Singapura .

Ia merupakan syarikat pengedar tunggal Crestar ceiling fans yang menawarkan pelbagai reka bentuk kipas siling yang berbeza serta ergonomik dan aksesori yang berkualiti .

CRESTAR CEILING FANS MENAMPILKAN GAYA MODEN TERKINI


Crestar Seiling Fans menampilkan gaya moden terkini di mana korang boleh tengok ada pelbagai design yang ada. Warna dan saiz setiap kipas siling juga berbeza dan boleh pilih untuk disesuaikan dengan konsep hiasan dalaman rumah nanti. Terdapat tiga dan lima bilah kipas. Boleh tengok design kipas siling Crestar yang seperti di bawah:




Dengan Crestar ceiling fans ni korang akan sentiasa rasa sejuk dan nyaman dan alami pengalaman sendiri keselesaan yang maksima dan pengudaraan yang segar dengan Crestar ceiling fans yang berkualiti tinggi. 

Terdapat beberapa warna yang ada seperti silver, white, matt black dan grey yang sangat sesuai untuk apa saja jenis rumah yang didiami. Crestar ceiling fans merupakan kipas siling yang mempunyai ketahanan yang tinggi dengan Alumi Motor™ (AC&DC). Semua Crestar ceiling fans didatangkan dengan aksesori yang original termasuk alat kawalan jauh.



Crestar ceiling fans juga boleh didapati dengan pelbagai saiz dari 32 inci sehinggalah 55 inci dengan atau tanpa lampu LED. Nak tengok depan mata sendiri boleh saja. Kalau korang ada plan bercuti di Singapura, sila masukkan lawatan ke Crestar showroom dalam list korang ya. 

Ada juga testimoni daripada pelanggan yang berpuashati dengan kualiti Crestar ceiling fans ni. Jom tengok apa kata pelanggan mereka. 



Nak tahu lebih lanjut mengenai Crestar ceiling fans apa kata korang layari web dan media sosial Crestar. Boleh cuci mata korang tengok pelbagai jenis kipas siling yang ada .



Instagram :  

28 ulasan:

  1. Samalah dengan PC memang 24 jam kipas on. Allahu.

    BalasPadam
  2. cantik dan nampak moden design kipas syiling tu. banyak saiz dan design pulak tu.

    BalasPadam
  3. Nak try kipas Ni. Kipas lama dah nak rosak

    BalasPadam
  4. skrg design mcm2 pastu semua dh pakai remote dh mudah kerja... tak perlu nk ttp bukak kt suis

    BalasPadam
  5. Musim panas ni memang kipas on sepanjang masa, ekon plak malam jer on..itupun tetap hangat sebab cuaca kan..ekon pasang kipas pun pasang...akak suka kipas tu..cantik dan nampak moden sangat..warna pun menarik..

    BalasPadam
  6. Kalau untuk ruang tamu akak suka yang bilah 5.untuk tidur suka yang kecik sikit.Macam tersuka la yang hylite tu..Nampak moden warna menarik.

    BalasPadam
  7. mmg sekarang musim panas..tak tahan..kipas kat rumah ni on 24 jam..tp x cukup almaklumlah rumah xde ekon..so nak kena beli satu lagi nak pasang kat hall..bolehlah survey2 tgok kipas crestar ni

    BalasPadam
  8. Sis walaupun rumah kecik memang aircon ada dn kipas pun ada. Bercinta kot nak bayar bill kalau sentiasa ber aircon..lagipun selalu sgt aircon pun x bagus jugak..so gilir2 pasang. Now kipas rumah ni pun dah lama..bolehlah tukar gan yg ni pulak

    BalasPadam
  9. macam2 jenis kipas sekarang kan, dengan pelbagai pilihan warna dan bilangan bilah kipas. Rasa nak tukar kipas baru la kat rumah ni, sebab dah berbunyi2 jer lagi pun dah masuk 10 tahun dah guna. Brand kipas ni cam best jer dan juga cantik

    BalasPadam
  10. I am looking for this type of ceiling fan for my new house too. But lambat lagi la maybe next year. Nampak macam powerful and sejuk. Boleh la try.

    BalasPadam
  11. Iza kalau bab kipas ni memilih sikit sebab selalu beli kipas tapi tak sejuk. Tapi yang boleh masuk dalam list dulu. Kalau ada nk beli boleh try yang ni pulak.

    BalasPadam
  12. Nampak kukuh dan tahan lama kipasnya. Emi suka yg banyak blade.

    BalasPadam
  13. Kebetulan pula Rawlins tengah nak renovate rumah nie - sesuai sangat la nak cuci mata kat koleksi yang ada. Rawlins suka yang 5 blades tapi terfikir banyaknya nak basuh kelak. Hahaha. Ada tak yang auto-clean bilah dia sendiri? Hahaha.

    BalasPadam
  14. Cantik design dia.. Nad pun guna kipas mcm ni.. Dengan design yang hampir serupa mcm ni.. Ni sampai 6 kelajuan ye.. Mesti lago sejuk kan..

    BalasPadam
  15. Cantik² design kipas dia ya. Biassa memang jadi trend dan pilihan kipas yang mempunyai design yang cantik dan mampu memberi kesejukan kepada pengguna. Heheh cx pon tak guna aircond. Masih pakai kipas.

    BalasPadam
  16. liez baru je tukar dua kipas di ruang makan dan bilik.. tapi memang kena selidik dan memilih kipas yang bagus dan tahan lama..dulu beli yang 3 bilah tapi sekarang beli yang 5 bilah, sejuk lagi.. kena pulak skrg cuaca panas

    BalasPadam
  17. Walaupun ada rumah ada aircond tapi kipas ceiling tetap juga menjadi pilihan hati plus jimattt.

    BalasPadam
  18. Nice design, simple & elegant ! so, nanti kalau nak beli kipas bolehlah check design-design ni. Cantik-cantik belaka.

    BalasPadam
  19. Is this a new brand?? Looks elegant and cool. Time to check this out and change my house fan d... Already more than 20 years. Time for new one!!!!

    BalasPadam
  20. Wow! semua cantik and classy. I m eye at the HYLITE model macam sesuai for my new condo, let me check out more details first ya.

    BalasPadam
  21. Aah nampak modern betul yer kipas siling nya. Barulah nampak classy dan kaya. Nak kena tukar nie kipas siling ruang tamu sebelum raya. Barulah meriah kipas siling baru

    BalasPadam
  22. oh wow the CRESTAR CEILING FANS looks nice to use. How much is it? I think might install one when I move next time hehe

    BalasPadam
  23. Cantiknya design kipas ni. Tak sabar nak ada rumah sendiri. Nanti mesti seronok main deco deco. Kipas tu lawa kalau letak di ruang tamu. Nampak elegant dan eksklusif

    BalasPadam
  24. Bila nak membeli kipas ni memang kena menitikberatkan soal keselamatan. Sebab ianya tergantungkan. Tapi memang cantik semua design tu..

    BalasPadam
  25. airmax wooden ceiling fan...menjadi pilihan yana kalau dalam bab design. Yana susah nak hidup tanpa kipas...hahahha sebab most of the time tak tahan dengan angin sejuk dari aircon. Paling lama pun boleh tahan 2jam after that back to kipas.

    BalasPadam
  26. Wah cantik cantik design kipas siling ni. Rumah kami still pasang dua dua, kipas dan ekon..masa musim sejuk, ON kipas je

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.