Sabtu, 3 November 2018

MAKAN DOMINO'S PIZZA SEMPENA KEMPEN IT'S ALL ABOUT YOU

MAKAN DOMINO'S PIZZA SEMPENA KEMPEN IT'S ALL ABOUT YOU | Hai semua! Buat apa tu? Jalan jalan makan angin ke? Dah makan? Alang alang keluar jalan makan angin jangan lupa singgah makan di DOMINO'S  tau. Macam Mimi jangan cakaplah memang suka pizza sebab tu Domino's pizza pilihan Mimi dan anak anak. Disebabkan kami suka makan Domino's pizza, semalam Mimi order online dan take away. Kebetulan pula MAKAN DOMINO' PIZZA SEMPENA KEMPEN IT'S ALL ABOUT YOU. 


Done pick up Domino’s Pizza yang Mimi order online


DOMINO'S PIZZA KEMPEN IT'S ALL ABOUT YOU


Yeayy!! Dah beli Domino’s Pizza 

Hah jangan tak tahu pula Domino's Pizza mula dilancarkan di Malaysia oleh pengasasnya  Tom Monaghan pada tahun 1997. Masa ni dak Mimi baru tingkatan 1 okey. 2 tahun kemudian, cawangan pertama di buka ialah di Johor pada tahun 1999. Kalau kira kira dah 17 tahun sekarang ni Domino's Pizza ada di Malaysia. Sehingga kini Domino's Pizza sudah ada 223 cawangan di seluruh Malaysia. 

Pada tahun 2003, Domino’s Pizza juga memperkenalkan portal pesanan dalam talian pertama di Malaysia yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records. Dan sekali lagi pada tahun 2007 Domino’s Pizza mencipta rekod baru di mana diikitiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai "Pembuat Pizza Terpantas". Hebat tak hebat Domino's Pizza ni kan. Kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh Domino's Pizza. Sebagai pelanggan tetap, Mimi rasa bangga juga atas pencapaian yang dikecapi oleh Domino's Pizza ni.


Domino’s Pizza memang best 

Tak hairanlah jika Domino's Pizza semakin dikenali dan berjaya di seluruh dunia kerana interaksi baik mereka dengan pelanggan sentiasa dijaga di samping menjaga kualiti makanan mereka. Sebab itulah DOMINO'S PIZZA KEMPEN IT'S ALL ABOUT YOU dilancarkan sempena meraikan pelanggan mereka yang sentiasa memberi sokongan penuh tanpa henti. Tanpa pelanggan setia Domino's Pizza takkan berdiri segah seperti sekarang ni. Terima kasih Domino’s Pizza kerana menghargai kami pelanggan setia dengan melancarkan KEMPEN IT'S ALL ABOUT YOU.



MAKAN DOMINO'S PIZZA SEMPENA KEMPEN IT'S ALL ABOUT YOU


Semalam pukul 12 Mimi jemput anak anak balik sekolah, lepas tu terus pergi ke cawangan Domino’s Pizza Yam Tuan Seremban. Mimi order Domino’s pizza Beef Pepperoni with Mozarella Cheese Tarik regular size dan tambah side dish Cheesy Four.

Beef Pepperoni with Mozarella Cheese Tarik 

Cheesy Four


Kenapa Mimi suka Domino's Pizza ni mestilah sebab pizzanya yang sedap dan lembut. Walau dah sejuk pun tetap roti pizza tu lembut dan sedap di makan. Yang paling teruja setiap kali kita order, akan ada kupon diskaun dari Domino's tau. Mimi memang suka kumpul kupon Domino's. Time nak order tu suakan aje kupon, banyak jimat dah. Sebab tu Mimi suka sangat sangat makan kat Domino's Pizza ni. Murah, jimat dan menguntungkan. Nampak tak usaha Domino’s Pizza untuk jaga pelanggan macam mana. Respect!

Muka tak sabar nak makan


Ini pizza den punyo! 


Selain daripada sedap, Domino’s Pizza juga menawarkan pelbagai menu yang bikin tekak kau akan jadi mengidam nak tu nak ni dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan murah. Semua orang mampu beli.

