Ahad, 2 Disember 2018

POLIS EVO 2 SARAT DENGAN MESEJ KEAGAMAAN DAN PERSAHABATAN

POLIS EVO 2 SARAT DENGAN MESEJ KEAGAMAAN DAN PERSAHABATAN | Hai semua ! Selamat hujung minggu dan berehat . Ada yang keluar jalan jalan ke? Alang alang keluar tuh jangan lupa tengok POLIS EVO 2 tau. Mimi dah tengok dan apa yang boleh Mimi katakan POLIS EVO 2 SARAT DENGAN MESEJ KEAGAMAAN DAN PERSAHABATAN  



POLIS EVO 2 SARAT DENGAN MESEJ KEAGAMAAN DAN PERSAHABATAN

Khamis baru ni Mimi tengok Polis Evo 2 dengan officemate . Kitorang tengok dekat GSC Palm Mall. Walaupun ada isu boikot tapi kitorang nak juga tengok sebab nak tahu sebab apa filem ni di boikot kan. Lepas dah tonton tu, tak ada apa isu pun yang perlu di boikot, ni pendapat peribadi Mimi sendiri okey. Maybe sebab ajaran sesat tu kot. Maybe lah ! Sebenarnya pokok pangkal iman. Jika kuat pegangan agama tu , in shaa Allah terpelihara sentiasa. 

SINOPSIS POLIS EVO 2

Sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu. 

REVIEW MIMI MENGENAI POLIS EVO 2

Boleh dikatakan filem ni best untuk ditonton kerana boleh dikatakan filem ini 70% sarat dengan aksi. Kira perjalanan filem ini disusun cantik dan berterusan untuk aksi. Unsur lawak tu ada tapi kuranglah. First time tengok Zizan berlakon lebih banyak serius daripada lawak. Ada part yang buat Mimi terusik nak nak part Lah mati ditembak depan mata Inspektor Sani. Lagi sedih bila Mat Dan lakonan Syafie Naswip dibunuh dengan kejam depan mata Insp Sani. Bila Sani ditahan di satu bilik lain yang penuh dengan mayat rakan rakan seperjuangannya, emosi dan mental dia mula terganggu apabila Insp. Khai datang menyelamatkannya. Part ni memang sedih sebab dia rasa dia seorang loser tak dapat selamatkan rakan seperjuangan. 

Part paling menyampah bila tengok Saif (Hasnul Rahmat) bertindak kejam bunuh penduduk kampung. Dia ni merupakan bekas pensyarah di salah satu universiti yang mempunyai kelulusan dalam bidang kimia dan agama. Tapi sayang kemahiran yang dimiliki disalahgunakan. Kononnya perjuangannya tu untuk menegakkan syiar Islam dan syurga menanti mereka. Tapi kalau dah jauh terpesong tu faham faham sajalah kan. Agama Islam tidak pernah mengajar umatnya berlaku kejam pada orang lain. 

So, memang emosi bercampur baur lah bila tengok filem ni tapi sayang sebab ending filem ni cliche sangat . Pulak tu jadi geram sebab kenapa bantuan lambatttttt sangat sampai. Astaghfirullah, mengucap panjang tau tengok filem ni. Bayangkan Insp. Khai, Insp. Sani dan Rian (polis Indonesia) bertarung bermati matian dengan pengganas yang ramai sebab nak selamatkan penduduk kampung. Punyalah duk fikir bantuan datang bantu sekali sampai ke sudah tak datang datang. Menyirap je tau. Serius cakap filem ni separuh je masuk ke jiwa tau. Terus Mimi cakap dengan nada yang geram whyyyyyy whyyyyyyy lambat sangat polis ni hantar bantuan oiii!!!Hahaha geram sangat dah dak Mimi ni. Sampai balik dak Mimi bebel tak puas hati. Kah, emosi sungguh !

So far, filem ni okey dan best untuk ditonton seisi keluarga. Memang SARAT DENGAN MESEG KEAGAMAAN DAN PERSAHABATAN. Filem ni beri peluang untuk kita fikir sama ada tindakan Saif tu betul atau tidak. Bila belajar ilmu agama kena berguru jangan berpandukan pada buku dan tafsiran sendiri semata mata. Begitu juga nilai persahabatan. Bila kita punya sahabat jaga hubungan tu sebaik mungkin, berjuang sama sama untuk pertahan negara.  Lain orang lain pendapatnya kan. Ini pendapat Mimi sendiri untuk POLIS EVO 2. Untuk filem POLIS EVO 2 ni Mimi bagi 7.5/10. Kemungkinan besar filem ni ada sambungan berdasarkan pada dialog antara Insp. Khai dan Insp. Sani. Maybe lah kan !

Korang yang belum tengok cepat cepat tengok. Nak tahu juga emosi korang sama tak dengan Mimi bila tonton filem ni. 

