TEBUS BAUCER DISKAUN BATA SEMPENA HARI LAHIR

TEBUS BAUCER DISKAUN BATA SEMPENA HARI LAHIR | Hai Semua! Bulan lepas Mimi dapat baucer diskaun dari BATA sempena hari lahir Mimi .Kod baucer diskaun dari BATA tuh Mimi dapat thru SMS. Last tebus 25hb Januari 2019 . Hari last tebus tuh baru Mimi berkesempatan nak tebus .

Kebetulan time tu Mimi bawa anak jalan jalan kat AEON S2. Teringat pula kod baucer BATA tak tebus lagi. Alang alang tebus terus. Sebelum ni kalau pergi BATA Mimi cari kasut anak anak dan kasut nak pakai pergi kerja. Kali ni Mimi cari sandal buat pakai jalan jalan. 


Tara ! Sandal BATA yang menjadi pilihan Mimi

Mimi suka pakai jenama BATA ni sebab selesa pada kaki. Harga pun affordable seiring dengan kualiti . Kasut jenama BATA pun tahan lasak tau. Tu yang buat Mimi suka dan selesa .

Sandal yang Mimi pilih ni pun lembut pada tapak kaki. Memang selesa di pakai tak rasa macam pakai sandal pun. Macam biasa warna hitam jadi pilihan sebab senang nak matching dengan apa apa warna. 


Harga sandal ni RM59.99 kira genapnya RM60.00. Lepas tebus baucer diskaun BATA sempena hari lahir Mimi dapatlah sepasang RM45.00 . Kira okeylah kan siapa nak bagi kan? 



BATA ni memang best sebab selalu bagi kod diskaun . Kira tak rugi register jadi ahli sebab macam macam keistimewaan yang ahli BATA dapat. Ni Mimi baru terima SMS ada offer lagi dari BATA. Tak tahulah nak beli apa lagi. 

Korang yang belum daftar jadi ahli BATA cepat cepat daftar .Banyak keistimewaan bila jadi ahli ni .Bukan setakat dapat kod baucer saja tapi sambil beli boleh kumpul points di mana points tuh kita boleh tebus untuk pembelian seterusnya. Best tak best? So pa tunggu lagi cepat cepat daftar tau .

Post a Comment

28 Comments

  1. Happy birthday! Menarik ni dapat baucar Bata. Ni yang nak kena register jadi ahli. Alang-alang saya memang peminat Bata.

    ReplyDelete
  2. Murni pon loni hanya beli dan pakai kasut dari BATA jer..sebab murah..selalu grab masa offer buy1 free 1 atau disc..lagipon bata banyak cawangan..kalau takde dekat satu tempat boleh cari tempat lain..utk anak2 pon sama..kasut sekolah dan kasut basahan beli dekat bata jer

    ReplyDelete
  3. Mcm Mana nak dpt baucer bata ni? Nak jugak

    ReplyDelete
  4. cemana nak daftar? haha baru tau pasal ni

    ReplyDelete
  5. Best jugak ada hadiah baucer semasa hari jadi. Nak tahu Bata link untuk register blh? T.kasih.

    ReplyDelete
  6. macam mana nak register tu mimi..anyway..cantik sandal tu..selesa :)

    ReplyDelete
  7. Kalau pakai kasut yang jenis comfit ni memang selesakan tak sakit kaki! nnt nak ushalah dekat Bata

    ReplyDelete
  8. cantik jugak sandal ni. airah pun suka guna bata sebab kualiti dia. tahan lama pakai.

    ReplyDelete
  9. kasut kita pun dah patah tapak dia..namapknya kena beli lain..memang nak usha bata haritu..dah usha nampak kasut yang berkenan di hati

    ReplyDelete
  10. Oh wow! I need to register as BATA member also, can redeem my voucher on my Bday too. Thanks

    ReplyDelete
  11. Ehh boleh tebus baucer ea utk bata.. Bestnya bata bg diskaun la utk customer..lama x ke bata skrg..

    ReplyDelete
  12. Liez pun member Bata.. mmg antara port beli kasut sekeluarga sebab byk pilihan dan design pun cantik2. Klau anak-anak mmg suka kasut Bata.

    ReplyDelete
  13. Kita suka juga brand BATA ni. Tapi bata kat mersing ni dah tutup kot. Setiap kali lalu tak bukak pun kedai tu. Nak cari ke tempat lain jauh pulak.

    ReplyDelete
  14. Wah untunglah dapat hadiah dari bata ya. Btw happy belated birthday

    ReplyDelete
  15. Huda pun jadi ahli bata sejak 2 tahun lepas. Memang best, tebus baucer dan dapat jimat duit beli kasut sendiri dan anak2 di bata.

    ReplyDelete
  16. Ala birthday I bulan 2. Tapi kenapa tak dapat pun voucher dari bata. Isk isk. Sandal basahan I dah worn off sangat sangat dah. Memang dah tiba masa oerlu diganti baru

    ReplyDelete
  17. Zira pun suka kasut bata tapaknya lembut

    ReplyDelete
  18. Bata memang comfortable brand untuk kaki. Rasa selesa sangat bila pakai kasut atau sandal dari bata.

    ReplyDelete
  19. Sis pun memang suka dengan kasut bata..dari dulu sampai sekarang walau dh banyak jenama lain tapi baba tetap ada dlm simpanan sis

    ReplyDelete
  20. Yupe~I joined as a member as well and I have yet to use my points. Can't wait for my birthday. :)

    ReplyDelete
  21. suka jenama BATA ni. Best nya dapat shopping kasut.

    ReplyDelete
  22. I also buy Bata shoes but have not register as member yet. I will do it. Thanks for the information.

    ReplyDelete
  23. alang alang nak jalan ke sabah ni, nk intai kasut di bata la.

    ReplyDelete
  24. Kasut nad pun dh rabak nak cari kasut dekat bata juga

    ReplyDelete
  25. wah bestnya tapi besday akak dah lepas la plak.. aim tahun depan la

    ReplyDelete
  26. Ena memang pakai bata dari dulu. Hehe. Dapat point mesti tebus. Dengan kasut anak pon pakai bata. Sekarang lawa2 moden. Takde da nampak tua kalau pakai.

    ReplyDelete
  27. Bata rajin bagi baucer diskaun kan..cantik sandal yang mimi pilih tu..

    ReplyDelete
  28. Ala ada diskaun untuk birthday rupanya kan.. Kak Sue terlupa.. Kak Sue pun memang suka beli kasut kat Bata.. selesa, tahan dan berbaloi..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com