CONTACT LENS COLOUR DARI BARBIE EYESLAND

CONTACT LENS COLOUR DARI BARBIE EYESLAND | Hai semua! Siapa kat sini memang pakai contact lens sama macam Mimi sila angkat tangan. Actually Mimi memang rabun jauh dan pakai spek tapi lebih selesa pakai contact lens sebab kalau pakai spek bahagian tepi tudung kembang. Muka pun nampak kembang je kan. Sebab tu Mimi lebih prefer pakai contact lens. Spek Mimi pakai dekat rumah saja.

CONTACT LENS COLOUR DARI BARBIE EYESLAND




Sekarang ni Mimi pakai contact lens colour kalau jalan jalan luar. Kadang kadang saja pakai contact lens colour pergi kerja. Selalunya pergi kerja pakai contact lens transparent tu je. Cerita pasal contact lens colour ni kan korang, Mimi nak share dengan korang contact lens colour yang Mimi pakai sekarang ni.

Contact lens yang Mimi pakai dan nak share info dengan korang tu ialah. Contact lens Barbie Eyesland ni banyak pilihan warna tau korang. Nak warna yang natural ada nak warna macam Barbie ada . Nama pun Barbie Eyesland kan .Bila pakai mata jadi ala ala mata Barbie ,hah gitu. Korang boleh pilih saiz diameter lens dari 14.5 mm hingga 16mm. 






Mimi pula kalau beli lens suka pilih warna yang nampak natural contoh macam hitam, coklat dan kelabu. Untuk power mata bagi lens bermula dari 0 hingga 800 tau korang.



Bagi penghantaran pesanan pula sangat cepat tau iaitu dalam tempoh 24 jam dan ambil masa 1 hingga 3 hari bekerja untuk terima bagi Malaysia manakala penghantaran ke Singapura ambil masa 2 hingga 5 hari waktu bekerja. Kos penghantaran bagi setiap item adalah "Free Shipping" di Malaysia dan Singapura pula dikenakan caj sebanyak RM25  Pembayaran juga senang tau korang. Kalau ada Paypal boleh digunakan untuk pembayaran .



Yang paling Mimi suka part packaging tau korang. Masa Mimi dapat bungkusan, ia di pack rapi di dalam kotak yang di seal kemas .Bungkusan lens juga didatangkan dalam packaging yang cute dan comel. Botol contact lens pun di seal dengan rapi tau .




Kalau sebelum ni Mimi beli lens tak dapat pun contact lens case. Kalau beli solution baru dapat free contact lens case tau. Tapi bila beli di Barbie Eyesland bukan setakat dapat contact lens case tapi siap dapat travel kit contact lens case box yang super cute tau. 



Barbie Eyesland menawarkan produk yang 100% authentic dan berkualiti tinggi walaupun harga yang ditawarkan sangat murah. Setiap contact lens ni boleh dipakai sehingga 3 bulan .Seperti contact lens yang lain juag, pemakaian untuk sehari sehingga 8 jam sahaja. 

Pilihan warna contact lens yang Mimi beli di Barbie Eyesland ialah Natural Black 14.5mm, Luna Grey 15mm dan Oh My Huper Choco 16.5mm. Ada warna yang Mimi nak takde stok untuk power mata Mimi.



So far selepas Mimi pakai contact lens Barbie Eyesland ni mata Mimi memang selesa dan langsung tak memedihkan mata. Lens pun soft saja. Oh ya harga bagi setiap lens ni bermula dari RM25. Setiap contact lens yang Mimi beli ni bertahan sehingga 3 bulan. Hah jimat tak jimat kan. Dah habis tempoh tiga bulan nanti, Mimi nak repeat order lagi sebab dah serasi dan selesa. Murah pun murah kan....  



