10 PRODUK PILIHAN HATI DARI ALTHEA

10 PRODUK PILIHAN HATI DARI ALTHEA | Hai semua! Sebut saja pasal Althea tak senang duduk dibuatnya tau sebab Althea merupakan web yang menjual pelbagai produk kecantikan dari Korea. Sebut saja apa korang nak semua ada. Mimi alergik betul dengan nama Althea ni .Sebab kalau dengar saja dah tak tentu arah. Hahaha!



Jangan tak tahu Althea menawarkan pelbagai produk yang terbaik dan mampu milik. Sebelum beli korang boleh baca review produk. Sama ada okey atau tidak. Tapi produk dari Althea tak pernah tak okey! Semua best! Sebab tuhlah Mimi setia dengan produk Althea.



Okey stop bebel, jom tengok 10 PRODUK PILIHAN HATI DARI ALTHEA yang Mimi nak sangat pakai dan tambah stok sedia ada! 

💄Althea Real Fresh Skin Detoxers Rose & Green Tea Set (150ml) - RM77 (10% OFF) 


Produk istimewa 2 in 1 cleanser + mask ni memang tak dapat disangkal kehebatannya. Real Fresh Skin Detoxers Rose yang mengandungi ekstrak dan kelopak bunga May dan sesuai dipakai waktu pagi manakala Green Tea yang mengandungi serbuk green tea Jeju dipakai pada waktu malam. Hanya sapu pada muka dan biar selama 10 saat kemudian cuci dengan air. Memang muka rasa segar dan lembut! Produk ni memang terbaik! Kulit muka Mimi memang lembut dan segar! Dah pakai beranilah recommend pada orang lain juga. Kalau beli 1 RM43 tapi beli dua dapat 10% diskaun. Jimat tak jimat ?

Boleh klik sini untuk dapatkan kedua duanya https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set

💄Althea Milk Peel Cream Mask (50ml)  - RM36


Satu lagi produk skincare yang Mimi jatuh cinta dan suka iaitu Milk Peel Cream Mask .Ia mengandungi AHA dan BHA serta ekstrak susu. Mampu singkirkan kulit mati pada muka dan kulit akan jadi lembut. Bila nak mekap nanti tak adalah nampak bercapuk disebabkan ada kulit mati. Mask ni best tau korang, ia berbentuk clay tapi bila sapu terasa creamy dan milky tu. Biarkan beberapa saat bertukar jadi bubble halus pada muka. Masa mula mula pakai rasa geli pada muka macam semut hurung tapi best! Memang best dan best! 

Tak percaya jom try! Boleh klik sini https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask

💄Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner (250ml) - RM57


Selepas cuci muka kenalah segarkan muka dengan toner ya tak? Macam Mimi sendiri agak cerewet nak pilih toner yang sesuai dengan masalah kulit muka Mimi yang berminyak dan ada masalah pori terbuka. Tapi ada satu toner ni yang Mimi nak cuba sangat iaitu Jeju Volcanic Pore Toner. Dah baca review semua puji best pakai. Katanya mampu kecilkan pori terbuka juga. Ia mampu membersihkan sisa pencuci yang tertinggal dan buat kulit muka segar sepanjang hari. Ia juga bertindak mengawal pengeluaran sebum dan tiada kesan iritasi pada kulit muka terutamanya yang mempunyai masalah pori sensitif . 

Boleh dapatkan toner ni di sini https://my.althea.kr/jeju-volcanic-pore-toner

💄Etude House Wonder Pore Freshner (250ml)  - RM34


Salah satu toner yang Mimi nak try juga ialah Etude House Wonder Pore Freshner. Mengandungi ekstrak peppermint ia mampu membersihkan kekotoran di samping mengekalkan tahap pH kulit muka. Ia sesuai digunakan untuk yang mempunyai masalah kulit berminyak dan mempunyai pori terbuka. So memang kena cuba produk ni ! Sebab sesuai untuk selesaikan masalah kukit muka yang Mimi hadapi sekarang ni! 


💄Althea Petal Velvet Sunaway (55ml)  - RM43


Sebelum apply foundation atau cushion pada muka kenalah pakai sunscreen dulu, betul tak? Penting tau nak lindung kulit dari sinar UV. Sebelum ni Mimi ada juga pakai sunblock atau sunscreen ni tapi tak sesuai sebab rasa melekit dan berminyak. Tapi Petal Velvet Sunaway ni lain daripada yang lain. Walaupun teksturnya tidak terlalu pekat dan cair dan berwarna putih tapi bila sapu pada kulit ia tak tinggalkan kesan capuk. Memang blend dengan warna kulit kita tau. Yang best ia mudah meresap dan tidak meninggalkan kesan berminyak langsung! Produk yang tak oily memang Mimi love sangat !