Aina pun suka Domino’s Pizza. Dia cakap lembut

Dah makan memang tak pandang kiri kanan dah


Dulu Mimi beranggapan orang yang makan pizza ni orang have have tau. Sebab mind set fikir pizza mahal. Hahaa.. Tapi sejak ada Domino's Pizza ni anggapan tu berubah 100%. Sebab semua orang boleh makan pizza dengan harga yang cukup berbaloi. 

Muka happy dapat makan Domino's Pizza 

Alhamdulillah kenyang Mimi dan anak anak makan. Memang puas hatilah makan dan confirm takkan rasa rugi beli di Domino’s Pizza. Terima kasih Domino’s Pizza kerana sentiasa menjaga kami sebagai pelanggan dan sentiasa bermurah hati beri pelanggan diskaun dan kupon. Layanan yang diberikan oleh staf Domino’s Pizza Yam Tuan juga bagus dan terbaik. In shaa Allah ada rezeki nak beli lagi sebab kupon banyak lagi ni tak tebus. Hehehe..

TAHNIAH DOMINO'S PIZZA!  
#ItsAllAboutYou #DominosMY 



29 ulasan:

  1. Sedapnya gaya dia makan.. nanti kita nak pergi juga la

    BalasPadam
  2. Wow..nak jugak Mimi :) bestnya Dominos :)

    BalasPadam
  3. sis suka gak dominos.... tambah anak ramai mmg jimat ngan dominos... best!

    BalasPadam
  4. Wah.. sedapnya pizza tu.. Dominos memang terbaik..

    BalasPadam
  5. fulamak sedapnya dominos ni mmg feveret syafi

    BalasPadam
  6. aduh lapar tengok Mimi makan!!favourite kita jugak nih!

    BalasPadam
  7. dulu kini dan selamanya tetap memilih dominos..yummy sedapnyer tgk mimi makan

    BalasPadam
  8. Memang peminat Pizza Dominos ni... Sedapnye he he he naseb dah makan kalau tak kena lap air liur kita he he he

    BalasPadam
  9. Pizza tu nampak menyelerakan. Tambahan pula orang yang makan tu bersungguh2. Menarik sungguh nak mencuba pizza dari Dominos ni lah....

    BalasPadam
  10. Aduhai terliur plak tengok mimii makan. Baru tau rupanya cawangan pertama di buka kat Johor, negeri kelahiran ayu.

    BalasPadam
  11. Sedap. Qiss memang suka Dominos Pizza ni. Boleh la Qiss order online juga. Terliur tengok gaya makan tu. Menarik juga kempen ni ye.

    BalasPadam
  12. Sedapnya beef pepperoni 🍕. Lama x makan dominos, teringinlah pulak hahahha.. suka dominos sbb dowang selalu ada promosi menarik

    BalasPadam
  13. Saya memang hantu domino's nak nak lagi dia punye dessert bluberry cheesecake die. Sedap tak tahan. Tapi dah lama tak makan sejak pregnant hari tu. Ni tunggu habis pantang nak makan balik hahaha

    BalasPadam
  14. Sedapnya dominos. Dah lama tak makan. Nyumnyum nyaaa.
    Kat mersing takde dominos.
    Tunggu balik ipoh blh la try. Hehhe

    BalasPadam
  15. memang domino pizza sedap ni rasa x puas makan nak order lagi hihihi

    BalasPadam
  16. Lama sudah domino menapak di malaysia. 1997 kite baru 4 tahun.Lol. Sekarang bersepah2 domino dan mmg menjadi pilihan orang ramai sebab murah dan sedap.TIbe2 rasa nak makan dominos. Tak pe la besok kite pergi.hehehe

    BalasPadam
  17. Dah lama tak makan dominos walaupun aada dekat rumah. .Hehehe. .Nak pergi asyik tak pergi2 je. .Bolehla nanti kumpul kupon juga. .Dominos ni pun sedap juga

    BalasPadam
  18. Kalau piza kat Malaysia memang suka Dominos sebab flabour dia sedap dengan roti dia best. Selalu juga beli dan banyak offer best2

    BalasPadam
  19. Yummy...domino's pizza mmg favourite oak,lagilah plk domino's dpn umah jer haaa

    BalasPadam
  20. Domino's dah jadi pilihan kami sekeluarga sebab dekat bawah rumah aje. Hehe. Memang best. Saya suka thin crust. Tak muak makan.

    BalasPadam
  21. sedapnyaaaa makan dominos ni banyakbanyak pun mesti rasa nak lagik hahaha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.