Kalau korang nak tahu cara order contact lens dari Barbie Eyesland ni korang boleh rujuk di sini https://www.barbieeyesland.my/pages/q-a

Untuk sebarang maklumat atau pembelian korang boleh klik link seperti di bawah :



Post a Comment

22 Comments

  1. teringin nak pakaicontact lens tapi tak pandai T__T

    ReplyDelete
  2. lama tak pakai lens ni sejak ada spek baru haha..tp tengah duk cari juga lens baru nak pakai untuk any event..sllu pakai utk event2 jer..ni lens nmpk cantik sgt..harga pun murah..boleh lah cuba

    ReplyDelete
  3. Kagum tengok org terror pkai contact lens. Tapi tgk brand ni memang kens dia cantek2. Packaging dia pun menarik

    ReplyDelete
  4. Ai mmg suka pakai ctc lense jugak. Cantik la luna grey tu....serius murah tau kalau rm25..warna cantik..selesa.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya warna lens ni..sesuai dengan mimi..tak nampak pelik walaupon pakai lens yang bewarna..nampak selesa sesuai dgn mata mimi

    ReplyDelete
  6. i think i luna grey tu nampak cantik on you...

    ReplyDelete
  7. comel nyer!!! aduhai, rindu nak bercontact lens plak, mimi.
    sgt comel semua ni :)
    aida dulu bercontact lens zaman blaja di Uni hingga la lahirkan Izzat.
    then, ada infection :( hu hu hu hu... baik la pastu. tapi mr.asben dah haramkan aida pakai.
    dia kata pakai spec jer la. selamat...

    ReplyDelete
  8. Alahai comelnya lens Barbie ni. Packaging die cute sgt. Sesuai sgt untuk perempuan.hehehe. Org yang pakai pun dah cute mcm Barbie.ehehe

    ReplyDelete
  9. Wow...dah nampak macam barbie doll lar. Memang warna pada contact lens ini sangat attractive kan? Memang akan jadi tumpuan orang ramai ni. :D

    ReplyDelete
  10. Kita tak berani pakai lens. Haha
    Dasar penakut.
    Tapi kita suka tengok orang yang pakai lens ni.
    Kalau kena gaya, memang cantik sangat.
    Adik kita jenis rabun kuat juga la power dia.
    Sometime dia memang pakai lens.
    Cuma tak sure dia selalu beli kat mana.
    Nanti kita boleh la share info.ni.

    ReplyDelete
  11. wah org power tinggi pun boleh pakai

    ReplyDelete
  12. cantik gak pakai contact lens macam macam kaler ni. Setiap tukar kaler lain-lain kan hehe

    ReplyDelete
  13. Suka tengok orang pakai contact lens color-color. Teringin nak pakai..tapi mata sis ni cepat kering, dah beberapa kali pakai tapi still buatkan kelopak mata atas luka..huhuhu. Now jadi takut nak pakai

    ReplyDelete
  14. Amboi orang perempuan suka lah kalau pakai lens ada warna ni kan nak bergaya katanya wakakaka tapi kenapa mata nampak merah tu ok ker atau tak biasa pakai lens....

    ReplyDelete
  15. Cantiknya koleksi contact lens ni. Kalau ada banyak boleh tukar banyak untuk event lain2 kan. Suka yang ala korean look.

    ReplyDelete
  16. I saw many wearing this contact lense, I quite the their colors and packaging too. The price also reasonable bah.

    ReplyDelete
  17. pergh cantik mata akk pakai contact lens ni..teringinnak pakai juga tapi takut..hahaa..mata ada natural..ada mcm orang putih..hehee

    ReplyDelete
  18. Rawlins pun tak gemar pakai spek sebab Rawlins nak berzumba bagai susah kan. So prefer lenses la. Dah ada banyak choice nie - maka boleh la tambah collection

    ReplyDelete
  19. Comel nya casing dia. Kita pakai gak contact lens tapi sbb power mata lah. Tp slalu pakai yg x de kaler2 sbb muka x sesuai pakai warna2 ni hehe

    ReplyDelete
  20. Kalau la emi reti pakai contact lens. Masalahnya tak reti, penakut haha. Pakai jela spek buat masa sekarang. Tak pakai kang tak nampak

    ReplyDelete
  21. contact lens color memang tengah in sekarang ni.. macam macam warna yang boleh dipakai supaya sesuai dengan penampilan.. yang ni packaging dia cute.

    ReplyDelete
  22. Kak Sue tak reti nak pakai contact lens Mimie. Sejenis penakut pun ya..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com