Tak percaya? Jom cuba produk ni https://my.althea.kr/petal-velvet-sunaway

💄 Laneige BB Cushion Pore Control (430g) - RM118


Produk Cushion terbaik dari Laneige okey! Mimi nak cushion ni sebab ia berikan coverage yang lembut pada muka. Didatangkan dengan formula yang dipertingkatkan, di mana ia mampu mengawal pengeluaran sebum. Kulit wajah juga akan kelihatan segar sepanjang hari. Hah bab bab kawal sebum ni memang Mimi suka! Pori Mimi terbuka sedikit di bahagian pipi jadi cushion macam ni memang Mimi perlukan. Sebab bab pemilihan cushion ni memang Mimi agak cerewet sikit sebab tak semua cushion serasi dengan muka Mimi tau. 

Jom cantik sama sama dan dapatkan cushion hebat ni https://my.althea.kr/bb-cushion-pore-control-2016-new

💄 Althea Flawless  Creamy Concealer (6g)  - RM15


Selalunya Mimi guna concealer untuk cover bahagian yang bermasalah contohnya bawah mata dan juga guna untuk buat shading. Concealer memang sangat penting okey. Concealer Althea ni terdiri dari 4 warna yang berbeza. Disebabkan produk Althea tak pernah mengecewakan, so Mimi nak cuba concealer Althea ni .Confirm best! 

Nak tambah koleksi produk best dari Althea klik sini https://my.althea.kr/flawless-creamy-concealer

💄 Natural 100 Mineral Sunkill RX (12g) - RM46


Kenapa Mimi nak sangat produk ni? Mimi nak sangat sebab selain melindungi kulit dari sinar UV ia mampu buat kulit nampak cerah dan sekata tau  Bila pakai muka nampak gebu gitu! Liang pori pun jadi kecil. Stok yang ada pada Mimi dah tinggal sikit sebab tu Mimi nak sangat produk ni. Memang best sangat sangat bila pakai. Ia mengandungi SPF 46 dan PA+++ dan kandungannya terdiri dari bahan semulajadi. Kanak kanak pun boleh guna tau. So  takdelah kulit muka kita kena sunburn. Memang sangat selamat digunakan! Highly recommended tau !

Nak juga? Klik link ni untuk dapatkan produk ni https://my.althea.kr/catrin-natural-100-mineral-sunkill-rx-12g


💄Etude House Bling Bling Eyestick (1.4g) - RM18


Macam Mimi kalau pergi kerja memang ada masa pakai eyeshadow ada masa tak pakai sebab sejenis malas nak angkut palet eyeshadow yang makan ruang beg mekap. Mimi lagi suka bawa yang jenis kecil dan menjimatkan ruang. Jadi, bila ada eyeshadow jenis stick ni memang terus berkenan nak beli. Sebab mudah dan ringan dibawa ke mana sahaja. Ada 9 jenis warna yang cantik cantik, memang wajib ada dalam beg mekap gitu! 

Jom korang beli ni juga https://my.althea.kr/bling-bling-eyestick

💄Etude House Lip & Eye Remover (100ml) - RM16


Bila muka seharian dengan mekap , dah tiba masa nak rehatkan muka dari sebarang mekap betul tak? Selalunya Mimi bersihkan mekap guna tisu basah. Sebelum ni ada juga guna mekap remover untuk mata dan bibir saja. Kira pakai asing asing lah . Tanggalkan mekap pada mata dan bibir dulu kemudian baru tanggalkan mekap di kawasan lain guna remover lain pula. Bahagian mata dan bibir ni kan nipis sikit dan sensitif . Macam Mimi, ada juga guna lipstick yang susah tanggal tau. Pakai tisu basah memang kena sental kuat kuat. Sakit sikit lah! Bila baca review produk ni best dan mudah tanggalkan mekap tebal di kawasan mata dan bibir nak juga cuba sebab ia tidak meninggalkan kesan iritasi pada mata dan bibir. Mengandungi air dan minyak yang perlu digoncang sebelum guna sangat mudah digunakan dan menanggalkan mekap semudah ABC! 

