Sabtu, 16 Februari 2019

Adakah cara anda membersihkan bilik air salah?

Adakah anda tahu kemungkinan besar cara anda membersihkan bilik air adalah salah? Bermula dari penggunaan peralatan yang salah, sehingga mengabaikan beberapa perkara utama – yang membolehkan wujudnya kotoran dan kuman – dan lebih buruk lagi, ia menyebarkan kuman di seluruh tempat dan bukannya menyingkirkannya.   



Bilik air adalah tempat yang perlu anda bersihkan, supaya ia bersih dan menyegarkan. Bagi sesetengah orang, ia adalah tempat yang harus didatangi selalu, malah sebagai tempat berinspirasi. Jadi memastikan kebersihan bilik air adalah sangat penting.



Berikut beberapa cara yang anda lakukan adalah kurang sesuai dan berkesan, dan disertakan beberapa tips bagi membantu anda melakukan kerja pembersihan dengan lebih berkesan, selepas ini.  

1) Melupakan bahagian-bahagian lain dalam bilik air 

Kebanyakan orang cenderung memfokus pembersihan hanya pada dinding dan mangkuk tandas. Mereka tidak menyedari bahawa apabila mengepam mangkuk tandas - terutamanya apabila penutup mangkuk dibuka - bakteria mikroskopik boleh tersebar setinggi 25cm ke udara dan berada di mana-mana sahaja. Malah, terdapat tanda-tanda jelas di bangku tandas dan bekas air kencing yang melekat di penutup mangkuk tandas. Oleh itu, pastikan anda membersihkan setiap bahagian tandas dan bilik air. 

Secara alternatif, anda juga boleh menggunakan pembantu yang berguna seperti Produk Pelbagai Guna WD-40® yang juga berfungsi dengan keajaiban dalam membersihkan tandas yang mempunyai kesan kotoran lama dan dan cecair atau minyak daripada mangkuk tandas anda. Hanya sembur ke dalam dan lap atau gosok beberapa kali dengan berus tandas nilon, sebelum disiram. Anda juga boleh menyemburkannya di luar mangkuk, biarkan selama beberapa minit, dan lap bersih dengan sabun dan air.




2) Menggunakan kertas tuala/ tisu tandas

Ramai orang cenderung membazirkan kertas tuala dengan menggunakannya bagi membersihkan dan mengelap permukaan tandas. Bukan hanya membazir dan membuang kertas tuala, ia juga tidak mesra alam sekitar. Jadi gunakan kain yang baik seperti kain terpakai atau lebih baik lagi, kain mikrofiber yang terdiri daripada serat sintetik ultrafine. Ia mempunyai caj statik yang menyerap habuk dan kotoran, dan anda boleh mencuci dan menggunakannya semula.

Sekiranya terdapat kesan kotoran yang ganjil dan degil yang tidak boleh dihapuskan, kini anda akan dapati bahawa Produk Pelbagai Guna WD-40® juga boleh membantu anda. 


3) Hanya mop lantai 

Mop hanya membantu kawasan yang basah dan meninggalkan habuk asal dan kotoran di atas lantai. Langkah yang terbaik adalah dengan cara vakum terlebih dahulu permukaan lantai yang basah. Sekiranya terdapat sisa-sisa kotoran berminyak di atas lantai, cuba gunakan Pakar Penghapus Minyak Pantas WD-40®. Pakar penyelesaian berasaskan air ini sangat baik untuk menghilangkan gris, minyak dan kotoran tanpa meninggalkan sebarang residu. Dengan buih berkuasa yang berfungsi pada kadar segera terhadap sentuhan, ia juga sangat mudah dibilas.



   4) Menggunakan produk pembersih yang salah 

Lazimnya, sesetengah indvidu cenderung untuk menggunakan hanya satu produk pembersih untuk membersihkan keseluruhan bilik mandi, kerana ia lebih mudah. Tetapi ia tidak baik untuk bilik mandi anda, kerana setiap kawasan berasingan sebenarnya  memerlukan pembersih tertentu. 

Contohnya, bagi beberapa produk logam (seperti pili anda) memerlukan perhatian tambahan. Hanya sembur sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® bagi mengilatkan dan melindunginya daripada karat dan hakisan.



5) Tidak membersihkan berus tandas 

Ini adalah kesilapan yang jelas tetapi sering dilakukan yang menyebabkan pembiakan kuman di bilik mandi, dan bukannya dihapuskan. Ini disebabkan ramai yang ingin cepat menyelesaikan pembersihan bilik mandi dan, dalam keadaan tergesa-gesa, mereka selalunya lupa bahawa mereka juga perlu menjaga peralatan yang digunakan.

Ini menyebabkan berus tandas sering diabaikan dan hanya dimasukkan semula ke dalam pemegangnya selepas selesai melakukan pekerjaan pembersihan, walaupun ketika ia masih basah, menjadikannya mudah untuk kuman membiak. Oleh itu, pastikan anda meletakkannya di sebalik mangkuk untuk dikeringkan sepenuhnya terlebih dahulu. Sekiranya memerlukan pembersihan yang baik, cuba rendam dalam pembersih antibakteria, bilas, dan biarkan ia kering lagi.

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak tips atau petua untuk membersihkan kediaman anda dan memastikan peralatan anda dalam keadaan baik, boleh melayari http://wd40.asia. Anda pasti akan teruja dengan kelebihan penggunaan barisan produk WD-40®.

2 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.