26 ulasan:

  1. Hari tu tgk TMO Polis Evo 2 tu pun dah nampak best. Masa tu pun dh boleh rasa sakit jiwa tgk watak hasnul rahmat tu. Hakikatnya banyak je yg mcm tu dekat luar sana kan. Moga yang menonton dpt manfaat kan Mimi.

    BalasPadam
  2. Dh tengok TMO hari tu..macam x logik plak ada yg nak boikot citer ni...tengok la dulu kan..tp tp lain org lain penerimaan...ada rezeki nak pi tgok la

    BalasPadam
  3. sukalah kalau ada mesej yg bagus macam ni

    BalasPadam
  4. good to know this movie, long time no watch movie. Shall ask my friends if interest to watch together or not. One of the actors here, I know as I saw in other movie before.

    BalasPadam
  5. #11 Alarh. Dah lama tak masuk pawagam. Kalau tengok pon, tunggu dekat tv. Hahaha tapi dari segi penceritaan Mimi, macam menarik je polis evo 2 ni. Cx pon rasa nak tengok sebab sebelum ni dah layan polis evo 1, so nak juga tahu polis evo 2 ni pasal apa. Mungkin masa cx tengok nanti, dah lapok. Kih³. Almaklum nak kena tunggu keluar tv. Hahahha.

    BalasPadam
  6. Tak tengok lagi Polis Evo yang ni. Wahhh pelakon Indonesia pun ada yang berlakon dalam Syurga Tak Dirindukan....Raline Shah. Nanti nak tonton jugalah filem ni.

    BalasPadam
  7. The story line looks interesting. Should bring my children there to watch it since school holiday now.

    BalasPadam
  8. wa this is fast. I baru dengar advertisement dia dekat radio tadi. the poster look so nice. must be a good movie to watch in the cinema hehe.

    BalasPadam
  9. Nad dah tengok! Best lah Polis Evo 2 ni! Mula-mula taknak tengok sebab takut mengecewakan, tapi nasib best! Heroin dia pun lawa hehehe. Babak-babak kelakar yang boleh buat gelak panggung pun ada.

    BalasPadam
  10. wah macam lagi best je polis evo 2 ni..tgk pelakon pun lagi ramai mengancam..tp syg baby kecik lg..terpaksa simpan dl nk tgk wayang..huk2

    BalasPadam
  11. teringin nak tengok tapi tak berpeluang lagi.. dengar kata orang yang review macam best je.. ada yang kata kurang lawak macam yang pertama..masing-masing punya citarasa kan.. tapi liez suka tgk filem aksi ada komedi sikit baru tak bosan sgt..

    BalasPadam
  12. Ya Allah kita tak sempat lagi nak pergi tengok Polis Evo 2 ni hehehe sekarang dah cecah 17 juta dengar kata memang hebatlah filem tempatan sekarang dah boleh buat duit memang ramai orang minat tonton itu satu kemajuan yang baik...

    BalasPadam
  13. tengok dah cerita ni..boleh layan jugakla..sebab ada part kelakar..rs menyampah dengan ketua ekstremis tu...memang menjadi watak dia..tapi watak zul lakonan hairul hazreen tu x menonjol sangat huhu

    BalasPadam
  14. isu boikot tu macam tak perlu kot sebab diorang tak tahu cerita hanya buat andaian berdasarkan trailer. dah tengok hari tu. memang best. hehehe ramai pulak orang yang tengok sampai penuh panggung

    BalasPadam
  15. This movie has a really good story line, watched the trailer and I really enjoyed it, hopefully still got chance to catch at the cinema.

    BalasPadam
  16. Dengar cerita filem polis evo 2 ni kutipannya mencecah rm10 juta .jalan cerita yang disampaikan menarik juga

    BalasPadam
  17. Wah!! Cam menarik nie.. Adik AM mmg dok ajak pergi tgk Dr ari tu.. Cuma x berkesempatan . Insya Allah hujung minggu ni nak gi pawagam tgk

    BalasPadam
  18. Hahaha saya baca pun rasa mcm suspen kak oiii. Nanti nak pi tengok filem ni. Nak hujung 2 habis Tayangan bleh bawa anak haha

    BalasPadam
  19. ramai cakap filem ni best macam gaya hollywood.. filem first pun saya tak pernah tengok lagi.. mungkin akan tgk satu hari nanti.. hehe

    BalasPadam
  20. Tak boleh pergi wayang.Nanti nak beli cd atau download je kot since ada anak kecik hehehe
    Tak nak ketinggalan,nak jugak tengok polis evo 2 ni.iols minat gile dgn jijang hahaha

    BalasPadam
  21. Bonde dah tengok Polis Evo ni... Memang best sekali.. Bonde Suka lakonan mantap pelakon dalam Polis Evo 2 ni, rasanya... akan ada sambungan sebab macam tergantung sahaja pengakhiran ceritanya.

    BalasPadam
  22. Action movies like this must be so nice to watch in cinema with all the surround sound! Do not have the time to watch it yet though

    BalasPadam
  23. Macam best aja Mimie.. anak Kak Sue si Adik sibuk ja ajak tengok..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.