Boleh dapatkan produk ni di sini https://my.althea.kr/lip-eye-remover-100ml

So, ni lah 10 PRODUK PILIHAN HATI DARI ALTHEA. Berpinar mata nak pilih produk terbaik dan best yang Mimi suka dan sangat pakai. Korang pilih produk apa pula di Althea? Buat korang yang nak cuci mata tengok produk lain yang best best di Althea boleh layari web www.althea.kr atau nak lagi mudah download saja aplikasi Althea di Play Store dan Apple Store  

Post a Comment

20 Comments

  1. Brand Althea ni teringin nak try Milk Peel Mask, Althea Runaway, Skin Detoxer Rose. Nak kena try jugak la. Lama dah memendam rasa.

    ReplyDelete
  2. Banyak produk Althea yang best yaa..? So far Nina paling terpengaruh dengan Althea milk cream mask dia yang berbuih tu... Ramai kengkawan review kata Best! Nak grab sebotol try nanti

    ReplyDelete
  3. Wahh bagusnya. Lengkap! Selalu juga baca review tentang Althea dan rata-rata semua nampaknya berpuas hati. Banyak yang positif. Bolehlah nanti suggestkan pada mak atau kakak ni. Mana tahu mereka jatuh hati juga nanti. Hihi.

    ReplyDelete
  4. so many to see and nice to start plan on what to shop. Christmas soon and CNY too, got to save money for CNY now but yeah can start shop for loved ones too. Easy for online shopping as just shop and deliver to door step. I like your choices here on Althea.

    ReplyDelete
  5. Althea memang berhantu. Sekali beli terus tersampuk nak beli dan beli lagi. Barang2 dia semua best pulak tu. Wishlist mimi ada yang memang ana guna skrg. Dan memang akan terus guna sebab serasi dengan kulit.

    ReplyDelete
  6. Wah,banyak yer wishlist dia. Semoga segala produk Althea yang berkenan tu dapat di miliki hujung tahun ni. All the best!

    ReplyDelete
  7. Dulu tak pernah tau pasal Althea ni. Rupa2nya banyak jugak produk keluaran Althea. Produk kiut miut comel, geram je menengoknya..

    ReplyDelete
  8. Best best. Nampaknya, produk Althea ni menjadi feveret Mimi. Yela kan, kualiti bagus, harga terbaik, siapa yang tak suka kan

    ReplyDelete
  9. Laneige bb tu nampak best! Dahlah sy mmg peminat produk laneige. Beli kat althea ada banyak diskaun menarik yang boleh kita dapat. Tu yg best

    ReplyDelete
  10. Yes! Shopping time! Mouse mommy pun nak buat Christmas shopping jugak utk diri sendiri, mak ayah, adik, kakak ipar, BFF, kwn2 dan jugak rakan sekerja! :)

    ReplyDelete
  11. wow..best2 barang pilihan mimi:)

    ReplyDelete
  12. Derius mmg althea best sgt produk-produknya. Liez first tergoda dgn wash mask tu.. then bila tgk dan beli sendiri afew brand lain mmg best la... uisshh mmg mcm addicted nak beli brg dkt althea

    ReplyDelete
  13. Best2 produk dia.. Tp akk xde rezeki nk mencubanya huhu

    ReplyDelete
  14. Wah! Menarik betul produk² Althea ni kan? Cx selalu usha je bila rakan² blogger dok ulas pasal Althea ni. Quality dia pon pon bagus. No wonder menjadi pilihan ramai. Nanti cx nak cuba jugalah. Mcm² nk try ni heheh

    ReplyDelete
  15. haha nice list of all althea products. too bad im not into all these, but girls would love it i supposed!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  16. Wow! You are so creative! Btw - this is a good set of wish list item - some of them are my favourites as well. And the sunscreen is one of the best! Will surely invest more on them ♥️

    ReplyDelete
  17. This is a lovely list after reading I think I wanna buy a few and give it out for xmas pressies but takut too late pulak

    ReplyDelete
  18. wah bestnya produk althea ni, teringin nak cuba produk ni

    ReplyDelete
  19. okey, ada yg dah ada..ada yang belum..yg belum, leh masuk dalam wishlist...eyeshadow tu dah lama k.fiezz usyar2 gak..

    ReplyDelete
  20. Byk wishlist akk ye.. Kita pon byk tp dpt grab 3 je.. Sbb mahal2 yg kita nk sgt tu. Hihi

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com