TEBUS BAUCER DISKAUN BATA SEMPENA HARI LAHIR | Hai Semua! Bulan lepas Mimi dapat baucer diskaun dari BATA sempena hari lahir Mimi .Kod baucer diskaun dari BATA tuh Mimi dapat thru SMS. Last tebus 25hb Januari 2019 . Hari last tebus tuh baru Mimi berkesempatan nak tebus .
Kebetulan time tu Mimi bawa anak jalan jalan kat AEON S2. Teringat pula kod baucer BATA tak tebus lagi. Alang alang tebus terus. Sebelum ni kalau pergi BATA Mimi cari kasut anak anak dan kasut nak pakai pergi kerja. Kali ni Mimi cari sandal buat pakai jalan jalan.
Tara ! Sandal BATA yang menjadi pilihan Mimi |
Mimi suka pakai jenama BATA ni sebab selesa pada kaki. Harga pun affordable seiring dengan kualiti . Kasut jenama BATA pun tahan lasak tau. Tu yang buat Mimi suka dan selesa .
Sandal yang Mimi pilih ni pun lembut pada tapak kaki. Memang selesa di pakai tak rasa macam pakai sandal pun. Macam biasa warna hitam jadi pilihan sebab senang nak matching dengan apa apa warna.
Harga sandal ni RM59.99 kira genapnya RM60.00. Lepas tebus baucer diskaun BATA sempena hari lahir Mimi dapatlah sepasang RM45.00 . Kira okeylah kan siapa nak bagi kan?
BATA ni memang best sebab selalu bagi kod diskaun . Kira tak rugi register jadi ahli sebab macam macam keistimewaan yang ahli BATA dapat. Ni Mimi baru terima SMS ada offer lagi dari BATA. Tak tahulah nak beli apa lagi.
Korang yang belum daftar jadi ahli BATA cepat cepat daftar .Banyak keistimewaan bila jadi ahli ni .Bukan setakat dapat kod baucer saja tapi sambil beli boleh kumpul points di mana points tuh kita boleh tebus untuk pembelian seterusnya. Best tak best? So pa tunggu lagi cepat cepat daftar tau .
28 Comments
Happy birthday! Menarik ni dapat baucar Bata. Ni yang nak kena register jadi ahli. Alang-alang saya memang peminat Bata.
ReplyDeleteMurni pon loni hanya beli dan pakai kasut dari BATA jer..sebab murah..selalu grab masa offer buy1 free 1 atau disc..lagipon bata banyak cawangan..kalau takde dekat satu tempat boleh cari tempat lain..utk anak2 pon sama..kasut sekolah dan kasut basahan beli dekat bata jer
ReplyDeleteMcm Mana nak dpt baucer bata ni? Nak jugak
ReplyDeletecemana nak daftar? haha baru tau pasal ni
ReplyDeleteBest jugak ada hadiah baucer semasa hari jadi. Nak tahu Bata link untuk register blh? T.kasih.
ReplyDeletemacam mana nak register tu mimi..anyway..cantik sandal tu..selesa :)
ReplyDeleteKalau pakai kasut yang jenis comfit ni memang selesakan tak sakit kaki! nnt nak ushalah dekat Bata
ReplyDeletecantik jugak sandal ni. airah pun suka guna bata sebab kualiti dia. tahan lama pakai.
ReplyDeletekasut kita pun dah patah tapak dia..namapknya kena beli lain..memang nak usha bata haritu..dah usha nampak kasut yang berkenan di hati
ReplyDeleteOh wow! I need to register as BATA member also, can redeem my voucher on my Bday too. Thanks
ReplyDeleteEhh boleh tebus baucer ea utk bata.. Bestnya bata bg diskaun la utk customer..lama x ke bata skrg..
ReplyDeleteLiez pun member Bata.. mmg antara port beli kasut sekeluarga sebab byk pilihan dan design pun cantik2. Klau anak-anak mmg suka kasut Bata.
ReplyDeleteKita suka juga brand BATA ni. Tapi bata kat mersing ni dah tutup kot. Setiap kali lalu tak bukak pun kedai tu. Nak cari ke tempat lain jauh pulak.
ReplyDeleteWah untunglah dapat hadiah dari bata ya. Btw happy belated birthday
ReplyDeleteHuda pun jadi ahli bata sejak 2 tahun lepas. Memang best, tebus baucer dan dapat jimat duit beli kasut sendiri dan anak2 di bata.
ReplyDeleteAla birthday I bulan 2. Tapi kenapa tak dapat pun voucher dari bata. Isk isk. Sandal basahan I dah worn off sangat sangat dah. Memang dah tiba masa oerlu diganti baru
ReplyDeleteZira pun suka kasut bata tapaknya lembut
ReplyDeleteBata memang comfortable brand untuk kaki. Rasa selesa sangat bila pakai kasut atau sandal dari bata.
ReplyDeleteSis pun memang suka dengan kasut bata..dari dulu sampai sekarang walau dh banyak jenama lain tapi baba tetap ada dlm simpanan sis
ReplyDeleteYupe~I joined as a member as well and I have yet to use my points. Can't wait for my birthday. :)
ReplyDeletesuka jenama BATA ni. Best nya dapat shopping kasut.
ReplyDeleteI also buy Bata shoes but have not register as member yet. I will do it. Thanks for the information.
ReplyDeletealang alang nak jalan ke sabah ni, nk intai kasut di bata la.
ReplyDeleteKasut nad pun dh rabak nak cari kasut dekat bata juga
ReplyDeletewah bestnya tapi besday akak dah lepas la plak.. aim tahun depan la
ReplyDeleteEna memang pakai bata dari dulu. Hehe. Dapat point mesti tebus. Dengan kasut anak pon pakai bata. Sekarang lawa2 moden. Takde da nampak tua kalau pakai.
ReplyDeleteBata rajin bagi baucer diskaun kan..cantik sandal yang mimi pilih tu..
ReplyDeleteAla ada diskaun untuk birthday rupanya kan.. Kak Sue terlupa.. Kak Sue pun memang suka beli kasut kat Bata.. selesa, tahan dan berbaloi..
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com